Cinta Gila Cerekarama TV3
Cinta Gila adalah cerekarama TV3 malam minggu lepas. Mencari cinta sampai kena jadi orang gila.. Teruk bebenolerkan.. Padahal Allah sudah memberikan akal untuk kita berfikir, buat apalah sampai jadi cam gitu. Ini cuma cerita jadi tolong jangan ikutler yerk...
Bukanlah jalan ceritatu yang akak nak ceritakan tapi tertarik kepada lokasi pengambaran. Universiti Utara Malaysia ~ tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja. Walaupun akak tidak menyimpan banyak kenangan manis di sini namun tetap
pernah mencatat memori dalam hidup. Paling tak boleh lupa ialah kenangan masa tahun 1 di UUM.
Masa akak hantar borang permohonantu akak tak berapa tahu pasal UUM. Masa pertama kali jejakkan kaki ke sini terkedu akak, Universitikerni!!!! Masa akak sampai Changlon (pekan terdekat) dah rasa jauh rupanya kena masuk lagi ke dalam.. Ouchhhh, memang hujung dunia rupanya. Dahler masatu pukul 2.00 pagi gitu, memang seram weh hutan tebaltu. Rasa cam nak patah balik, tak nak masuk U ler baik keje kat Ipoh lagi best..
Untuk pengetahuan batch akak adalah generasi pertama UUM Sintok, maka segala kemudahan adalah amat terhad. Masatu kolej kediaman ataupun kampus banyak tak siap, memang menakutkan sebab kena lalu tapak pembinaan. Allah memang maha melindung sebab kebarangkalian untuk jadi apa-apatu memang senang. Kadang-kadang kita lak tumpang beli air di gerai jualan yang mereka bina hanya untuk kegunaan pekerja binaan... Sudahlah masatu pengangkutan yang tidak mencukupi terpaksalah kami berjalan kaki ke kampus. Jauh jugalah boleh haus tapak kasut dibuatnya.. Setakat jatuh lubang kecil-keciltu macam dah biasa..
Tapi masatu akak rasa seronokjer tak tahu rasa nak memberontak. Bahagiajer pergi mandi air tasik yang keruhtu sebab air takder berminggu lamanya. Setakat bawak baldi cari air kolej orangtu perkara biasalahkan. Memang merindui saat itu, betapa tabahnya kami waktu itu.. Kalaulah akak blogger masatu alangkah seronoknya setiap hari sudah pasti ada catatan yang terukir. Sudah pasti kenangan itu tidak luput dengan peredaran masa...
Dewan Muadzam Shah yang menjadi saksi. Gambar ambil dari blog ini :-http://mawarrodiah.blogspot.com/
Antara tempat yang masuk dalam wish list akak tahun 2013, nak melawat UUM. Nak tunjuk pada anak-anak tempat ibu dia belajar... Dan sebenarnya UUM adalah tempat untuk orang yang suka bergambar, sebab banyak pemandangan yang cantik. Itu masa UUM baru bukak, sekarangni mesti UUM dah bertambah cantik berseri-seri. Dewan inipun dah berubah, landskap yang cantik...
tmpat jatuh lagi dikenang... hehehe...
ReplyDeleteKak,kami org kedah gelar area uum 'tmpat jin kena tendang' sbb tempat hujung n jauh sangat..hehe..
ReplyDeleteNati turun kedah, gtau la..
Leh kita jumpa kenal2..
Xpenah smpai uum lg...hehe...teringin nk gi sana sebab akak mention pemandangan kt sana sgt cntik...
ReplyDeletetak pernah sampai lagi ke uum ni kak
ReplyDeletejgn kata uum kak...Uitm shah Alam tu pun...bila masuk..remy dah nampak pelbagai perubahan.....
ReplyDeletekann.. sampai menari gangnam lagi sebb nak tunjuk gila. hehe..
ReplyDeletenex time, pinang terus.. baru cinta sejati. hehe~
Nadia generasi baru yg meneruskan pejuangan kat UUM :)
ReplyDeleteNadia generasi baru yg meneruskan pejuangan kat UUM :)
ReplyDelete