KETUJUH HCMC :::: Habis duit kitapun berposing

Akak memang tersilap perkiraan tentang Vietnam
atau lebih tepat lagi dengan Bandar raya Ho Chi Minh Cityni...
Akak tengok Negara ini sangat membangun...
Masa di atas kapal terbang akak pandang ke bawah,
"mak oooi besarnya bandarni"
Lepastu bila dah berada di bumi HCMC terpesona gak
dengan lapangan terbangnya yang besar...
Berada di tengah bandaraya HCMC akak terpukau pula dengan keindahannya..
Memang akak tersilap pasal bandaraya HCMCni sebelum sampai sini.
Yang paling penting ialah Bandaraya ini sangat bersih...
Kagum... itulah yang mampu akak katakan...

::::  Jom teruskan SAMBUNGAN HCMC ::::
Entry kali ini tidak menggoda langsung sebab takder cerita pasal shopping...
Dah habis duit marilah kita berposing kekdahnya...
Layankanjer ibu-ibu orang berposing...
Belakangtu Pasar Ben Thanh, kedai bunga segar kat belakangtu sangat laku...
Cara dia susun bunga dan buah-buahan kat situpun menawan hati..
awatler akak lupa amek gambar...
Ini dekat dengan Pasar Ben Thanh gaktu...
ada tugu kuda kat bulatantu...
Tak tau apa nama bangunan belakangtu... main bergambarjer...
Rupanya Saigon Opera House...
Ambil maklumat dari sini  CERITERACHAZ 
Teater Perbandaran Ho Chi Minh City, yang juga dikenali sebagai Saigon Opera House (Vietnam: Nha hat lon THANH Pho Ho Chi Minh; Perancis: Opera de Saigon), adalah sebuah rumah opera di Ho Chi Minh City, Vietnam. Ia adalah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.
Mak budak posing macam anak kecik... layankanjer...
Sebab berkenan sangat dengan cafeni terus posing ...
nasib tak kena halau...
Ini depan Hotel Continental Saigon...
Apa yang akak tengok tu???
Ada kemalangan rupanya, motorsikal yang mungkin hilang kawalan dan jatuh...
Yang peliknya tak sampai 5 minitpun semuanya selesai..
Ramai yang datang membantu penunggang motorsikaltu..
Memang takder jempun....
Betoikan takder jem seperti boleh dilihat dibelakang kami..
Boleh berposing macam takder apa yang terjadi...

Pintutupun jadi bahan kami berposing..
Kalau kat sini mampuih akak tak posing punya....
Tak mampu beli bergambarjerlah...
Rasanya semua jenamapun ada di sini.... 
Harga memang mengaum punya...  
Di HCMCni banyak taman awam...
Kiranya sejuk lah sikit suasana di sana..
sepanjang jalan kami tu terjumpa macam-macam jenis taman...
yang seronoknya tamantu terpelihara rapi... 
Bergambar di tugu Ho Chi Minh...  
Terbaca  di blog ANDYROTTENIDEAS pasal bangunan belakangtu
rupanya Bangunan Majlis Bandaran....
The City Hall in HCMC is called by many names. The City Hall was called the Town Hall till 1954. In between 1954 and 1975 it was renamed the City Hall of Saigon. Since 1975 the charming cream and yellow French Colonial building has been called the HCMC People’s Committee Building. Since this is a working government building, no one other than civil servants and cleaners are allowed in. It’s not open to public.
Ginilah suasananya sepanjang jalan...
Kami main jalanjer, tak susah sangat sebenarnya...
Lenguh jugalah nak meronda....  

Sebelum pergi ke HCMC memang akak berhasrat nak berkunjung ke tempat di bawah itu tapi maalumler rombongan akaktu hanya untuk shopping mana ada masa nak pusing semuakan.. Mungkin next trip nak bawak anak-anak pula merasa pengalaman di Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel pulakkan...
(A) Tengok blog CERITERACHAZ akak rasa antara tempat yang kena dijelajah kalau berada di HCMC ni nanti ialah :-

1) Saigon Central Post Office ~
 It was constructed between 1886 and 1891, designed by Gustave Eiffel who also designed the Eiffel Tower in Paris. The architectural design of this Central Post Office represents the French colonial style and it’s the biggest post office in Vietnam. Dapat ini di sini :- ANDYROTTENIDEAS

2) Notre Dame Cathediral (Gereja Lama) ~
Opposite the Post Office, it’s the Notre Dame Cathedral. It was constructed between 1863 and 1880 by the French. It has two bell towers, reaching a height of 58 meters. The materials used in its construction were imported from France. Dapat ini di sini :- ANDYROTTENIDEAS

3) Hard Rock Café
Hard Rock Ho Chi Minh City
Kumho Asiana Plaza
39 Le Duan Street
District 1
Ho Chi Minh City, Vietnam  .. Ambil alamat ini di :- ATIEATIQA

4) Art Arcade

Sebelum pergi ke HCMC memang akak berhasrat nak berkunjung ke sini tapi maalumler rombongan akaktu hanya untuk shopping mana ada masa nak pusing semuakan.. Mungkin next trip nak bawak anak-anak pula merasa pengalaman di Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel pulakkan...

(B) Tengok blog  RADINFADLI lagilahkan seronok bacanya... Banyak lagi tempat yang akak tak pergi...

1) Bitexco Finance Tower Ho Chi Minh City ~
Nampak bangunan ini tak terfikirlak boleh melawat....  Tiket masuk seorang 300000 dong (RM31 seorang) memang worth it lah sebab boleh tengok pemandangan sekitar Ho Chi Minh dari udara.

2) Unification Palace

Alamak terpesona dengan blog yang ini juga 4I5Y4TUBEROSE:-

1) War Remnants Museum
2) Golden Dragon Water Puppet Teather

Ok.... ok... banyak tempat yang akak tak pergi... kenalah akak pergi sekali lagi kalau gini caranya.. Padahal bangunan lamatu kat Ipohpun berlambak yer idak.. ha.. ha.. alasan membenarkan cara... Jangan jemu layan cerita akak pasal Vietnam, ada lagi entry nak masukni...

Comments

  1. cantikla gambar..sakan posing ye..hehe

    ReplyDelete
  2. Menarik rupenye bandar vietnam ni kak ye...cantik pic akak semua...seronok dpt berjln ke negara org kan kak....dpt tau budaya dieorg....

    Xdpt beli barang branded dpt amik gambar pun jd la kan kak...lieya pun gitu jugak..dpt snap depan kedai pun dah cukup bangga heheheheh....

    Harap ade gak rezeki lieya nak kesini satu hari nanti kak...

    ReplyDelete
  3. ooo...sebab memang agenda nak bershopping ye dak. saya first time pegi dengan travel agency. memang dh pegi chu chi tunnel mekong river. yg kedua tu backpack je baru gi shopping..

    ReplyDelete
  4. hamboi2..sakan ko berjln ye kak..ehehehe

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan yg pergi sana depa punya intention memang nak shopping. Akak gi dulu kiat org berpecah dengan geng, depa nak shopping tapi akak dan husband pilih nak gi jenjalan termasuk gi Chu Chi Tunnel.

    ReplyDelete
  6. aloo comei2 nye picca..thanks sharing ye..ada rezeki lebih boleh zila plak ke sana cam akak n geng

    ReplyDelete
  7. Amboi kak, posing sakan nampak...hehehe...

    Cantik2 gambar ni.

    ReplyDelete
  8. kena pergi dua kali baru seronok...hehehe

    ReplyDelete
  9. Sempat jugak akak ronda bandar ek
    Igtkan g mmg khas utk soping jek :)

    ReplyDelete
  10. takpe kak, nanti tahun depan boleh plan pegi lagi ke HCMC :)

    ReplyDelete
  11. WAH BILA MAK2 POSING MMG GORJES LA....RASANYA TARAF HIDUP DIAORG PN BOLEH THN..SEMUA PAKAI HPHONE TRCANGGIH N RUMAH MRK DI PERKAMPUNGAN MENGHALA KE GUCCHI TUNNEL PN CANTIK N MODEN W.PN KECIL

    ReplyDelete
  12. btol la kak
    sy pun tsilap dgn persepsi vietnam.rupanya hcmc maju.hehe

    tgk semua gambo akak,br tau..napd hcmc ptt gak msk dlm list.hehe.

    ReplyDelete
  13. Waah cantik gmbr dn pemandangan..

    Jauh berjalan, luas pemandangan :-).. seronok berjln tgk tmpt org kan..

    ReplyDelete
  14. mmg menarikla tmpt ni..tak dpt pegi tgk gmbr akak pun dah rasa seronok..pssttt 1st time tgk gmbr k.cho posing..hehe

    ReplyDelete
  15. huhuhu.... mmg kalau sampai sana sy pun mahu rambang shopping jugak agaknya, sediakan duit jerlah... dah xde duit ni.. jamu mata tgk akak possing jerlah hahahahha

    ReplyDelete
  16. Cantiknyaa Vietnam.. bila laa nak sampai nie.. :)

    ReplyDelete
  17. Anonymous07 June, 2013

    tq share cerita, meriah menu2 makanan kat sana yer

    ReplyDelete
  18. posing sakan benor ibu ibu ni ya.

    yang pastinya tiang tu le yg jadi mangsa.

    ReplyDelete
  19. Asyik tengok kedai je CZ...best jugak tengok tuan tanah berpose sakan hehe

    ReplyDelete
  20. wah2...sakan posing ye..mcm2 gaya ada :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts