Miniland @ Legoland

Miniland @ Legoland... tarikan utama kalau datang ke Legoland. Kalau anda peminat Lego lagilah bertambah teruja dan kagum dengan hasil kerja mereka. Akak pernah tengok Majalah 3 yang membincangkan topik semasa perancangan membina Legoland. Masatu akak dah terlopong tengok usaha mereka untuk merealisasikan taman teman bertaraf antarabangsa di sini . Rasa tak sabar-sabar untuk sampai dan tengok sendiri  tapi yang ralatnya akak tidak puas menikmati Miniland yang teramat istimewa ini.

Kami sampai di bahagian Miniland ini dah tengahari, jadinyer "menyerongeh"jer muka anak-anak akak bergambar.. Anak-anak dah tak sanggup untuk berpanas, kesianler pulak.. Apa-apapun jom tengok gambar budak dua orang ini tapi Atikah dah lari ikut ahli rombongan yang lain. So di sini memang banyak gambar Azalia...
Jom kita gi Singapura 
Ini Taj Mahal kot... 
Tak tau kat mana, pelabuhanler kot...
KLIA.. tengok gaya dik Ya posing menahan panas..
KLCC dari jauh.. kita duk KLpun tak penah ambik gambar KLCCkan
ambik kat Legolandjerlah.. 
Bangunan Sultan Abdul Samad.. akak suka... 
Siam kot.. 
Ni kat mana tah... permintaan dik Ya nak amek gambar di sini..

Miniland, akak akan datang Legoland lagi sekali keranamu sebab nak bergambar puas-puas dengan miniature di sini.. Kalau tengok harga tiket Legoland memang agak mahal dan permainannya juga tidak banyak dan kurang mencabar berbanding taman tema lain. Namun harga yang mahal ini sebenarnya berbaloi dengan menikmati hasil kerja yang teliti di Miniland ini. Ada sekumpulan pelancong dari Filipina akak rasa menjerit OMG masa tengok miniature negara diaorang. Lepastu kecoh panggil kawan-kawan dia. Mesti mereka kagum tengok betapa telitinya pekerja Legoland menyiapkan miniature ini. Oleh itu kalau datang ke Legoland jangan lupa untuk bergambar di sini dan lego ni boleh bergerak tau dengan menekan butang di sediakan. Jom terokai Miniland untuk keseronokan dan pengetahuan.. 

Next : Peta Legoland

Comments

  1. miniland ni nampak menarik.. leh tengok keseluruhan bangunan without jalan jauh.. kalau bangunan yg asalnye.. jenuh le nak memusing.. hihihi..
    lawaaaa cat rumah baru ni..

    ReplyDelete
  2. akak bestnya dah smpi ke LEGOLAND ni..kami ntah bila la..teringin nak pegi..tp sbb takde geng tu x syiok klu ber3 je..huhu..for me tmpt mcm ni klu jln ramai2 baru terasa meriah n rasa penat tu hilang dgn bila dgn kwn2 =)

    ReplyDelete
  3. kalau beli susu dutchlady, anak2 masuk free klau x silap. tu pun kira untung ape kan. best gak :)

    ReplyDelete
  4. waa bestnyer dapat gi legoland...

    ReplyDelete
  5. wah mmg menarik ler kat sini!

    ReplyDelete
  6. Panas terik sebab pokok belum besar lagi Zila. Masa bawa miniature tu jalan jem gila. Sebab dia fix tempat lain bawa masuk pakai lori part besar baru pasang kat situ..

    ReplyDelete
  7. Pagi sobat..
    Waw nice post..
    Yang post sebelum nya juga bagus tapi ini lebih baik dari yang lalu..:)
    terus berkarya ya..
    Haha..:D
    oh ya mampir juga ya ke my blog..:)

    ReplyDelete
  8. tinggi betul seni org yg buat ni. Nisbah skala miniland ni dgn real punya berapa ye?

    ReplyDelete
  9. wahhh.. kagum jugak tengok hasil seni lego nih.. walaupon tengok gambar jer.. kalo ade rezeki nak terjah sini jugak nanti~InsyaAllah~

    ReplyDelete
  10. Bilalah kami nak sampai ni? Hehehehe..seronok tengok ramai rakan blogger update tentang legoland ^_^

    ReplyDelete
  11. wah bestnya dapat pergi sini. mesti happy kan kat sana.

    ReplyDelete
  12. Bestnya. Bilalah saya bley ke sini .

    ReplyDelete
  13. Bestnya dah spi ke legoland nie.

    ReplyDelete
  14. akan ke sana satu hari..INSYAALLAH

    ReplyDelete
  15. ntah bilalah org johor ni dapat turun johor...nice pics zila

    ReplyDelete
  16. lama tak singgah sini kak zila...

    kami yg kat johor ni pun blm terjah lagi legoland ni. kena tunggu baby zayyan besar sikit baru best jalan2 sana...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts