Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Habiskanlah kisah balik kampong kami yang telah lama berlaku itu. Bayangkanlah kisah ini berlaku pada 26hb Mei yang lepas tapi tak masuk lagi dalam blogkan.. Jom kita tengok kejadian yang berlaku selepas kami makan malam di Kuala Selangor seperti entry sebelum ini..  Kami berjaya juga sampai tempat yang dalam list jalan-jalan kami iaitu pergi tengok Kelip-kelip di Kampung Kuantan... ye ha!!!

Hajat hati ingin kesini dah lama sebab dekat sangat dengan rumah mak mertua di Bestari Jaya... Kalau balik dan bermalam di sana selalupun merancang ingin ke sini tapi bila dah duduk dalam rumah jadi malas... Mungkin fikir lain kali boleh pergi mun dah dekatler katakan.

Jadi lepas kami makan malam di Kuala Selangor alang-alang dah lambat dan esoknya akak dan suami masih cuti baiklah kami singgah dulu di Kampung Kuantan untuk menunaikan impian hati. Akak sendiri dah 3 kali pergi ke sini... tapi budak dua orangtu merupakan pengalaman kali pertama. Jom kita baca maklumat tentang Kelip-kelip dan Kampung Kuantan dulu ....  
Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.
Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis ‘Pteroptyx tener’ adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Pokok Berembang atau ‘Sonneratia Caseolaris’ adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.
Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.
Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat. (SUMBER ::: MDKS @ KELIP_KELIP KAMPUNG KUANTAN )
Masa kami singgahtu hujan renyai-renyai, ingatkan tak jadi dah.. sekali tanya di kaunter dia kata bolehjer kalau pengemudi sampan kamitu kata keadaaan selamat... Kiranya bertuahlah kami malamtu sebab bila suasana gelap dan hujan tidak jadi, kelip-kelip agak banyak malamtu... puas hati betoiler... Jom layan cerita kami di Kelip-kelip Kampung Kuantan...
Gambar ::: KOSMO ONLINE
Akak tak ambil gambar sebab tak nak menggangu kehidupan si kelip kelip...
Kawan-kawan kena pergi sendiri untuk melihat keindahannya..
Dik Ya kata macam pokok krismaslah, lebih cantik dari itu sebenarnya......
GAMBAR ::: KOSMO ONLINE
Kalau pergi kelip-kelip Kampung Kuantan beginilah rupa botnya...
Masih menggunakan khidmat pendayung... lebih tradisional...
Lagipun bot lebih kecil naik 4 orangjer lebih menikmati gitu...
Di Kuala Selangorni ada 3 tempat kelip-kelip sebenarnya...
Kalau ikutkan akak lebih prefer yang Kampung Kuantan....
Muka happy budak kecik lepas ibunya beli tiket....
yea ha dapat gak kita tengok kelip-kelip...
BAYARAN TIKET : RM50 satu bot untuk maksima 4 orang...
Ramai juga yang dating cuti sekolahni... 
Menunggu dipelantar sebelum bot sampai...
Jaket keselamatan adalah diwajibkan... 
Yeah, selesai sudah kunjungan kami di sini....
Terima kasih untuk pendayung kami yang peramah...
Katanya sekarangni dah tak ramai orang berbanding dengan dulu...
Diani kira generasi kedua sebab bapak dia pun kerja di sini...
Kiranya bayaran RM50 yang kami bayar itu sangat berbaloi
sebab kelip-kelip agak banyak malamtu...

Selamat pun perjalanan kami haritu...
Dulu ada iklan Tenaga pasal kelip-kelipkan...
Belakangtu bot yang digunakan...
anak-anak akak payah nak bergambar....
Cuti sekolahni ramai juga yang datang sini....
Alahai gambar tak berapa nak cantikler... sedih hati...
Alamak kamera akak memang tak cunler malamtu...

Selamat Datang Kelip-kelip Kampung Kuantan
Selamat Tinggal Kelip-kelip ada rezeki kami datang lagi...
Kalau tak pernah pergi mesti pergi sekali ke sini....
Kebanyakan yang datang ke sini adalah pelancong asing...
Jadi kita orang sini kenalah datang melihat sendiri..
Beli keychain yang boleh kelip-kelip bercahaya.....
Atikah seperti biasalah nak beli satu untuk kawan baik dia..
Rasanya sepanjang cuti dua minggu Dalili tu asyik tersedakjerler.
Asyik nak sebut nama kawan dia yang satu tu jer...

Comments

  1. Lawanya.. Saya teringin nak pergi. Tapi suami kata tak sesuai bawa anak kecil... Tgk gambar kat sini pyn bolehlla.... Kan.?

    ReplyDelete
  2. wow bestnya..cantiknya klip2 tu
    dapat tengok tempat dia..
    teringin nk pegi...tapi bila tu..hehe

    ReplyDelete
  3. mesti cantik kan
    hurmm nanti nak pi lah
    bawa anak2 kan ;)

    ReplyDelete
  4. masa saya pergi dulu, tak ambil gambar sebab camera canggih takde huhu..guna kamera biasa, gelap sangat , haha....

    ReplyDelete
  5. Akak dulu pernah gak Cuba ambil gambar guna kamera cap ayam akak tu... Penyudahnya semua gelap kihkih

    ReplyDelete
  6. dah lama tak tgk keli-kelip ni...rasanya di kuala selangor je yg ada eh..

    ReplyDelete
  7. wahh menariknya kak..arituh alik kampung tgk sekor kelip2pun dah gayat..hahaha kalau banyak mmg mcm pesta lampu gituh..indahkan ciptaan Allah?

    ReplyDelete
  8. Akhirnya dpt jgk akk pegi kan.. bestkan tmpt ni..kami pun dah pegi awl thn aritu..mmg xdpt ambil gmbr sgt pun sb gelap .guna note 2 pun gelap sbb bateri tu tgl nyawa2 ikan lg la tmbh gelap..kekeke

    ReplyDelete
  9. dari dulu lah niat, kalau balik kg abah nak gi sini tapi tak pernah lepas2 pun niat tu..insha Allah one day :)

    ReplyDelete
  10. teringin juga nak pergi...tapi belum sampai lagi he hee...

    ReplyDelete
  11. bestnya..rasa macam nak pi je

    ReplyDelete
  12. bestnye.
    pernah plan nak ke sini,tapi belum kesampaian lagi.hehe

    ReplyDelete
  13. wah macam seronok betui...eh keychain tu comei betui la....nak jugak....hehhe

    ReplyDelete
  14. pernah pegi sekali je ke sini,seronok juga tgk kelip2 nih

    ReplyDelete
  15. walaupun sy dok dkt ngan kuala selangor tp tak penah lagi jejak tempat ni, bley tak? hihihi

    ReplyDelete
  16. bestnya kalo dapat gi tengok sendirik.. mesti cantek kan pemandangan cahaya kelip2 tuh..:)

    ReplyDelete
  17. cantik mmg cantik, kt terengganu pun ada 1 area tempat boleh tgk kunang2 nih kak... tp tak penah pg....

    ReplyDelete
  18. lama dah teringin nak ke sini. kira ok la sewa rm 50 satu bot kan. ingat byr mahal lagi..ehehe

    ReplyDelete
  19. tak pernah singgah pun selalu lalu lalang jer.. hihihi.. cantik jugak yer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts