Disiplin diri langsaikan hutang
Setiap tahun rasanya azam untuk melunaskan hutang kad kredit yang membebankan adalah antara yang terlaris disebut-sebut orang. Namun berapa ramai yang mampu mendisiplinkan diri untuk memastikan azam yang satu ini terlaksana...
Oleh itu diperturunkan antara rancangan yang mampu membantu si pemegang azam melangsaikan hutangnya :-
1) TULIS dan TAMPAL didinding amaun keseluruhan hutang yang perlu dibayar. Tampal juga di cermin meja solek dan jangan diturunkan selagi hutang belum selesai. (tapi rasanya tak payahler letak kat meja solektu buat stressjerkan cukuplah kat dinding)
2) Ikut BAJET yang telah ditetapkan, jangan keluar dari bajet.. Kena sediakan bajet terlebih dahulu, lepastu disiplinkan diri untuk mengikut bajet yang ditetapkan.
3) Potong semua transaksi yang tidak penting seperti makan diluar terlalu kerap, tukar pakej astro dan lain-lain lagi. Semua transaksi hendaklah dilakukan secara tunai dan tiada lagi penggunaaan kad kredit.
4) Gabungkan semua hutang kepada institusi kewangan yang boleh memberikan kadar faedah yang paling rendah. Bandingkan antara institusi kewangan dan pilih yang terbaik.

5) DOA dan terus berdoa kepada yang maha kuasa, kerana Allah maha pemberi segala sesuatu. Hanya kepadaNya kita memohon antara doa yang boleh diamalkan ialah :-
Doa Mudah Membayar Hutang (Surah Al-Imran, ayat 26-27)
Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu sebut “qulillah”
[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
betul2
ReplyDeleteHabis je konvo, sy dah ada 1 hutang. Smpi skg sy jenuh nak membayar.
ReplyDeleteSaya setuju!! ;)
ReplyDeletehehhe.. guna CC mmg best. tp jgn culas byr... konpem jd bertimbun..
ReplyDeleteHutang....owh...masih ada yg belum selesai. Lagi setahun lebih sal berazam akan diselesaikan. HUtang pinjaman pendidikan...Alhamdulillah dah selesai.
ReplyDeleteye lah... kedit kad! che.... belum abis lagi.. sikit lagi! huhuhu
ReplyDeleteSetuju..
ReplyDeleteNasib baik saya tak pakai CC, cuma hutang ngan bank jer. Tak sabar nak tunggu hutang habis.
ReplyDeletealhamdulillah,
ReplyDeletehutang kad plastik dah hampir nak setel.
taubat x nak pakai kad plastik tu lagi lps ni.
tapi study loan masih baru terusik sikit..
huhuhu
mudah2an boleh setel dlm 5 thn ni..amin
beban..beban..beban..
akak pun kalau boleh nak langsaikan tapi apa boleh buat, banyak komitmen.. yg penting bayaran minimum setiap bulan akak x pernah lupa, kalau ada lebih br bayar banyak sikit... almaklum semua barang naik harga...
ReplyDeleteselalu jugak guna CC bila ada kes2 trtntu...Tapi Alhmdulillah, setakat ni masih mampu lagi bayar....Risau jugak bab hutang ni...
ReplyDeletealhamdullillah, setakat ni tak de utang card credit.. :)
ReplyDeletekak,
ReplyDeletekami ni ade 1 jer hutang yg utama, loan rumah.. lelain tu bil bulanan.. tu pun seksa nak membayor nya.. ade bulan lepas.. ade bulan bayor separuh, ade bulan bayor lebih sikit.. itu lah adat org meniaga kecil-kecilan nih..
Alhamdulillah, x berani lagi nak menambah hutang..
klo blh..elakkan bhutang... tp mcm kereta, rumah tu..mmg tpksa bhutang gak kan..
ReplyDeleteCC mmg x pnah pakai :-)
satu perkara yang tak suka tapi perlu hadap juga, tak bayar tak boleh, dah namanya hutang kan perlu disiplin tuk langsaikan
ReplyDeletethanks sharing kak..
ReplyDeletesaya bab hutang mmg takut..teringat ustaz kata dulu kan..melekat dlm hati terus..
tak bayar hutang,nanti roh terapung antara langit dan bumi..