Panduan dan tips melawat Legoland

Akak perturunkan panduan dan tips kalau ingin melawat Legoland sempena cuti sekolah yang panjang kali ini. Semoga entry ini boleh melancarkan perancangan percutian kawan-kawan di Legoland. Ini merupakan pandangan peribadi akak yang mungkin tidak sama dengan semua orang. Maalumler kalau kita bercuti kita mahukan semuanya berjalan lancar, moga dengan panduan dan tips ke Legoland ini dapatlah membantu serba sedikit....

(1) TIKET

Akak dah beli tiketni sebelum Legoland buka lagi. Punyalah semangatkan.. tengok lepastu ada promosi yang lebih menarik dari macam-macam produk misalnya beli tiket dewasa percuma tiket kanak-kanak. Lebih murah dari yang akak beli. Groupon dan seangkatan dengannya juga membuat promosi Legoland bersama hotel yang juga menarik.

Untuk beli tiket sekarang boleh sahaja melayari laman web rasmi Legoland di :- http://www.legoland.com.my/Plan/Prices-and-Tickets/  . Yang penting ada diskaun juga untuk yang online.

Harga tiket seperti dibawah :-
TicketReg. priceOnline (7-Days Advance Booking)
1-Day Ticket Adult (12-59)RM 140RM 105
1-Day Ticket Child (3-11)RM 110RM 82.50
1-Day Ticket Senior (60+) RM 110RM 82.50

Kalaulah akak orang Johor pulak sudah pasti akak beli tiket Legoland Pass Anual, lebih berbaloi-baloi..  Untuk yang dewasa hanya RM275 boleh masuk bila-bila masa selama 12 bulan.. best oooo...

(2) MASA OPERASI

Inipun kena buka laman web rasmi Legoland sebabnya masa akak pergitu dibuka dari 10 pagi hingga 6 petang. Bermula dari 17hb November yang lepas sehingga 31hb Disember dibuka dari 10 pagi hingga 8 malam. Berbaloi-baloi untuk kita menikmati keindahan malam di Legoland pula. Lagipun waktu petangtu redup sikitkan bolehler bergambar puas-puas..

(3) BAGAIMANA HENDAK KE SANA

Senangjer nak cari, sebabnya ada papan tanda arah ke Legoland. Kalau dari Danga Bay tempat penginapan kamitu lagiler senang...
Menurut laman web Legoland GPS coordinate adalah seperti di bawah:-
GPS Coordinate
Degrees, Minutes, & Seconds: 1º 25’ 38" N 103º 37’ 47" E
Decimal Degrees: 1.427361, 103.62987
GPS: N 1 25.642, E 103 37.792

(4) MAKANAN & MINUMAN

Bab makan dan minum ini janganlah digundah gulanakan banyak restoren di dalam Legoland. Bolehlah mencuba kalau inginkan kelainan. Kami ini pula keluar dari Legoland dan makan di Medini Mall sebab budak nama Hishamtu nak  makan KFC juga.. Al-kisahnya boleh keluar dari Legoland ini tapi tangan kena cop dahulu dan masuktu tunjukkan tiket balik.

Kedai menjual makan dan minuman ringan juga banyak di Legoland tapi boleh sahaja bawak dari luar (psst : masa akak pergitu takder orang checkpun beg akak). Harga minuman di Legolandtu memang agak mahal sedikit dari luar, tapi biasalahkan...

(5) SURAU & TANDAS AWAM

Syukur Alhamdulillah pihak pengurusan Legoland tidak mengabaikan pembinaan surau yang selesa untuk kegunaan pengunjung beragama Islam. Tandas awam sudah pastilah disediakan untuk keselesaan semua....

(6) RANCANG JEJAK ANDA DI LEGOLAD

Sangat penting untuk merancang jejak langkah di Legoland. Kalau pergi tanpa anak kecil memang tak jadi masalah boleh sahaja mengharungi apa juga keadaankan.. Tapi kalau dah ada anak kecilni terpaksalah memahami kesusahan mereka dan kalau sekali diaorang dah mengamuk payah nanti. Konon nak bergembira tapi jadi rasa sakit hati.. Akak ada buat entry khas tentang peta di Legoland : - jom buka disini  http://ikhlas-atilia.blogspot.com/2012/11/peta-legoland-untuk-panduan.html#comments

(7) PESANAN KHAS DARI PENGALAMAN AKAK
 
Rasanya ramai yang kata Legoland ini teramatlah panas, memang diakuilah. Jadinya pandai-pandailah kita yang nak pergini cari baju yang boleh sejukkan badan. Janganlah pulak pakai baju umpama kita di Genting Highland tidak sesuai. Pakailah baju dari kain kapas umpamanya sudah pastilah lebih selesa. Anak-anakpun dipakaikan baju tangan panjang supaya tidaklah nanti tangan gelap dek cuaca yang panas ataupun disapukan losyen pelindung cahaya(kah!kah! betoiker)
 
Satu lagi kasut juga perlu diberikan perhatian. Pakailah kasut yang bersesuaian sebab nak pusing Legolandtu kena jalan kaki. Nak bergerak satu hal, kalau kena beratur panjang tentulah lebih selesa kalau kasut yang dipakai bersesuaian.
 
Kalau nak lebih selesa pakailah topi, yang besar macam kat tepi pantaitupun takper orang paham sebab cuaca sangat panas terik. Untuk lebih vogue, pakailah spek hitam supaya masa ambil gambar nanti tak ler nampak sepet...
 
Bab panas juga bawalah kipas bateri macam kami.. padahal tak sempat gunapun...

Bawa juga baju dan seluar tambahan kerana ada juga permainan yang melibatkan air misalnya macam di bawah.. tapi di depan tempat mainni ada satu kotak yang boleh keringkan baju, tapi kena bayar RM5.
Lagi satu akak rasa bawalah baju hujan pakai buang untuk menghadapi cuaca yang tidak menentu. Di Legoland juga ada kedai yang menjual baju hujan pakai buangni tapi harga dia boleh tahan...

( 8 ) PENGINAPAN

Untuk orang yang bukan balik kampung di Johor macam akakni kenalah menyewa hotelkan. Akak memilih hotel di Danga Bay atas sebab tertentu dan juga sebenarnya disarankan oleh ramai blogger. Dari Danga Bay sebenarnya lebih mudah dan lebih dekat untuk pergi ke Legoland.
Hotel Legoland yang akak tunggu-tunggu. Kemungkinan akak akan pergi Legoland lagi kalau Hotel ini dah siap.. Insyaallah....
 
KESELURUHAN : Ini hanya pandangan akak... secara keseluruhannya akak dan anggota rombongan bergembira dan sangat berpuas hati. Hisham misalnya merasakan yang permainan di sini agak kurang berbanding dengan tempat lain sebab dia dah dewasakan. Tempat ini istimewa untuk kanak-kanak, permainan dia memang sangat selamat. Legoland adalah istimewa berbanding Taman Tema yang lain tapi  dengar khabar Legolandpun nanti ada water park, untuk memenuhi permintaan orang yang lebih besar... Bagi akak LEGOLAND memang best dan mungkin akan ada lain kali untuk keluarga kami di masa akan datang dengan tambahan nak ke Hello Kitty pulak... Sekian dulu untuk entry Legoland ini....

Comments

  1. tq zila...padat, detail..banyak yg boleh jadi panduan buat saya ni...org johor yg beum sampai legoland lagi, heeee

    ReplyDelete
  2. TQSM di atas info tu....nmpk mcm best je.......akak org johor pn xsmpai2 lg sbb anak2 dh besar..msg2 xbrminat kecuali si kecil bongsu tu yg beria2 nk p....

    ReplyDelete
  3. enjoy kan.... nanti anum nak pergi juga :)

    ReplyDelete
  4. boleh tahan jugak harga tiketnya tu kan..

    ReplyDelete
  5. Wah, inilah yang saya nanti2kan. Informasi yang padat. Terima kasih banyak2....

    ReplyDelete
  6. mahalnya tiket dia kak....

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing kak. Rasa macam nak gi jer.

    ReplyDelete
  8. menarik sgt kak..thanks sharing :-)

    ReplyDelete
  9. kami nak gi gak tp tunggu la water parknye siap hehhe bru berbaloi baloi

    ReplyDelete
  10. Tempat-tempat mcm ni yang paling seronok kalau ada anak la kan? Sebab kita suka tgk anak2 hepi dan terhibur dgn telatah derang. Kalau semata2 nak pergi org2 tua je, kurang la skit seronok dia.

    ReplyDelete
  11. panjang citer legoland ni.. ye la kan.. kenangan susah nak dapat ni.. sure la banyak.. :)

    ReplyDelete
  12. n3 akak nih mmg membantu mereka yang baru nak pergi untuk merancang percutian dengan baik.. thanks yer~

    ReplyDelete
  13. tq kak bg tips yg menarik nih.
    legoland salah satu tempat wish list sy utk nextyear..nak bawak ank jln2 kesitu.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih bagi tips...manala tau kami tersinggah ke sana nanti bila-bila hehehe

    ReplyDelete
  15. teringin sangat nak g sana kak..nurul kalu kesana tido umah uncle nurul di jay bee jugak..tq kongsi tips

    ReplyDelete
  16. Bagus buat tips gini..buat pnduan bg yg nk ke sana.

    ReplyDelete
  17. thanks for the tips! bila nak pergi ni hurmmmmmmmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts