Nuffnang saya

Followers

Thursday, November 8, 2012

Zoom Inn Boutique Hotel Danga Bay

Lepas pulangkan kunci pada owner apartmenttu kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Johor Bahru. Kali terakhir suami akak datang ke Johor berbelas tahun sudah dan naik kapal terbang. Akak pulak tahun lepas ada datang sini tapi tumpang kereta Hisham adik sepejabat tahujerler dah menumpangtu mana nak ambik pusing. Kira main hentamjerler jalan, nasib tak susah nak jumpa hotel yang ditempah. Hotel pilihan kami di Johor Bahru ialah Zoom Inn Boutique Hotel di Danga Bay. Kalau dah Boutique Hoteltu macam hotel bajetler jugak tapi lebih teratur gitu. Bayaran yang dikenakan juga adalah amat berpatutan untuk kita bermalam.
Kenapa akak pilih Zoom Inn ?
1) Akak hanya perlukan bilik untuk berehat sebab petang isnintu kami nak melawat Baby Luq (dua pupu Atikah dan Azalia) dan seawal pagi selasa kami dah check out. Jadinya hotel bajet jadi pilihan.
2) Sebab utama ialah Rozi kawan serombongan akak ke Legoland memilih Hotel Tune. Akak pulak berkali-kali masuk laman web hotel Tune tapi tak jugak buat tempahan. Maalumler nak beli aircond ke idak, nak tambah tualaker idak.. fikir-fikir baik akak cari hotel yang berdekatan dengan Hotel Tune. Jawapannya adalah hotel yang berada di sekitar Danga Bay.
3) Dari senarai hotel yang berada di Danga Bay akak pilih Zoom Inn sebab terpikat dengan hiasan dindingnya.. Jatuh cinta pandang pertama namanya.. Dari komen yang dibaca juga akak rasa tidak salahnya kami mencuba, hotel baru tentulah kemudahannya masih barukan.. Itulah firasat akak..
Akak pilih family room.. Bilik memang sangat kecil sebab nak letak satu katil queen dan satu katil single. Nak solat memang cukup-cukupjer ruangnyer. Tilam sangat empuk, bantal dapat enam.. puas hati tidur lena.... 
Indah kata-katanyakan... Feel every moment you live...
Kalau google zoom in boutique hotel nampak
macam-macam hiasan dindingnya. suka...
Tiba-tiba teringat lagu Sudirman :-
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Kiranya berbaloi juga akak pilih Zoom Inn ini. Kalau dah duduk di Danga Bay ini tidaklah semeriah di bandarkan. Kedai makan masa malampun tidak banyak pilihan, tapi kalau ada kereta boleh saja pergi ke Restoran Singgah Selalu yang berada di seberang jalan. Tapi waktu siang rasanya banyak kedai makan sebab di situ ada banyak pejabat. Yang penting malamtu kami dapat berkaraoke di Suara OK yang sebaris dengan Zoom Inn, tapi tak boleh lama sebab esok nak pergi Legoland pulak..

Alamat Zoom Inn Boutique Hotel

Unit 7, 8 & 9, Block 7,
Danga BayJalan Skudai,
80200 Johor Bahru

next : melawat baby Luq

19 comments:

  1. bagusnya..siap ada kata kata hikmat.. bagus dari dia tepek gambar bukan2 kan kak..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Menariknya. Siap ada quote kat dinding tu ☺☺

    ReplyDelete
  3. ye la kak....jarang ade hiasan mcm ni kat dinding bilik hotel....hehheh....bagus laaa...lain dari yg lain...

    ReplyDelete
  4. Menariknya. Kami hari tu duduk di Suria Hotel. Dekat2 juga. Tapi nak makan di Singgah Selalu tu, tawaf 3 kali pun parking masih penuh.

    ReplyDelete
  5. as salam

    thanks sharing nanti kalo nak ke johor nak tido sini :)

    ReplyDelete
  6. Saya pun dah lama tak ke Johor Baru..Last kalau tak silap awal tahun ni sebab gi JPO tu..waktu tu Legoland pun xsiap lagi..Hotel tu nampak selesa la...

    ReplyDelete
  7. Zila nak tahu tak Singgah Selalu adalah tempat makan family kakak selalu. Dah dekat dgn rumah kakak tau.

    ReplyDelete
  8. cantik dan murah..berbaloi..

    kalau teringin nak pakai PB boleh...boleh bayar secara ansuran juga...

    ReplyDelete
  9. haah..sy sokong. utk sekadar tidur sj. mana-mana memadai..sbb sy akan lebihkan bajet pada benda yg nak dishopping, tempat yg nak ditujui serta makan..

    ReplyDelete
  10. katil empuk eks..hihi..tq...nnt kalau lajak sana boleh try

    ReplyDelete
  11. Hotel bajet macam ni mmg sesuai kalau kita just nak tido...Yang penting selesa...cuma mmg betul, a bit sempit, sebab saya dulu pernah juga tido di boutique budget hotel..nice design, interior, cuma sempit ..So, solat pun atas katil! hihihih

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang