Survey Tadika di Bandar Kinrara

Oleh kerana masuk darjah satu adalah perkara baru
dalam hidup akakni, maka kisah adik Ya yang nak masuk
Tadika terlambat nak ditulis.
Tadika apakah pilihan untuk dik Ya tahun ini?
 
Hujung tahun banyaklah poster dari pengusaha Tadika ditampalkan..
Bandar Kinrara juga dibanjiri dengan tadika yang pelbagai bentuk dan jenis..
Akakni mencari tadika yang lebih kepada Islamic
tapi menekankan penggunaan bahasa Inggeris.
 
Akak melihat kemunculan tadika baru seperti yang akak inginkan..
BRAINY BUNCH
Telahpun membuat panggilan telefon dan tengok tadika dia.. ehm boleh tahan...
Teruja dengan website dia...
rasa teringin yang amat sangat...
Sabarlah wahai hati...
anak rilexjer ibu yang gabra...
 
Kita survey lagiler...
Saingan terdekat ialah Little Caliph
Ini antara tadika pilihan akak sejak dulu lagi..
Dan tahun ini juga Atikah akan transit di Taska Restu Ibu
Di Restu Ibu inilah Tadika dia menggunakan program Little Caliph..
Memang sangat sesuailahkan nanti bolehlah
 adik bawak baju sekolah agama
kakak dia balik..
Atikah boleh terus balik rumah tak payahlah singgah Little Caliph lagi...
Lagipun ramai kawan blogger yang menghantar anak ke sini...
The Little Caliphs Program is a creative Islamic English pre-school programs for 4 to 6 years old children that integrates the basic teaching of Islam with other basic knowledge and skills such as reading, writing ,drawing, math, and English.
 
Ada banyak lagi Tadika yang Islamik di Bandar Kinrara
juga di Puncak Jalil (kira dekatlerkan)
Antaranya PASTI, CIC, Taski ABIM misalnya
Tapi yang dalam fikiran akak hanya
Brainy Bunch, Little Caliphs dan Genius Aulad...
Setelah fikir dan memikir
berbincang baik dan buruknya
kata sepakat dicapai antara akak dan suami
juga bertanya pada Dik Ya ..
Tadika Pilihan Dik Ya tahun 2013 adalah...
 
^
^
^
^
^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
^
^
^
Ala-ala saspenler konon...
^
^
^
^
^

^
^
^
^
^
GENIUS AULAD tetap dihati..
tetap ranking nombor satu..
Pilihan kita semua terpulanglahkan...
Berbincang dengan ibu yang menghantar anaknya untuk
induction day pada 1 hb Januari yang lepas..
Katanya anak pertama dia hantar tadika konsep montessori
tak sama dengan Genius Aulad..
Semua sistem tak sama jadi kita ibu bapa jangan letakkan
sasaran yang salah...
 
Misalnya di Genius Aulad konsepnya lebih kepada
tidak membebankan pelajar..
Masa Atikah umur 4 tahun dia di tadika biasa misalnya..
konsep dia anak-anak kena pandai setahap ini, kot idak diangap tidak pandai...
Tapi di Genius Aulad semua anak dianggap bijak..
sebab sistemnya tiada peperiksaan..
Dalam pada itu akak takut gak Atikah di darjah satu..
konsep Genius Aulad sudah tiada lagi...
harap dia boleh mengadaptasinya...
Akak mungkin seorang ibu yang sangat sederhana..
Tidak mengharapkan yang tinggi-tinggi..
Dia nak belajarpun dah kira bagus..
yang penting cara dia bawak diri nanti..
kalau pandai tak pandai hormat orang
tak guna juga...
oh sori terpanjang lak bebelan akak kalini...
Yang penting GENIUS AULAD tetap di hati...
Masih boleh digunakan lagi kot entry akak tahun lepas
alasan-masih-memilih-genius-aulad 
Tapi akak akan buat entry komen untuk Genius Aulad
 
 

Comments

  1. yg paling penting teacher yg ajar jugak kan kak...kalau tadika bagus..tp teacher berapa mesra dgn budak2 pun x best jugak hehe

    ReplyDelete
  2. akak wat suspen je kan..yg terbaik genius aulad jugak..kalo le genius aulad buka kat sini..sy pon sambar...

    ReplyDelete
  3. sis, i pun sebenarnya berkenan tul dgn Genius Aulad nie sis...
    tapi sayangnya area rumah i takde...
    so terpaksalah buat pilihan dgn 'apa yg ada jer' lah....

    ReplyDelete
  4. byk pilihan kan..kalau kt tpt akak PASTI je lah..moga anak2 kita berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  5. tq bg review
    sy pun stakat ni,mcm berat kt ga bila aleesya 5taun nti,cume tatau ada ke tak nti,bila da pindah nilai.hehe.

    mudhan kt mane blaja,yg pnting pandai bw diri n jaga diri da besar nti kan.

    ReplyDelete
  6. Inilah pengorbanan seorang ibu kepada anak2... huuuuu... sanggup mencari tempat tadika yg baik demi anak2...

    ReplyDelete
  7. setiap ibu adalah sama...yg pnting anak2 kita dpt pndidikan seimbang dunia n akhirat....5 org anak, akak hantar tadika berbeza mengikut thp umur......Tadika abim, Tadika SKAgama, kemas dan pra sk KPM....yg trbaik utk akhlak n agama ialah abim sbb seawal usia 5thn anak2 dh mampu menghafal doa2 n surah lazim...utk sukatan yg trbaik adalah pra sekolah KPM krn ianya brdasarkan sukatan pel sk..dr pngalaman sbgai seorg guru akak nmpk budak2 pra sk KMP lebih menonjol n dpt suaikan diri dgn alam prsekolahan n xbyk masalah......

    ReplyDelete
  8. kalu bole nak yg terbaik utk anak2 kan kak..saya pun daftar adam kat genius aulad,tahun depan baru mula,ingat nak masukkan tahun ni tp terasa mcm dia kecik lg la pulak

    ReplyDelete
  9. anak-anak yang masih kecil sebenarnya tak perlu la dibebankan dengan exam..biar dia pandai bergaul dulu dan bermain..naluri anak2 kat masih tinggi...tapi satu bonus la kalau tadika yang kita pilihkan itu dapat membantu anak kita meningkatkan kemahiran diri dan kemahiran belajar dari awal lagi...yang penting kita sama-sama main peranan menggalakkan mereka belajar.. ^_^

    ReplyDelete
  10. mekasih kak entry ni. next year anak zura nak masuk tadika dah. dok mencari tadika mana yg ok..pening jgk kepala..huhuuu

    ReplyDelete
  11. tula kak cho.. kita kdg tu celaru juga nk memilih kindy utk anak kan... syahmi dulu krista... mmg okey la sgt.. tp tk islamic... so, kyra thn ni i try litlle caliph.. genius aulad jauh sgt ke wangsa maju nun huhuhu.. doa kita sbg ibu opkos la anak2 kita menjadi anak yg soleh.. dan berjaya di dunia dan akhiratt kan... :)

    ReplyDelete
  12. kalau dah ada plhn kira ok la kan tu kak..

    ReplyDelete
  13. akak, genius aulad memang ok..saya pernah kerja situ dulu tapi kejap je la..memang bukan exam oriented..cuma saya x hantar anak kat GA sebab xda nursery..xpe, skang pun sistem pendidikan lebih kepada PBS (Pentaksiran@Penilaian Berasaskan Sekolah) dan bukannya sistem peperiksaan..yg penting anak2 nak gi sekolah, belajar bersosial dll..tq lawat blog saya yg nak bersawang tu =)

    ReplyDelete
  14. yg penting bukan sekolah kak.. tapi cikgu dia.. kalau cikgu ok in shaa Allah anak akan ok jugak..

    ReplyDelete
  15. i pun dah simpan niat nak anto qays kt genius aulad.

    ReplyDelete
  16. Erm,anak sx next yr msk 5thun..nk hantr tadika tp x thu mana nk plh.tp sbgai ibu mest kita nk bg yg terbaik kn

    ReplyDelete
  17. Erm,anak sx next yr msk 5thun..nk hantr tadika tp x thu mana nk plh.tp sbgai ibu mest kita nk bg yg terbaik kn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts