Panduan dan rumusan kisah suka duka Vietnam

Harini kembali kepada rutin harian sebab anak-anak dah mula bersekolah...
Entry terakhir akak untuk kisah HCMC Vietnam akak...

Berakhir sudah cerita rombongan atau lawatan akak ke HCMC..
Kisah suka duka yang mewarnai perjalanan kami ke sana...
Yang penting pernah merasa jadi jutawan.... jutawan Dong...
Oleh kerana akak tidak pergi melawat tempat menarik yang ada di sana,
entry akak hanya berkisar kisah shopping-shopping-shopping kami sahaja...

Sedikit panduan atau rumusan yang ingin akak kongsikan bersama....
1) TUKARAN WANG :::♥:::

~ Rasanya paling penting kalau tujuan kita nak bershopping ke sana mestilah kena paham pasal tukaran wang di sini untuk mengelak dari tertipu. Jangan ingat cam murah hakikatnya hampeh belaka. Masa nak bayartu tanya dua atau tiga kali dulu untuk memastikan kita tak salah dengar.

Oleh sebab boleh guna 3 matawang di sana  memang pening sikit.  Kalau kita tanya harga dalam 3 matawang macam tak samajer mungkin tukaran dia tak sama ngan kita... akak fikirler untuk memudahkan jiwa dan raga gunajer RM, senangjer terus boleh banding ngan harga kat tanah air... Dasar pemalas akaknikan. Entry akak :- Salam Pengenalan

2) PENGANGKUTAN :::♥:::

~ Untuk ke Vietnam tentulah kena naik kapal terbangkan. Untuk orang  macam akakni  naik AA lah yang termampu nak buat camnerkan.. tapi ada adik hensem (teringat lak!!) yang akak jumpa di HCMC katanya dia naik MAS dengan harga RM400 masa promosi kira oklahtu...
Di sana teksi yang boleh dipercayai ikut pengalaman kawan-kawan dan akak juga ialah Vinasun dan Min Linh.
Ikut cerita kawan blog juga ramai yang tertipu dengan cyclo atau beca Vietnam. Itu akak takder pengalaman sebab sebelum pergi akak dah terbaca kat blog kawan-kawan. Jadi tak berani nak naikpun...

3) KEMUDAHAN PENGINAPAN :::♥:::

~ Inipun jangan gundah gulana, penginapan  di sana adalah berlambak-lambak. Harga adalah dalam kemampuan kita juga.. Kalau tujuan nak shopping tentulah pilihannya hotel berdekatan dengan Pasar Ben Thanh. Memang seronoklahkan sebab kalau sekiranya balik ke hotel dan tiba-tiba terbayang balik barang yang tadi tak jadi beli.. Jalan kaki sorang-sorang ke Pasar Ben Thanh pun tak takut.. Teringat akak masatu akak jadi tak jadi nak beli satu begtu, tengah makan depan hoteltu hatini duk teringat-ingat (dasar orang pompuan, nasib suami tak ikut), akak cakap pada kawan yang akak nak pergi balik ke pasar malam. Tak takutler sebab dekatkan...

Kami sebelum pergi dah buat tempahan terlebih dahulu tapi  ada juga kisah berlaku, boleh baca di sini :- Kecoh di pagi hari. Jadi untuk penginapan kami selama 3 hari dua malam adalah  HOTEL HALO. Hotel yang strategik dari segi kedudukannya tapi akak tak berkenan dengan receptionistnyer tapi sorang lagi staftu baik...

4) MEMBELI BELAH :::♥:::

~ Inilah tujuan utama orang Malaysia ke sana rasanya. Teringat pengumuman dari pramugari katanya "bla.. bla.. dan Selamat Membeli Belah", semua orang tepuk tangan dan gelak. Tak boleh nak mengelaklerkan semua yang datangtu adalah untuk bershopping...

Jom baca kisah Shopping Baju Raya rombongan kami di sana juga ada sambungan dalam  Shopping lagi.. Ada rezeki akan datang nak singgah Pasar Binh Tay yang dikatakan lebih murah juga Butik Hong Anh yang disebut2 oleh ramai kawan blog..

Yang paling penting tawar menawarlah.. Bertekaklah selagi  mampu. Akak sembang dengan orang kita di sana katanya di sini memang kena bergaduhjer baru puas hati. Memangpun kenalah kita bermuka tebal untuk 'bergaduh' untuk mendapatkan harga yang berbaloi. Sebab diaorangnipun jenis suka memuji kitapun kalau nak membelitu pujilah juga diaorang dan tepuk-tepuklah bahu diaorang.. kah.. kah.. ni strategi kawan akak, akak tak kuasalah aih...

Tapi diaorangni memang jenis memaksa kita, tu sebab kalau akak memang tak berapa nak beli memang tak tanya langsung nanti kena main tarik tangan lak... tak kuasa... Sorang lagi peniagatu macam dah nak sepak dia (sebab terasa angin walaupun kita dah pandang ke lain), dia pandang balik kat peniagatu dan tanya apa hal? Peniagatu suruh dia diam, takut dia... tapi so far yang akak tengok camnerpun memaksa dia kalau kita tak nak idakler sampai dia kejar kita atau tunggu kita kat hotel... Jadi gunakan hak anda...  
Rambang mata tak??? Jangan marah peminat tudung Fareeda...
5) MAKANAN HALAL :::♥:::

~ Yang ini juga tidak menjadi masalah besar untuk kita yang muslim kerana banyak kedai makanan HALAL di sana. Hanya bersedia untuk membayar harga mahal kerana harga nasi gorengnya adalah dalam lingkungan RM15. Jom tengok enty :- Restoran Halal yang akak singgah

amirah said...
saya aritu masa second time pergi langsung tak jejak ke restoran ke tempat makan ke. yg first time pergi tu je yg ajen bawak. memang best2la makanan dia. ke lapa ke ntah...hehe..sebab masa tu tengah pregnant kan arissa, lngsung takleh telan makanan sana. asik makan buah2 je smp susut kena marah dgn nurse. ngandung tapi berat turun. acamane memang tak tertelan. husbnd jela yg gagah mkn. tu pun dia tapau je nasik bwk ke hotel. tercium bau mkanan dorang pun tak larat. tp kak cho letak gmbr2 ni rasa cam nak pergi lagi sekali je, nak makan mknn dorang. yg paling penting nak minum kopi dorang...sedappp
 
Komen dari Amirah masa entry Restoran Halal yang akak singgah ... Sediakan paying sebelum hujan :: maksudnya kenalah bawak bekal dari Malaysia umpamanya roti, jem, kaya, maggi, biskut dan lain-lain difikirkan perlu sebabnya kawan akak yang sorangtu hari kedua dah tak nak masuk lagi kedai makan.. Katanya nak cium baupun tak boleh dah, kesian menengoknya. Bukan mengandung tau.. so bersedialah untuk itukan..

6) CUACA :::♥:::
Vietnam mempunyai iklim tropika, yang mana dicirikan oleh banyak cahaya matahari, hujan yang tinggi, kelembapan dengan dua musim secara amnya: yang sejuk dan yang kering dari November hingga April dan yang satu lagi iaitu panas dan basah dari Mei hingga Oktober. Info dari :- http://vizosvietnam.com/iklim-cuaca-vietnam.html
Usah risaulerkan cuaca lebih kurang macam kitajer...

7) PEMAKAIAN :::♥:::

~ Oleh kerana cuaca macam Malaysia gak hendaklah kita berpakaian yang selesa. Yang paling penting kasutlah, pakailah yang selesa supaya memudahkan pergerakan. Ada juga kedai yang perlu ditanggalkan kasut jadi carilah yang mudah..

8) WIFI :::♥:::
 
~ Ini memang syiok habislah.. Kat sini sangatlah mudah nak berwifi. Keseluruhan kedai makan yang akak singgah ada disediakan wifi. Kedai shopping baju raya juga ada wifi dan memudahkan ahli rombongan ber'WhatsApp' bertanyakan pada yang mengirim. Jadi sekelip mata sahaja keputusan boleh dibuat samada setuju ataupun tidak dengan barang yang hendak dibeli...

9) JALAN RAYA :::♥:::

~ Banyak bezanya apabila kita melihat yang motor menjadi raja jalan raya. Memang sangat ketara dan menjadikan pemandangan di sini luar biasa. Gerun tengok cara pemanduan mereka tapi mereka sangat peka dengan sekeliling dan bunyi hon kedengaran sana sini.. AKak dapat menyaksikan motor yang jatuh dijalnaraya tapi dengan pantasnya dibantu, tidak berlaku keseskaan jalanraya langsung.

Menyeberang jalan besar menjadi sedikit masalah tapi kena beranikan diri...

10) KOMUNIKASI::♥:::

~ Kalau di Pasar Ben Thanh tu tak jadi masalah besar sebab kebanyakan dari peniaganya pandai berbahasa Malaysia.. Pasal memuji kita comel, cantik dengan harapan kita membeli lebih lagi memang biasa kedengaran.Boleh juga berbahasa Inggeris gaya mudah di sana.. ala setakat hang paham aku, aku paham hang dahler.. Paling senang gunalah bahasa kalkulator... adaker bahasa kalkulator, mun dah masing-masing tak pahamkan tunjukkan kalkulator tu tanda itulah harga yang kita nakkan..
Kalau menggunakan teksi yang paling penting ada alamat tempat dituju.. Bisnes kad hotel mesti ada sebab kalau sesat boleh tunjukkan kad sahaja tak payah nak berkomunikasi bagaikan..
Ini memang kelakar, budak menjualtu siap refer buku dulu masa nak
bagi tau harga  dalam RM pada kami...


11) SILA KURUS :::♥:::

~ Amaran keras untuk diri sendiri... Kalau nak puas bershopping ke sana adalah digalakkan untuk kurus ke saiz yang lebih sesuai. Sakit hati oooo orang seronok mencuba baju yang kitani  baru cuba dua kali tau dah tak der saiz atau kalau ada saiz tak banyak pilihan..  Bayangkan untuk baju lip lap yang cantik sesangat dan sangat murah tapi akak tak dapat nak membelinya kerana takder saiz... Nak tak nak belilah kain dan terpaksalah bayar upah tukang jahit lagi tapi takder manik tau.. alahai sedihnya rasa hati...  

12) BAGASI  :::♥:::

~ EXTRA PENTING ~~ Cubalah untuk untuk membawa sedikit baju dan barangan yang sedikit untuk ke sana. Kalau tak cukup banyak baju dibawa nanti boleh dibeli sahaja di sanan nanti.. Percayalah kalau pergi bawak satu beg balik nanti tibajer beg dah beranak pinak...
Kalau anda naik kapal terbang AA macam akakni, pastikan kita beli bagasi yang mencukupi. Boleh tempeh bagasi dua jam sebelum penerbangan. Kalau di Hotel Halo disediakan penimbang berat (penimbang biasatu) untuk kemudahan.
Rozi sedang menimbang beg untuk ahli rombongan..
Lobitu dah penuh dengan beg kamijer...
Maalumler check out pukul 1.00pm, flight pukul 9.00pm..
Jadi letakkanjer beg di lobi dulu dan kami sambung shopping lagi...
Part kelakar yang terakhir....
Ingatkan di pasarjer nak berjual beli di airportpun sama..
Alkisahnya ada sorang kawan kami yang memang dah terlebih muatan,
berbagain muatan dari grup yang sama beratur.. boleh....
Terima kasih adik-adik...

Ada juga kisah yang tak kelakar terakhir rombongan kami apabila salah sorang dari kami di tahan oleh kastam.. Memang pucat lesi muka kalau kena memang kaw-kaw punya tapi syukur dilepaskan... Kami memang bukan nak berniagapun membeli untuk diri sendiri, anak-anak, saudar mara dan kawan-kawan sahaja.... Syukur...  
Sekian dulu entry di HCMC, Vietnam... Moga jumpa lagi, mungkin pergi untuk melawat dan bershopping. Kali ini pergi sekeluarga. Insyallah...



Comments

  1. wah cuti sakan nohhh....
    tq...kongsi info yg bagus untuk yg ingin bercuti ke vietnam...

    ReplyDelete
  2. Kat sana penuh dengan rakyat Malaysia. Kalau sanggup tunggu promo tu kadang2 booking tahun ni tahun depan pergi boleh dapat Rm160 return...:)

    ReplyDelete
  3. sangat2 membantu nie... :)

    ReplyDelete
  4. Kalau tempat kita banyak motor utk racing adalah Zila. Tapi di sana mereka guna sebagai transportation..

    ReplyDelete
  5. salute kt akak, suke ngn sntry last psl HCMC nih, mmg summary yg sgt bagus kak... penuh ngn ilmu n sesuai menambahkan pengetahuan...

    tp paling tak tahan kak, sile kurus... aduhla, comfirm dana pg sana mkn ati je

    ReplyDelete
  6. pas ni zila refer blog akak la bila nak ke sana ..tq kak share yg best n x best

    ReplyDelete
  7. Best2
    Byk maklumat berguna :)

    ReplyDelete
  8. terbaikkk...dari akak..
    mmg entry2 akak ni,jadikan saya pun berminat tau nak gi hcmc..

    aritu keluar nona pasal vietnam..hehe..teringat akak jejalan sana =p

    ReplyDelete
  9. Tips yg terbaek kak!!!! Byk info2 berguna yg akak share boleh dijadikan panduan ni....kalo ade rezeki lieya nak sgt pegi....soping-sopingan gituwwww hehehehe

    Kak tang kene kurus x tahan tu kak...jenuh ar kene diet sebelim pi sane heheheeh tp mmg betul ckp akak baju kat sane saiz die mmg kecik2 kan kak....

    ReplyDelete
  10. terbaiklah..do & don't kat sana untuk sapa yang berhajat nak sana..

    ReplyDelete
  11. info yang sangat2 berguna ni sis...
    memang teringin sangat nak 'melabur' kat sana....
    tapi ntah ler bila....

    ReplyDelete
  12. Ohhh bagus conclusion awak ni CZ....OKje tak taulah bila nak sampai ke sana

    ReplyDelete
  13. entri akak mmg terbaik
    sy x mampu la nak tulis pjg lebar macam ni.seronok lak baca ;)

    ReplyDelete
  14. wah...seronoknya jalan2...entah bila la boleh smpai tmpat org..

    ReplyDelete
  15. vietnam makan susah x?cam susah ja

    ReplyDelete
  16. Nasi goreng RM15??? erkkk...

    Kalau gi Indon pun, kita boleh jadi jutawan kak...jutawan rupiah...ahahaha

    ReplyDelete
  17. wahhh vietnam best shopping cotton lah kn. fobia plk dgn vietnam ni psl kes airasia punya staf tu...yg kes izan tu..haihh

    ReplyDelete
  18. kalau ada rezeki nak pergi sana.. kene rujuk entry akak ni.. banyak info..

    ReplyDelete
  19. bestnyaaa
    mak ieda ada plan nak ke sini tahun nie
    tapi ieda x dpt nak ikut sbb anak2 sekolah dan yg sulung tuu nak periksa .. huhu

    ada rejeki gi lain kali lah
    leh tgk sini nanti

    ReplyDelete
  20. bestnya kak, saya ni belum berpeluang kesana lagi. teringin betul nak pegi bila tengok entry HCMC akak ni :)

    ReplyDelete
  21. akak..bc entri ni buat ku teringin ke sana...yg kelakar baca part bahasa kalkulator n sila kurus...anyway byk info akak kasi,tq....hrp jd plan sy nk ke sana lps raya nih...

    ReplyDelete
  22. sonoknye kak~

    tudung ala2 fareeda tuh murah tak kat sana kak?

    teringin nak gi sana jugak~

    ReplyDelete
  23. perlu persiapan rapi juga datang negara orang...itu semua pengalaman
    esok-esok kita dah tahu mana nak dituju...seronoknya dapat shopping kat sini...murah pun ya

    ReplyDelete
  24. Amboi bestnya jenjalan. Kalau tau hr tu kirim.

    ReplyDelete
  25. Anonymous10 June, 2013

    tq share info ini yer !

    ReplyDelete
  26. yg paling best..'sila kurus' hehehe..

    ReplyDelete
  27. Best baca..mmg pnduan yg sgt2 brguna..baca entry hcmc akak ni wat sy lg brkobar nk gi...cma xde masa je lg..huhu...

    ReplyDelete
  28. rasa nk p lagi la...xpuas shopping sana......

    ReplyDelete
  29. thanks for sharing.. nanti boleh jengah sini kalau nak ke HCMC.. i dulu pegi Hanoi.. so kira dah faham sikit guna Dong..

    ReplyDelete
  30. Waaah info yg padat dn sendat dgn isinya...:-)

    Bkh jdikan pandaun utk mereka2 yg nak ke sana..

    Syoknye.... :-)

    ReplyDelete
  31. wahh bestnya..dapat ke oversea..murah tak barangan sana??

    ReplyDelete
  32. waaa. menariknya..cari pengalaman tempat org kan. hehe...

    rasa nak pergi je. ngeh2. tunggu dah mampula.~~

    ReplyDelete
  33. perghhh!!terbaikla tips akak...trasa mcm nka hafal semua..seolah2 pg esok nk gerak g HCMC,eheheh!!

    ReplyDelete
  34. terima kasih, info yg mungkin berguna untuk saya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts