Jom melabur dalam sukuk dana infra

Macam entry danainfra-nasional-terbit-sukuk-rm6b yang lepas, akak cuma nak ringkaskan sahaja bagi paham sikit... Maalumler kalau baca yang panjangtu akakpun pening lalat. Danainfra ini adalah sukuk pertama yang dibuka untuk orang awam.
 
Maksud sukuk ambil dari Utusan Malaysia :
Istilah sukuk atau juga dikenali sebagai bon Islam. Sukuk didefinisikan sebagai sijil bernilai sama yang merupakan bukti kepemilikan yang tidak dibahagikan atas suatu aset, hak manfaat dan jasa-jasa atau kepemilikan atas projek atau kegiatan pelaburan tertentu. 

Kegunaan Dana : Membiayai perbelanjaan modal dan operasi projek MRT
Nilai muka : RM100 setiap unit
Tarikh matang : Ulangtahun ke 10 tarikh terbitan
Kekerapan bayaran kupon dan keuntungan : Dua kali setahun
Penyenaraian : Bursa Malaysia dibawah papan " Pinjaman dan Bond"
Jumlah Minimum : Langganan minimum sebanyak 10 unit atau  RM1,000
Jumlah Maksimum : tiada had.
Insentif Cukai : Dikecualikan cukai
Cara Permohonan : 1) di ATM atau internet banking ~ Maybank, RHB, CIMB dan AMB dan ke 2) menerusi borang permohonan.
Tempoh Tawaran  : 8hb Januari hingga 18hb Januari
Tarikh Terbitan di Bursa : 8hb Februari
PENTING : Dijamin oleh Kerajaan dan mengikut prinsip syariah. 

Boleh juga tengok di laman web   BURSA MALAYSIA  dan Knowledge pack DanaInfra  untuk maklumat lanjut...
Bercerita tentang Pengiraan kadar keuntungannya pula cara pengiraannya yang akak baca dari Knowledge pack DanaInfra ...

Bayaran Kupon atau Keuntungan = KADAR KEUNTUNGAN(KK) X NILAI MUKA (NM) X (TEMPOH PEGANGAN / 365 HARI)

Andaian :- KK = 3.74% setahun dan NM = RM1000

Pengiraannya :-

3.74% X RM1000 X (365/365) = RM37.40

Oleh kerana bayaran kupon dua kali setahun :

37.40 dibahagikan dengan (182hari/365hari) = RM18.65 @

3.74% X RM1000 X (182/365) = RM18.65
 
Kadar minimum seperti yang disebut sebelum ini  iaitu 3.70%  itu adalah lebih tinggi berbanding pulangan simpanan tetap dan Sekuriti Kerajaan Malaysia. Malah kalau sebelum ini bond ataupun sukuk adalah pelaburan orang kaya kini kitapun dah boleh..
 
Kepada yang berminat untuk melabur dalam sukuk danainfra ini bolehlah mendapatkannya di Bank yang berkenaan kerana tawaran itu akan tamat hari ini.... Semoga dengan adanya sukuk ini akan memberikan orang ramai pilihan pelaburan yang pelbagai dari hanya memberikan tumpuan kepada dua atau tiga cara pelaburan.. SELAMAT MELABUR...

Comments

  1. nurul labur barang kemas jer..kat sini ok ek kak?

    ReplyDelete
  2. oh, kalau diterbitkan di bursa maksudnya yang tamat sampai 18 Jan itu macam permohonan IPO la kan? Nanti siapa2 berminat tp dah terlepas tarikh 18 Jan boleh beli jugak lepas 8 Feb tu iaitu lepas disenaraikan di bursa... kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts