Nuffnang saya

Followers

Tuesday, March 5, 2013

10 tahun lebih muda dengan 10 cara

Terimakasih kawan-kawan  untuk entry kerisauan akak pada Azalia, ha.. ha.. silap lak tu .. adakah autisme ooh lebih mendekati dyslexia rupanya. Memang akak berusaha lebih sikit , rasanya Azalia okjer tapi biasalah ibu dia berlebih-lebih...  

Sumber : majalah Ratna 1hb Mac 2013
Oleh : Fasiha Nasri
 
Apabila usia mulai menjangkau angka 40 tahun, perasaan akan berubah secara automatik. Pelbagai dilema dan persoalan akan berlegar-legar difikiran. Risau akan usia yang kian bertambah dan juga kedutan wajah yang makin jelas kelihatan. Jangan dijadikan ia masalah! Ada penyelesaian dan anda perlu cuba untuk awet muda dan kekal remaja.
 
1) Bijak dalam fesyen
 
Cara pemakaian dari segi warna dan corak akan mempengaruhi penampilan seseorang. Pemilihan warna yang salah dan tidak tepat boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar. Begitu juga dengan jenis pakaian yang dipilih perlu sesuai dengan usia pemakai.
 
Warna : Warna-warna pastel dan lembut.
Corak : Cuba corak abstrak untuk gaya berani.
 
Awas ! Salah memilih pakaian menyebabkan anda yang berusia muda kelihatan lebih berusia.

Gambar amek dari budiey.comler..
Siti Nurhalizapun dah makin cantik bertudung...
Mungkin warnani sesuai untuk akak... 
 
2) D.I.Y spa di rumah!
 
Jaga kesihatan wajah agar sentiasa segar dan bermaya walau usia kian menginjak naik. Lakukan spa dirumah dengan membuat maskter  menggunakan bahan-bahan semulajadi. Selain dapat awet mudan dan menegangkan kulit anda juga dapat menjimatkan wang! Mudah dan menyihatkan.
 
CONTOH MASKER STRAWBERI :
Yogurt + Strawberi
 
Campurkan yogurt kosong dengan stawberi yang dilecekkan halus. Oles diwajah secara rata dan biarkan selama 30 minit. Bersihkan dengan air.

Kelebihan strawberi :
Melembutkan, melicinkan dan menegangkan tekstur kulit wajah.
 
3) Solekan tidak keterlaluan
 
Wajah anda tidak perlu dioleskan dengan solekan yang berat agar tidak nampak terlalu berlebihan. Solekan yang sesuai untuk wanita berusia 40-an ialah semula jadi dengan mainan warna-warna tanah. Anda juga perlu mengambil kira tujuan, warna kulit dan warna pakaian yang dipakai supaya berpadanan dengan solekan.
 
4) Disiplin dalam bersenam
 
Untuk kekal muda dengan stamina yang maksimum perlu ada disiplin dalam bersenam. Disiplin diri dengan membuat jadual berkaitan waktu senama yang sesuai. Jika tidak mempunyai banyak masa lapang, lakukan senaman ringan yang boleh dilakukan dalam masa singkat. Selain memberi kesihatan dan kesegaran tubuh, ia juga memberi kecantikan tubuh!
 
5) Stres penyebab anda tua!
 
Bebenan kerja, masa tidur yang singkat, dan pemakanan yang tidak teratur antara penyebab anda alami tekanan. Apabila tekanan menguasai diri, soal penjagaan diri turut terabai dan penampilan diri pasti tidak terurus. Tidak mustahil anda akan kelihatan lebih tua berbanding usia! Jadi elakkan stres kerana ia satu helah supaya anda nampak lebih tua, cuba tenangkan fikiran dan berfikiran secara terbuka.
 
Cuba ini :
Tarik nafas dalam kiraan 10, hembus secara perlahan-lahan. Lakukan apabila anda mulai rasa tertekan.
 
6) Senyum awet muda
 
Jika stres penyebab anda nampak lebih tua tetapi berbeza pula dengan senyuman kerana ianya terapi awet muda. Menurut kajian, senyuman merupakan senaman pada wajah kerana memberi ketegangan pada tulang pipi kita. Apabila anda memulakan hari dengan senyuman secara tidak langsung akan berasa gembira sepanjang hari dan kelihatan muda sentiasa.
 
Info : Individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.
 
7) Cuba sukan ekstrem
 
Usia bukan penghalang untuk anda melakukan aktiviti lasak.  Cabar dirianda dan lakukannya bersama-sama suami tercinta. Mulakan dengan mencuba aktiviti berbasikal dan 'jungle tracking' untuk pupuk minat anda dalam sukan lasak ini. Anda bukan sahaja dapat meningkatkan stamina tetapi kekal sihat dan cantik.
 
8) Jaga pemakanan
 
Untuk kekal cantik dan muda, soal penjagaan pemakanan paling perlu diutamakan. Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan berlemak kerana akan membawa kepada masalah kesihatan. Usia sebegini anda perlu jaga dari segi pemakanan kerana penyakit mudah datang menyerang.
 
Cuba ini : Amalkan makan yogurt untuk penghadaman yang baik..
 
9) Usia hanya angka
 
Salah satu sebab anda risau ialah usia yang main bertembah dan bertambah. Bagi anda apabila usia bertambah, maka banyak aktiviti terbatas dan kedutan akan menyebabkan anda tampak tua. Tafsiran anda salah sama sekali! Jangan jadikan alasan peningkatan usia sebagai batu penghalang anda untuk kekal muda. Apabila anda terlalu memikirkannya pasti walau usia anda menjankau 40-an anda akan berasa seolah-olah 10 tahun lebih muda. Rahsianya jangan terlalu hitung usia anda.
 
10) Berfikir lebih muda.

Tanamkan pada fikiran anda yang usia anda masih muda dan cantik sebagai motivasi diri agar anda sentiasa bersemangat untuk meneruskan aktiviti harian. Menurut kajian, apabila kita berfikir lebih muda secara tidak langsung otak turut akan mentafsir sebegitu. Jadi, jika anda berfikir muda sentiasa pasti orang tidak akan perasan usia sebenar anda.

26 comments:

  1. Nina suka tips 4 dan 8. Hihiji

    ReplyDelete
  2. selalu amalkan yg no 10 tu hehehhe

    ReplyDelete
  3. Hahahha sesuai sangat tips ni untuk akak yg dah masuk four series ni Zila :D

    ReplyDelete
  4. kadang2 memang takleh nak elakkan daripada nampak tua bila pilihan pakaian yang sopan dan menutup aurat dengan sepenuhnya serta warna yang tak menarik perhatian akan menyumbang ke arah kita nampak tua. Hehehe.

    *gmbr siti tu nampak mcm nora danish plak.

    ReplyDelete
  5. yan selalu amalkan 8,9 dan 10 usah ingat kan usia...sentiasa berfikiran bahawa kita masih muda insyaallah tak nampak tua....

    ReplyDelete
  6. kalau nak nampak matang pula cmne
    wuuuuuu

    ReplyDelete
  7. bijak dalam berfesyen.. umm. boleh guna. haha.. waa.. sukan ekstrem tu susa susa. hehe.. selamat mencuba kak! =)

    ReplyDelete
  8. segalanya kena positif..terbit aura diwajah

    ReplyDelete
  9. tq for sharing..
    nnti leh cuba amal-amalkan..supaya sntiasa nmpk muda remaja

    ReplyDelete
  10. lieya suke bace tips2 atau petua gini kak heheheeh..nampak nooo takleh terima diri makin tua ekekekeekek...

    yg paling senang no 6 la kan kak..senyum tak perlu kate ape2 hehehhehe....

    ReplyDelete
  11. lieya suke bace tips2 atau petua gini kak heheheeh..nampak nooo takleh terima diri makin tua ekekekeekek...

    yg paling senang no 6 la kan kak..senyum tak perlu kate ape2 hehehhehe....

    ReplyDelete
  12. muka tua takpe..tua2 berisi KA..hehe...

    ReplyDelete
  13. bagus tips ni..boleh diamalkan nanti

    ReplyDelete
  14. Hehehe... Ramai tkt tua.. Liza pun risau jeragat di muka ni. Huhu...

    ReplyDelete
  15. paling malas nak bersenam...huhuhu...

    ReplyDelete
  16. nice sharing.... nak amalkan.. nati dgn anak2 tue macam kawan2 je.. weeee.. tak sabo nk tunggu anak beso...

    ReplyDelete
  17. tip yg bagus utk org sebaya akak nie..maklum la umo dh mula brganjak awal 40 thn....huhuhu....

    ReplyDelete
  18. info yg bagus..ramai wanita yg takut dimamah usia..

    ReplyDelete
  19. baik kita amalkan 'ubat awek muda' yang percuma ni - senyum dan stress free ...hehe

    ReplyDelete
  20. hehe...sesuai le dgn mak ni ...tapi dalam banyak2 tip tu, Okje takut nak buat sukan ekstrem tu naik roller coaster ke....mmg le tak berani, kang gol cam ne hehe

    ReplyDelete
  21. wahh..banyak tips ni.. boleh sama sama amalkan.. hihih

    ReplyDelete
  22. senyum tu rasa betul la sbb ada sorang akak yg saya kenal ni wajah dia sweet mmg awet muda :)

    ReplyDelete
  23. setuju...biar sederhana dan kita selesa... terlebih over kekadang menyakitkan mata......

    ReplyDelete
  24. kena take note juga ni. lagi 7 thn akan masuk 4 series...

    ReplyDelete
  25. betul tu kak..jgn stress kan.. nak try la:)

    ReplyDelete
  26. kesian kat yg dah berusia ni kan..kesian..huhu. i ade tips yg sgt bkesan utk kelihatan muda dan segar, bentuk tubuh pun penting sprti wajah...tetapkan masa setiap hari buat senaman ringan yg penting kuarkn peluh dan toksin or toksik ke apa akan kuar melalui peluh..kalu malas buat senaman, bole g spa massage stiap mggu or beli jer massager, sng. ok dah buat senaman tu biarkan badan korang di suhu yg panas or hangat juz relex then take shower, racun dalam badan yg mbuat anda cpt tua or nmpak mcm dah tua tu, amalkan insyallah jadi remaja semula..huhu

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang