Cerita cuti kami di Port Dickson
I was at Glory Beach Resort
Seperti entry sebelum ini Glory Beach Resort-Port Dickson akak kata ada baucer untuk ditebus. Kami hanya akan pergi ke Legoland pada hari selasa maka kenalah akak sekeluarga cuti-cuti Malaysia sebelum sampai harinya. Akak ke Legoland dengan kawan-kawan sepejabat jadi kenalah ikut perancangan diaorangkan. Hari Isnin Rozi sefamili nak pergi ke Singapura tapi akak tak berhajat nak ikut itulah sebabnya singgah ke Port Dickson dulu.
Macam akak ceritakan dulu akak booking bilik di Glory Beach Resort(GBR) tu sebenarnya pemilik persendirian. Masa akak tiba di GBR hati dah berdebar-debar terfikir kalaulah owner tu tak datang mana pulak akak nak tidur malam ini. Masalahnya lagi ialah tak tahu nak tunggu di mana katanya di blok A tapi tak nampak tempat nak menunggu, akakni dah keluar masuk kereta takut dia tak nampak pulak nantikan. Anak-anakpun dah tergedik-gedik tengok kolam renang. Dalam pukul 1.45 tengahari gitu akak dapat panggilan dari satu nombor katanya dialah ownertu. Lega sesangat... hilang dah rasa saspen...
Masa dia tunjuk biliktu rasa seronokler sebab dengan harga yang murah akak dapat apartment yang ada dua bilik dan satu bilik air dan ada ruang tamu bersofa juga dapur yang lengkap. Kiranya berbaloiler juga... Anak-anak dah semangat sebab dapat bilik, sebab kat rumahpun diaorang memang takder bilik. Bersemangat sesangatler budak dua orangtu.. tapi bila dah dekat malam diaorang cakap ayah tidur bilik kecik tu diaorang nak tidur ngan ibu. Alasan tak boleh tahan sebab bilik kecil tu dekat ngan pintu masuk. Dasar penakut...
Singgah sebentar isi perut di sebuah kedai sebelum sampai Glory Beach Resort.
Gembira rasa hati sebab tempat bermalam kita yang sangat luas dan bersih... puas hati...
Gembira rasa hati sebab tempat bermalam kita yang sangat luas dan bersih... puas hati...
Bergambar dengan penyu bertelur, Glory Beach Resortni memang tempat penyu menetas.
The first ever turtle hatchery in negeri sembilan is located at Glory Beach Resort's very own beach
Kami nak makan, sebab malas nak keluar makan di Cafe hotel sahaja.. oklah...
Keseluruhannya hari pertama cuti-cuti Malaysia arah selatan kami berjalan lancar dan dipermudahkan. Cuti sekolah nanti kalau dapat nak cuti-cuti Malaysia jugak.....
layaaaaaaaaaan
ReplyDeletebesttt!! terbaekkk!!..
ReplyDeletesonok jalan2.. smlm baru je haikal cakap ngan nani.. dia nak bela penyu boleh? hahahaha.. mane leh.. penyu dok kat pantai.. lepas tu gi rumah dia.. budak2 banyak soalannya..
acik lalu je diglory tu..tak tau pulak ada lain2 owner nya ke zila..
ReplyDeletePD salah satu tempat tak pernah jemu nak holiday..happynya tgk :)
ReplyDeleteTak tahu bila kakcik dapat bercuti begitu lagi...
ReplyDeletehappy nyer si lesung pipit tu...
ReplyDeletenanti updated lagi yer.
jeleslah tengok dorang pergi bercuti.
amboi model2....
ReplyDelete=)
bestnya jenjalan cuti2 malaysia..
ReplyDeleteabg sy pun ada usahakan apartment mcm ni kat PD...tp tiara beach resort...hehe...
Nanti mau update legoland terperinci punya. Yer? :)
ReplyDeleteapt ni lagi beso dr umah aku you...! best kn cuti2 Mesia...
ReplyDeletemmg best kalau dpt pi bercuti kan.nik pun tgh rancang nak pi brct.tapi tak tahu nak kemana lagi :)
ReplyDeleteWee besnya model plak pandai je posim
ReplyDeletesaya dulu asal pd kak.. mmg penah la datang sini.. best kan hehe
ReplyDeletelg gambarnyer? heheheh... besar n untung la akak dpt blik tuh
ReplyDeletebeshnya cuti2 malaysia..suka2..
ReplyDeletewah..akak asik bercuti..bestnye... jeles org tgk...
ReplyDeletesaya kena tunggu si kembar besar sikit baru blh cuti2 malaysia
ReplyDeletedah lama tak g pd....tp kalau ct skolah tentu ramai..
ReplyDelete