Nuffnang saya

Followers

Tuesday, March 12, 2013

Taman Jepun Bukit Tinggi

Kita teruskan perjalanan di Bukit Tinggi ini dengan menjelajah Taman Jepun...
Boleh aja kalau nak naik shuttle yang disediakan, tunggu di depan Colmar Tropicale..
Suami kata kita naik keretalah naik  sebab kesian kat mak mertuakan...
Suami akak dan mak mertua hanya tunggu di tempat letak kereta sahajalah..
 
Memang dah tugas ibunya kalau nak bawa anak-anakni...
Terpaksalah kami mendaki untuk sampai ke atas..
Oleh kerana dah lama tak bersenam rasa mengah jugalah akak..
Nampak tangga untuk menapak tapi ditutup pulak...
Anak-anak tentulah seronokkan walaupun penat....

Jom tengok fakta tentang Taman Jepun...
Japanese Village

Step through a rustic gateway and a winding Japanese footpath leads you through a beautiful garden to a waterfall, over a bridge spanning a koi pond and up to a Japanese Tea House. Every detail you see captures the spirit of Japanese craftsmanship at its most authentic. Located 3,500 feet above the sea, the Japanese Village is the first of its kind outside Japan. The garden was planned and designed by renowned Japanese architect, Mr Kaio Ariizumi and built by a team of 22 skilled craftsmen from Japan.
Papan tanda yang menyambut kami,
Selamat Datang ke Rumah Teh Jepun yang pertama di dunia dalam Hutan Tropika
Bestkan pemandangan di sini, sejuk mata memandang....
Bergambar dengan ikan pulak...
Ada air terjun di sini... sejukjer...
Yang atastu ler Rumah Teh Jepun...

Inilah yang ada di sebelah Rumah Teh Jepun... 
Pemandangan dari Rumah Teh Jepun...
Ramai jurugambar kat bawahtu, ada model berposing...
Kamera diaorang punyalah canggih...

Anak-anak akak tak nak pakai kimono cuma mintak belikan makanan ikan sahaja...
Teringin gak nak tengok diaorang pakai kimono, mun dah tak sudi kira jimatlah duit ibu..
Orang yang menjaga Rumah Teh Jepuntu bukanlah ramah tamah pun...
Buat dek jer kita lalu lalang kat situ...  
Japanese Tea House & Garden
 
From the chumon (entrance gate) to stone lanterns, from wood roofing shingles to tatami mats, and countless other artifacts, the Japanese Garden is the epitome of authencity in design and craftsmanship. The Tea House lies at the heart of the Village. A natural stream filled with koi completes the tranquil setting. Guests and visitors may participate in a Japanese tea ceremony.

Bergambar di depan pintu ajalah, kalau mampu dan
ada masa apa salahnya mencubakan..
Tatami Spa is a Japanese concept spa situated within the Japanese Village of Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi, surrounded by lush greenery in a tranquil nature setting. Offering various holistic health treatments, including aromatheraphy, massage, body scrub and reflexology, the spa combines these experiences with furo, a Japanese ritual of bathing for relaxation and rejunevation. The spa center is housed within a two-storey bunglow, also of traditional Japanese design like the Ume Tatami Suite, and equipped with modern amenities. A highlight here is the outdoor onsen (hot spring) bath, housed within a pleasant rock garden facing the rainforest.

Bergambar di depan kedai yang telah menghabiskan duit ibu budak dua orangni...
Sebab hujan maka kami beli payung di sini...
Kena 'pow' gak ngan budak dua orangni nak beli FM dan pen comel....
 
 
Ada kenangan yang ingin akak kongsikan di sini... akak memilih untuk berjalan mengikut pusingan tanpa berpatah balik kononnya untuk merasai pengalaman berlainan. Nampak dah signboard yang kedai souvenier adalah 300meter dari Ume Tatami Suitetu... Atikah dah bising kata sunyi, mula tanya bunyi apatu ibu, kenapa tak der orangni ibu dan mula menangis.. Ibu menyakat cakap "saya adalah raksasa yang ganas nak makan dua orang budak kecik"... Dik Ya masatu gelak lagi, sekali hujan turun walaupun tak lebat (sebab ada pokok yang melindungi kot idak lebat kot).. dik Ya pulak menangis.. Bising budak dua orang cakap kenapa ibu tak nak pusing balik tadi, kan dah sesat.. Akak panik gak sebab rasa jalan dah jauh tapi tak nampakpun kedai souveniernya... Ingat nak pusing balik tapi tak mungkinlah sesat kot.. Sekali dari jauh nampak ada orang jual apa tah, lepas tu nampak kedai souvenier barulah dik Ya ngan akak tersenyum... Cis, ibu korangni Gunung Tahanpun dah sampai tau, kat Bukit Tinggi kena buli ngan budak dua orangni...
 
Itulah kenangan terindah kami di Taman Jepun... Lepas dapat masuk kereta , akak tanya nak tak datang sini lagi, terus cakap tak nak dah.. Alah kalau tanya sekarangni dah nak pergi lagi katanya... Gitulah kisahnya... Lepasni kita teruskan perjalanan ke Taman Arnab...

26 comments:

  1. bestnya kak. saujana mata memandang. still fresh lagi tempat tu kan. udara pun bersih :)

    ReplyDelete
  2. Nasib tak sesat ye kak..
    Cantik betul tempat ni...ni yang teringin sangat nak pergi sana ni...

    ReplyDelete
  3. nape kakak ngn adik x pakai kimono..br nk tgk deorg posing ngn kimono..hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi sampai bukit tinggi... cantik view kat sana mmg best klu nak buat photoshoot

    ReplyDelete
  5. masyaAllah!! rasa nak pengsan ni... tak tahu kat Malaysia ada tempat jepun cenggini.. ishhhh nak pi nak pi!!!!

    ReplyDelete
  6. mak dah panjat gunung tahan..haha...terror tu zila!

    ReplyDelete
  7. hehehe kena buli dgn anak ye..

    sy pn rasanya panik juga bila dlm keadaan Cho Zila..tak ada org sunyi sepi takut juga

    ReplyDelete
  8. cantiknya pemandangan...model pn comel2.....

    ReplyDelete
  9. tempat yg cantik.... teringin nak pi..

    ReplyDelete
  10. Cantik pemandangan kat sini. Sesuai utk bergambar.. Akak edit lagi tambah cantik..

    ReplyDelete
  11. Dekat atas tuu ada hotel tak?. Nina dah lama teringin nk p sini

    ReplyDelete
  12. rindunyaaaaa....laa dah tak naik kesana

    ReplyDelete
  13. saya pernah pegi sekali je, tu pun dah lama dulu...sekarang ni bertambah cantik pulak tempatnya.

    ReplyDelete
  14. cntik nya.. nama jer org pahang tapi tak smpai ke sini lagi.

    ReplyDelete
  15. saya suka kat situ..dulu pon rasa jauh sangat nak menuju ke puncak...lagi la ada org nak sewa tatami tu...perghhh serem the bulus memalam kat situ agagagaga

    ReplyDelete
  16. masa Okje pegi hari tu tak singgah sini pun....

    ReplyDelete
  17. nak pegi rumah jepun nie jgk....

    ReplyDelete
  18. we ollss pegi dulu naik shuttle kak...tp jenuh betul nk nunggu tripnya :(

    ReplyDelete
  19. cantik taman jepun nih..dik ya pon penakut jugak ye..

    ReplyDelete
  20. Kenangan jugak buat kami dengan Kimono.. Mahal jugak sepasang tp xpe nak mencuba kan

    ReplyDelete

  21. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang