Nuffnang saya

Followers

Tuesday, June 11, 2013

Menara Jam Condong Teluk Intan

Oleh sebab jalan yang jem ikut lebuhraya kami keluar simpang Bidor
dan terus singgah Teluk Intan....
Apa ada di Pekan Teluk Intan??? Tentulah ada Menara Jam Condong

Jom baca apa kata Wikipedia tentang Menara Jam Condong Teluk Intan....
Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.
Akak sedang buat huruf V dan adik huruf E...
Adik sedang buat huruf L
Penangan nak buat L.O.V.E.
Sibuk nak baca infoni....
Akak cakap nanti ibu ambil gambar kat rumah kita baca...
 
Kena jaga betoi-betoi, sangat bersejarah.... 
Baca Dik Ya baca... sejak dah pandai membacani semua
benda nak dibacanya...

Jampun beli di London yerk...
Menara Condong Teluk Intan telah diwartakan sebagai
WARISAN KEBANGSAAN...
 Tak boleh naik atas, sedihnya....
 Ambil gambar depan pagarjerlah...
Macam boleh naikkan!!!
Tapi masa kami datangtu kunci pagarnya..
Bergambar lagi dan lagi...
 Tak dapat ke Itali melawat menara Pisa kat sinipun bolehlerkan..
Huruf E tak menjadi lagi...
Yang ni condong sebab kamera di sengetkan...
Ibu kita suruh kita datang sini sekadar nak bergambarjer... 
Masa kami pergitu cuaca panas terik....
Anak-anak dah kelaparan lak waktu tu....
Nasibler nak juga budak dua orangni melayan ibunya...
Ibu kita nak balik boleh tak???
Jomler kita balik.... dah ambik pun gambar kat sini...

Pulang marilah pulang marilah pulang beramai-ramai.
Sayangilah Warisan Kebangsaan ini.
Hilang tak berganti namanya nanti...

24 comments:

  1. Teringin juga akak nak dtg ke sini Zila, tapi kenapa tutup ye, sayang pulak tak dpt naik keatas kan :D

    ReplyDelete
  2. tak penah sampai sini lg kak.. teringin juga nak tgk menara condong ni,pada hal perak tu kg saya jugak

    ReplyDelete
  3. dah lama teringin nak singgah.. lalu pernah la.. nak kene tulis destinasi d tuju ni.. dalam diari.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. baguslah siap tulis sejarah tentang menara condong lagi ye....
    tq share, penah lalu je kat situ...

    ReplyDelete
  5. lama tak keteluk intan..sejak kakak yg dok sana dah pindah ke klang..

    ReplyDelete
  6. laaa dekat dah ndgn rumah mak liya tue... nnti bebila kalau singgah sini leh jumpa.. :)

    ReplyDelete
  7. Saya bangga dgn entry ni
    Sbb kampung saya! :)
    Mmg bleh masuk dlm tu
    Kalau mlm lg happening

    ReplyDelete
  8. Kak, liya hanif atas ni kwn skolah saya masa kt tlk intan ;)

    ReplyDelete
  9. seronok Nye budak-budak tu berposing...
    saya pun takpernah sampai cni lagi kak...thanks sharing yer...

    ReplyDelete
  10. pandai dia baca ek sis...
    good girl!
    i pun lum pernah naik atas menara tu sis...
    padahal masa i gi, ianya buka...
    tapi time tu cam malasnya nak terjah naik...
    sekadar bergambar kat bawah jer....

    ReplyDelete
  11. tak pernah sampai pun lagi kat sana...

    ReplyDelete
  12. oo..buleh naik rupanya..memang condong ke kak?

    ReplyDelete
  13. Dulu2 rajin jugak balik ikut Teluk Intan dan Kampung Gajah tapi sekarang ni kalau balik ikut highway je berdezup...:)

    ReplyDelete
  14. cantik gambar yang zila ambil.

    dalam buku teks tahun 3 ada cerita menara ni. bebudak yg tak pernah sampai (saya pun lum pernh sampai) melopong baca fakta..huhu

    ReplyDelete
  15. cantiknya semua pic tu..suka tgk....
    akhir thn lepas ke sana ttp xsmpt nk posing bagai.....

    ReplyDelete
  16. masa ena sekolah kat MRSM Pasir Salak, memang selalu lepak kat sini.. ada satu kedai cina kat situ memang sedap makanan dia.. halal.. nasi goreng dia, superb aaa

    ReplyDelete
  17. ayoooo... camne dik Ya bt huruf E tuh. acik tak nampak pun bentuk E heheheh...

    bgs lah kak, dik Ya baca psl menara tuh, kot2 blh cite kt kwn2 kt mana dia jln2...

    ReplyDelete
  18. umah adik ipar kt sini tp x penah berkesempatan nk ke menara condong ni a.k.a pisa tower malaysia ;-)

    ReplyDelete
  19. masa zaman2 bercinta dulu pernah la jugak sampai ke sini...hehe

    ReplyDelete
  20. kalau nak ikutkan, penang ngan teluk intan tu bukan jauh mana pun. tapi .. tak pernah sapai jugak kita ni . hehehehe

    ReplyDelete
  21. ramai betul blogger ke sini & post gambor kt sni..sy berazam akan sampai jgk ke sini satu hari nti jika dipanjangkan umur,amin :)

    ReplyDelete
  22. Okaylah tu ...dapat jugak bergambar kat situ...kita lagi kesian.... tak pernah pun bergambar kat Menara Condong! hehe

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang