Alasan masih memilih Genius Aulad

Tahun depan Atikah dan Azalia masih bersekolah di tadika Genius Aulad, Bandar Kinrara walaupun Puan Linda(2A menumpang keretanya) memutuskan tidak menghantar Shukri ke Genius Aulad lagi. Sudah pasti tahun depan Atikah dan Azalia akan belajar benda yang baru lagi iaitu menggunakan pengangkutan Genius Aulad dan kosnya tentulah lebih besar dari menumpang kereta Puan Linda (jiran akak).

Akak dan Puan Linda sudah tentu mempunyai alasan yang tersendiri atas segala keputusan yang dibuat. Setiap apa yang dipilih sebenarnya mempunyai pro dan kontranya, oleh itu setelah difikirkan semasaknya banyak yang pro tentang Genius Aulad akak rasa Atikah dan Azalia akan terus belajar di sini.

Alasan 1: Mereka tidak perlu mengadaptasi sesuatu yang baru, terpaksa belajar dalam sistem pendikan yang baru, guru yang baru, kawan yang secara totalnya baru, buku yang baru dan segalanya yang baru. Kalau di sini mereka sudah biasa, tahu nak pergi ke toilet dimana, kenal dengan ramai guru di situ, sistem pendidikan yang sama dan semuanya mudah.

Alasan 2 : Guru mereka sudah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka oleh itu sudah pasti mudah untuk guru-guru untuk memberikan yang TERBAIK kepada mereka.

Alasan 3 : Akak paling suka benda ini "Lessons Beyond Classroom!" ~ Pembelajaran melebihi bilik darjah tak sedapnyer nak dengarkan tapi pada akak benda ini paling best. Tak tau macamana nak cerita tapi yang akak paham tapi kena paham Gernius Aulad adalah pusat perkembangan minda jadinya bukan nak stress anak-anak dalam pelajaran sahaja tapi lebih kepada menggunakan minda..

Alasan 4 : Yang akak suka gak ialah Atikah dan Azalia akan meneruskan pembelajaran mereka dalam Iqra' dan reading. Sekarang Atikah dah masuk Iqra' 4 dan Azalia masih Iqra' 2 jadi teruskan saja dan nanti dicarikan ustaz

Alasan 5 : Akak nak akak pandai berbahasa Inggerisler kan Genius Aulad bahasa perantaraannya bahasa omputih, sekarang Azaliapun dah apply tau cakap bahasa omputih..

Alasan 6 : Tidak dibebani dengan kerja rumah yang banyak. Mungkin ramai ibu bapa yang tidak setuju tapi akak suka sebab rasanya tadika bukanlah tempatnya untuk dibebankan anak-anak dengan kerja rumah yang berlambak-lambak. Yang penting mereka paham dan dapat menggunakan ilmu didapati dalam kehidupan seharian.

Alasan 7 : Yurannya masih dalam lingkungan kemampuan akak rasanya dengan RM238 sebulan rasanya masih boleh lagi untuk akak ini.

Sebenarnya banyak lagi alasan tapi rasanya kita semua inginkan anak yang bukan sahaja mahir dan bijak dalam pelajaran tapi mereka mendapat persekitaran pembelajaran yang boleh membentuk peribadi yang mulia sebagai muslim dan muslimah..

Sumber :- geniusaulad.com yang menjadi inspirasi buat akak ...


GENIUS AULAD is created with the belief that by helping our young Muslims to connect with their inner truth as a Khalifah of Allah and helping them to really understand who they are, we can enrich their lives and the lives of their families, and in turn this will make a positive impact on our society and the world in which we live.
Tapi ada juga kekurangan yang akak kurang gemar iaitu :-

1) Tiada konsert untuk budak-budak umur 4 tahun dan 5 tahun. Mungkin ini hanya berlaku di Genius Aulad Bandar Kinrara. Tapi memang sangat frust sebab kalau ada konsert hujung tahun kita boleh nampak kegembiraan anak-anak. Kita juga rasa puas hati selepas hantar anak setahun mungkin kita rasa inilah hasilnya. Harap sangat tahun depan adalah hendaknya majlis Intifaltu untuk anak yang berumur 5 tahun macam dik Ya... Berharap sangatni..

2) Yang inipun tak best tapi masih ok lagi takder Sport Day.. alahai teringin nak tengok anak-anak kita bersukan dan dapat memupuk semangat untuk menang dan berpasukan.. tapi inipun akak tak kisah sangat. Tapi fikir balikkan mungkin kalau ada sport daykan mesti masa banyak terbuang untuk melatih mereka ..

3) Ada gak kekurangan yang akak dengar dari kawan-kawan tapi bagi akak semua itu tidak mematahkan semangat akak untuk terus menghantar mereka ke Genius Aulad tahun depan..

Walau apapun pilihan kita sebenarnya tiada yang salah ataupun yang benar kerana mereka hanya anak kecil yang mempunyai naluri yang sama memerlukan pendidikan namun masih memerlukan keriangan dan keceriaan. Untuk tahun 2013 Azalia akan berumur 6 tahun tak tau lagi masih di sini atau akan berpindah ke tadika yang lain sebab Azalia masatu dah 2 tahun di sini kot dah jemukan so apapun pilihan kita semuanya untuk kebaikan merekakan....

Gambar kenangan masa "induction day" tahun lepas...


Comments

  1. kite mmg nak yg terbaik utk mereka kan tpi sbb awk dah list kan pro dan kontra nye tu mmg bagus sgt lah...

    so sesapa parents yg nak pilih GA lepas ni, leh rujuk sini...padat info nye :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dah banyak yg baik lebih baik hantar saja di sini. Anak senang hati kita pun lega dgn sistem pembelajarannya.

    ReplyDelete
  3. tengah cari2 jugak ni.. genuis Aulad tak de plak kat kawasan perumahan kami ni uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. bgus info nie=)blehlah pertimbangkan nak pilih atau tak=)

    ReplyDelete
  5. memang kite kene bijak memilih untuk anak2 kite

    ReplyDelete
  6. akak,
    saya pun berangan nk anto ke genius aulad.
    mudahan bila tiba masa nti,dmudahkan.

    dari akak cite,btambah harapan sy.hehe

    ReplyDelete
  7. salam kenalan...
    huhuuhu..saya plan nak antorkan anak dara sy ke genius aulad jugak..tp syg..takde daycare ...so terpaksa lah anak dara sy bertadika sebelah ofis sy jer...heheheh...
    sy setuju..kadang2 kesian kat budak2..takut confuse sistem pembelajaran yang berbeza2 kan...nnti masuk darjah satu..diorang confuse lagi..sbb sistem pembelajran skolah kerajaan lain...

    ReplyDelete
  8. semua ibu bapa nk yg terbaik utk anak2nya kak...yg pnting anak2 akak dah selesa kat sekolah dorang tu..dorang dah biasa ngan cikgu n kwn n persekitaran..

    ReplyDelete
  9. memang kite kene bijak memilih untuk masa depan anak anak

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  10. Sy setuju dgn kelemahan no 1 dan 2 tu, tp bukanlah itu alasan kenapa sy tak hantar maryam lagi ke sana tahun hadapan.

    Apapun, sy ttp mengiktiraf GA sebagai yg terbaik antara tadika yg sy pernah hantar anak2 sy.

    Sy sgt mengharapkan sistem pengurusan kenderaannya dpt diperbaiki, sbb sy masih menharap utk hantar maryam ke GA pd 2013..

    ReplyDelete
  11. 2011 saya hantar Deeja ke GA, tp tidak lagi untuk 2012...
    MMg ada kelebihan n kekurangan..

    ReplyDelete
  12. genius aulad ni dh ramai hantar sy pun minat corak pembelajaran nya

    ReplyDelete
  13. Dia macam balance antara English Education dgn Agama Islam kan kak?

    ReplyDelete
  14. saya baru survey bbim,genius aulad,little caliph,pasti dan pre thfiz playschool...untuk english mmg bbim dan genius aulad..tp syg..umur 5 thn ke atas je ada sampai ptg...so terpaksa lilih tadika lain dulu ...

    ReplyDelete
  15. saya baru survey bbim,genius aulad,little caliph,pasti dan pre thfiz playschool...untuk english mmg bbim dan genius aulad..tp syg..umur 5 thn ke atas je ada sampai ptg...so terpaksa lilih tadika lain dulu ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts