Wang beri impak pada percutian keluarga

Salam Jumaat... akak keluarkan entry dari draf  tersimpan lama di sini.  Akak taipkan semula tajuk Wang beri impak pada percutian keluarga untuk kaki berjalan. Akak memang suka berangan nak bercuti dan jalan-jalan sampai anak akakpun cakap ibu beranganlertu... isyh, ibu dia berjalan diaorang gak yang happykan.... Jom mungkin entryni akan memberikan sumber kekuatan untuk kita melakukan perancangan percutian keluarga. Harinipun dah bermula MATTA FAIR di PWTCkan.... apa lagi...

Angan-angan dapat berehat di tempat cam gini.... aduyai..
 
Sumber : majalah Ratna , 1 Mac 2013
 
Percutian merupakan aktiviti yang merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk pergi bercuti, anda hendaklah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan supaya tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda akan berjalan lancar. Perancangan kewangan yang teliti penting bagi mengelakkan bebanan hutang selepas pulang dari bercuti.
 
(A) RANCANG AWAL
 
Perancangan awal diletakkan sebagai fokus utama kepada mereka yang ingin bercuit bersama naak-anak dan keluarga. Biasakan diri utnuk merancang percutian lebih awal. Sebaik-baiknya enam bulan lebih awal dari tarikh percutian. Ia memberi banyak manfaat agar anda sempat memilih lokasi, tempah pengangkutan dan penginapan yang menjimatkan ini memberi kesan kepada kewangan anda.
 
(B) RANCANG KEWANGAN

Biasakan menabung kerana mampu melatih diri agar menyimpan wang sekurang-kurangnya RM200 setiap bulan. Ia adalah cara terbaik untuk memperuntukkan wang perbelanjaan yang boleh digunakan ketika bercuti. Latih anak-anak anda perkara yang sama kerana amalan itu mendidik mereka erti berjimat cermat. Jika tiada perancangan kewangan yang rapi, ini boleh memberi kesan kepada kewangan anda.
 
(C) PILIH TARIKH
 
Hujung minggu, cuti sekolah atau musim perayaan antara waktu yang boleh dijangka meningkatknya semua kos. Ini tidak membebankan sekiranya bersedia dnengan membeli tiket penerbangan dan menempah penginapan dengan lebih awal. Jika ingin bercuti pada waktu terdekat, pilih lokasi dan aktiviti percutian yang mampu mengurangkan kos seperti berkhemah di hutan, memanjat gunung, berkelah di tepi pantai atau air terjun dan melawat tempat bersejarah.
 
(D) PILIH PENGINAPAN
 
Anda memerlukan penginapan sekiranya bercuti lama dan membawa keluarga yang ramai. Cara terbaik ialah memilih tempat yang bersesuai dengan bilangan ahli keluarga seperti chalet dan pangsapuri. Ini dapat mengurangkan kos ketika bercuti dan memberi penjimatan yang tinggi. Selain itu, tidur di dalam khemah juga merupakan cara terbaik untuk memberi kesan yang lebih menyeronokkan ketika bercuti.
 
(E) MEMBELI BELAH
 
Membeli-belah merupakan tabiat yang susah untuk di kikis.  Pasti ada barang yang hendak di beli ketika bercuti untuk dijadikan kenangan tetapi anda hendaklah mengawal perbelanjaan anda supaya anda tidak boros. Beli barang yang diperlukan dan yang tiada di Malaysia sahaja. Ini akan memberi penjimatan yang berganda dan anda mempunyai bai wang yang boleh digunakan utnuk perkara lain.
 
(F) SEDIAKAN MAKANAN SENDIRI
 
Amalan ini merupakan perkara yang dipandang remeh oleh orang ramai. Memang banyak faedahnya apabila anda menyediakan masakan seisi keluarga tanpa perlu mengeluarkan wang . Jika ingin menginap di hotel, pilih penginapan yang sediakan tempat memasak. Anda cuma perlu membawa barangan mentah dari rumah sekali gus menjimatkan kos  daripada membelinya. Sekiranya bercuti di kawasan pantai jangan lupa membawa bekal dari rumah seperti makanan ringan, snek dan air minuman dalam botol yang boleh dibeli di kawasan anda berbanding di tempat percutian.
 
RANCANG percutian anda !
 
(1)  BAJET KETIKA BERCUTI
 
Anggaran perbelanjaan seperti makan, penginapan, kos lawatanm pengangkutan dan sebagainya. Anda juga boleh merujuk kepada mereka yang pakar atau bertanya apa-apa sahaja soalan kepada pihak yang bertanggung jawab seperti agensi-agensi perlancongan yang berdaftar.
 
(2) PILIH DESTINASI
 
Anda mungkin mempunyai destinasi pilihan utnuk melancong, anda hendaklah membuat survey tempat-tempat yang ingin dilawati. Jika anda ke destinasi membeli-belah pastikan anda mempunyai bajet untuk berbelanja. Tidak seronoklah jika tidak dapat berbelanja sepuas-puasnya ketika melancong.
 
(3) MENABUNG
 
Hal ini sangat penting. Tetapkan bila anda ingin bercuti, biasanya pada hujung tahun. Jadi, mulakan tabung melancong anda pada awal tahun. Bayangkan jika sebulan anda menyimpan RM100 X 12 = RM1200. Anda boleh dapatkan percutian yang menyeronokkan dan agak mewah di rantau Asia Tenggara.
 
(4) TEMPAHAN AWAL
 
Jika anda mampu melakukan tempahan awal, itu merupakan langkah yangbijak kerana anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah. Tidak kisah jika anda melakukan tempahan sendiri mahupun melalui agensi pelancongan.
Bercuti boleh saja asalkan melihat dari kemampuan sendiri..
Camner mungkin MATTA FAIR ada jawapannya...
Korang pergiker??? akak memang tak pergiler sebab suami akak
kategori tak berapa gemar ramai orang....
 
GAMBAR :::: carian Google.... 

Comments

  1. betul3...kite kene merancang before gie bercuti..kalau duit berkepuk2 ye la kan kak..hehehe..

    yeay!!!..matta fair...mmg falsya tunggu pun...tp gie awal skit kut sebelum ramai org...;)

    ReplyDelete
  2. tak p la...kalu ramai orang susah kak...nak nak anak kecik...takut terlepas pandang kang...

    tapi betullah, nak bercuti yang memainkan peranan paling penting mestilah WANG...tanpa dia, seme tak jadi...hurmmm

    ReplyDelete
  3. kawangan dan rancangan bagi nina tu penting... weeee~ tak sabar nak bercuti!!! :)

    ReplyDelete
  4. tak pegi pon kak... i pon tk gemar ramai sgt org... tp mmg murahla dengo nye.. ke london 600 aje tiket MAS pegi balik... huhu

    ReplyDelete
  5. saya pegi lunch time nanti..

    ReplyDelete
  6. good tips kak!
    saya x pernah pun pegi MATTA Fair tu.
    mmg tersgtlah ramai org.
    x larat nk redah, dgn anak2 yg masih kecik lagi.
    kalau nak bercuti pun, cukuplah sekadar yg termampu

    ReplyDelete
  7. tak pernah pegi matta fair. tapi dengar kata kalau beli pakej kat situ memang berbaloi2

    ReplyDelete
  8. yg paling penting tabungan mesti cukup..baru selesa bergerak & berjalan kan..

    thank 4 tips kak!

    ReplyDelete
  9. part menabung tu memang penting...
    penentuan keselesaan percutian tu...
    akak slalu menabung setahun utk family vacation yg ummpphh skit :)

    ReplyDelete
  10. me kalo g bercuti tak pernah rancang.. hahaha.. selalu jd kelam kabut

    ReplyDelete
  11. Betul tu kak. Klo poket penuh, nak bercuti pon best.

    Tak pernah gi matta fair. Hubby saya pon tak suka dgn org yg ramai tu.

    ReplyDelete
  12. jarang sgt merancang .. selalunya idea mai on the spot heheheheh

    ReplyDelete
  13. ena memang suka melancong semua ni.. tapi selalu rancangan nak pergi tu mesti tergendala... huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa xsuka xsuka xsuka

    ReplyDelete
  14. Sy pun suka jln2 kak..betul ckp kak,nk bercuti ni kena rancang n plan..yg plg penting duit, x de duit ape pun x bole..
    Teringin je nk ke matta fair tu, tp jauh laa..kita kat kedah..

    ReplyDelete
  15. betul tu kak..nak pergi bercuti perlua ada perancangan, saya pun suka pergi berjalan2 ni tp sekarang ni bajet kurang,jadi kena la lupakan dulu utk berjalan2 tu..hehe

    ReplyDelete
  16. Perancangan itu sgt2 penting..
    Utk 1 percutian yg sebenarnya..
    Kalo tangkap redah jer..
    Jd mcm kami aritu ler kak..
    Pg CH RM100 je dlm tgn..
    Last2 nak beli sikit2 gigit jari..
    Hak3!!!!
    Happy weekend & TC yer.. ;D

    ReplyDelete
  17. Perancangan itu sgt2 penting..
    Utk 1 percutian yg sebenarnya..
    Kalo tangkap redah jer..
    Jd mcm kami aritu ler kak..
    Pg CH RM100 je dlm tgn..
    Last2 nak beli sikit2 gigit jari..
    Hak3!!!!
    Happy weekend & TC yer.. ;D

    ReplyDelete
  18. perancangan awal dan rapi memang sangat penting untuk kelancaran percutian kita..:)

    tingin nak gi Matta Fair~

    ReplyDelete
  19. kalau merancang mmg lebih menguntungkan.... munna tak pernah pun pergi Matta Fair tu

    ReplyDelete
  20. betul kak...kena rancang betul2... takut budget lari...ada yg tak puas hati nanti.....

    ReplyDelete
  21. bercuti bersama keluarga mmg best sangat2...saya pun suka kak....walaupun kadang-kadang bercuti di tempat yang sama tapi tetap rasa best jugak...hehehehe

    ReplyDelete
  22. betul.sokong.kalau ikut angan angan,saya pun mengimpikan percutian mewah,private dan kelas gitu...haha..

    tapi takpelah..bersyukur dgn apa yang ada. Bercuti dengan keluarga yang penting kita hepi kan walaupun murah mahal jauh dekat.

    emm..saya tak gi kot matta fair =)

    ReplyDelete
  23. ikutkan ati teringin nak bercuti tiap2 bulan p melancong seluruh dunia heheh..tp terpaksa la ikut bajet yg ada

    ReplyDelete
  24. good info...mm dah boleh merancang nih...

    ReplyDelete
  25. bagus tips ni, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  26. belum pernah jejak matta fair..dr mula ank satu udah dua..nk tnggu depa besor udah ade lg tmbh lg..ate caner?ehehheheh

    ReplyDelete
  27. Bru je pg matta fair hri tu,kak..tp trust me ..online booking in prior will save more:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts