Nuffnang saya

Tuesday, September 25, 2012

Panggilan Haji

Musim haji datang lagi.. tiap kali datangnya musim haji akak mesti teringatkan lagu ini. Memang sangat nostalgia kalau dengar laguni. Dulu masa akak kecik tiap kali musim haji, tok akak orang yang paling sibuk. Selalunya dia akan membacakan doa untuk bakal haji sebelum berangkat dari rumah. Sebelum musim haji juga opah dengan tok akan mengadakan kelas kepada bakal haji dirumah dia.
 
Rumah tok dengan opah kalaulah diaorang yang pergi menunaikan haji sangatlah meriah. Dua minggu sebelum berangkat rumahnya dah macam hari raya sentiasa penuh dengan orang datang menziarah. Kalau sebut pasal menunaikan haji memang akak sangat merindui arwah opah dan tok, jiwa mereka sangat dekat dengan kaabah. Arwah tok akak kalau tak silap telah menunaikan haji sebanyak 5 kali dan arwah opah 3 kali. Ingatkan itu air mata akak mengalir laju, akak yang berkerja ini tidak mampu lagi pergi walaupun usia dah makin meningkat. Cho Zila... tolonglah berubah...
 
Lirik Lagu Panggilan Haji -NUR ASIAH DJAMIL

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah

Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah

Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah
Malam subuh dan senja
Pergi ke Kaabatullah

Sembahyang berjamaah
Tawaf saei dan umrah

Terdengar suara ( panggilan bergema )
" LabbaikAllah hummalabbaik
Labbaika la syarikala kalabbaik
Innal hamda wan niqmata lak
laka walmulka la syarika lak "

Tiba masanya kini
Wuquflah di Arafah
Terdengar sayup sampai
Tahmid tazkir dan tasbih

Putih bersih berseri
Abdi pada Ilahi
Terbayanglah di sini
Tempat berhimpun nanti
(tempat.. berhimpun... nanti)

Dari padang Arafah
Lalu ke Muzdalifah
Bermalam di Mina
Melontar tiga jumrah

Syarat rukun haji sempurnalah sudah
Mogalah ibadah haji mabrurah
(haji.. mabrurah...)

Masjidil Nabawi terletak Makam Rasul
Taman Raudhah tempat himpun doa
Padamu pinta Wahai Junjungan
Selawat dan salam mohon syafa'at
(Selawat dan salam mohon syafa'at.... )

Ya sofwatAllah....

Panggilan haji
Telah tiba lagi
Menunaikan ibadah
Panggilan Baitullah
Tanah Suci Makkah
Ya Makkatul Mukarramah



15 comments:

  1. semoga satu hari nanti kita dapat jadi tetamu allah ke rumahnya..amin.

    ReplyDelete
  2. al-fatihah....

    insyaAllah satu hari nanti, dapatlah kita menjadi tetamuNya...

    ReplyDelete
  3. assalam Cho
    nostalgia kan...dan sangat syahdu dgr lagu ni. selalu dengar kat tv1 petang2.. bila la dpt jejak ke sana..

    ReplyDelete
  4. insyaallah kak...ade nanti rezeki kite....kite panjatkan doa ...moga Allah memilih kite menjadi tetamuNYA...amin....

    ReplyDelete
  5. insyaAllah..moga Allah mperkenankan hajat kita ke sana smntra sihat & kuat ni :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tahun nih MIL dan FIL dpt panggilan menunanikan haji setelah sekian lama menunggu.

    ReplyDelete
  7. mak fini pn dh pegi mnggu lps...smnggu dh dia kt madinah, insyllah arini gerak ke mekah plak...

    ReplyDelete
  8. Sis, mak abah ina walaupun dah 2 thn lepas panggilannya..
    Skrg asal tgk orang kesana..
    Tgk keadaan disana..
    Air mata diorg tetiba bertakung..
    Rindu katanya.. ;,)
    Semoga jemaah disana dalam keadaan baik2 belaka dipermudahkan segalanya..
    Amin!!! ;)

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah~ ade rezeki sampai lah akak ke sana~ yang penting niat nak menjadi tetamu Allah tuh kena ade~

    ReplyDelete
  10. mak ayah aida pergi sekali lagi tahun ni. alhamdulillah. marilah kita berdoa agar kita pun dapat ikut jejak mereka. insyaallah..

    ReplyDelete
  11. ktorg suami isteri suka nyanyi lagu tu, part ats jela..tp tukar lirik jadi nama anak ammar haziq...hehe

    semoga kite sume umat islam berpeluang menunaikan haji..;)

    ReplyDelete
  12. Lagu nostalgia ni. Tapi tahun ni quota haji penuh kan? Ramai yg tak dpt pergi.

    ReplyDelete
  13. bestkan lagu ni...

    amat berharap dapat menjadu tetamuNYA suatu hari nanti

    ReplyDelete
  14. baru je daftar haji.. giliran lagi 40 tahun uhuhuhuh
    ntah hidup lagi ntah tidak menunggu tuu

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang