Nuffnang saya

Followers

Sunday, March 24, 2013

Amanah Hartanah Bumiputera

Entah mengapa akak teringin nak bercerita pasal Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Melaburpun bukanlah banyak tapi hanya sekadar berkongsi maklumat. Kebetulan masa akak mencari maklumat berkaitan AHBni amatlah terhad berbanding maklumat berkenaan ASB.
 
Pelaburan menerusi AHB ini tak sama dengan ASB.  AHB memberi tumpuan  kepada pelaburan dalam hartanah. Pelaburan minimumnya adalah RM500 dan maksimum RM200,000. Hanya boleh dilanggan menerusi Maybank sahaja. Tiada buku atau sijil hanya salinan borang yang kita isi sahaja.
 
Yang sama mungkinlah.... Unit AHB ditawarkan dan diurusniagakan pada harga tetap RM1 seunit dan terbuka hanya kepada bumiputera. Yang penting untuk orang Islam AHB ni adalah patuh syariah ok..

Pulangan AHB  adalah seperti yang dijamin oleh PHB :-
"AHB dijangka mampu menawarkan pulangan sekurang-kurangnya enam peratus setahun"

Kamalul Arifin Othman
Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif PHB
Macam menarikkan, sangat sesuai untuk orang yang tidak mahu menanggung risiko yang tinggi. Pulangannya juga nampak menarik daripada menyimpan di Simpanan Tetap.
 
PHB ketika dilancarkan memiliki 7 bangunan dengan lima daripadanya disenaraikan dalam pelaburan AHB termasuk CP Tower di Petaling Jaya, 26 Boulevard di Putrajaya, Wisma Consplant di Subang Jaya dan Tesco Setia Alam dan Kompleks Industri Shah Alam.



26 Boulevard is a Class 'A' commercial building, with the aim of being a catalyst for commercial development along Putrajaya Core Island and beyond. Kalau kita melabur dalam AHB umpama kita juga adalah pemilik bangunantu.. bestkan....

Ambil dari brochure yang dicetak oleh PNB dan Maybank untuk rujukan.
 
1. MENGENAI AHB

1.1 Apakah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) ?
AHB merupakan unit amanah saham berlandaskan Syariah yang akan membuat pelaburan terutamanya di dalam pemilikan benefisial hartanah-hartanah komersial yang terletak di pelbagai lokasi utama di Malaysia. AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 billion unit dan unit sedia ada ini adalah untuk dimiliki oleh pelabur-pelabur Bumiputera dengan harga RM1.00 melalui mana-mana cawangan Maybank.

AHB pada masa ini, disandarkan oleh lima hartanah-hartanah komersial perdana yang disewakan dan hartanah-hartanah komersial perdana tersebut memperolehi aliran tetap pendapatan melalui sewa yang dikenakan.

AHB ditubuhkan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur Bumiputera agar dapat turut serta mengambil bahagian di dalam memiliki hartanah-hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit di AHB.

1.2 Apakah objektif pelaburan AHB?
Objektif pelaburan AHB adalah untuk memberi peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang berterusan dan konsisten di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit.

1.3 Siapakah yang layak untuk melabur di dalam AHB?
Berikut adalah senarai Bumiputera Malaysia yang layak melabur di dalam AHB:

  • Akaun Kanak-kanak/Remaja (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi pihak kanak-kanak/remaja berumur 3 bulan sehingga 18 tahun ke bawah; dan
  • Akaun Dewasa (18 tahun ke atas)
  • Hak dan kepentingan pemegang unit diawasi oleh AmanahRaya Trustee Berhad, sebagai pemegang amanah
  • Pelaburan jangka panjang yang berpeluang menjana pulangan yang kompetitif
  • Rangkaian cawangan-cawangan Maybank yang meluas di seluruh negara
2. MELABUR DI DALAM AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA

 2.1 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah AHB?

Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan.

Naskah-naskah Prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di mana-mana cawangan Maybank di Malaysia.
2.2 Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya saya ingin membeli unit Amanah AHB?
Anda boleh membeli unit-unit amanah AHB di mana-mana cawangan Maybank di seluruh Malaysia di hari bekerja* pada waktu pejabat. Sekiranya anda mengunjungi mana-mana cawangan Maybank, anda adalah dinasihati untuk:


  • Meminta bantuan di Kaunter Pertanyaan
  • Anda akan dirujuk kepada Eksekutif Kewangan (FE) di cawangan Maybank untuk keterangan lanjut mengenai AHB
  • Isi "Borang Pendaftaran - Akaun Dewasa" atau "Borang Pendaftaran - Akaun Kanak-kanak/Remaja", mana-mana yang berkaitan dengan anda
  • (Sila ambil perhatian bahawasanya anda diperlukan untuk memberi butiran akaun bank anda di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pembayaran dividen (sekiranya ada). Sebarang pembayaran dividen akan dibuat melalui akaun bank anda. Bagi akaun selain Maybank, anda akan dikenakan caj minima sebagai kos transaksi sekiranya pembayaran dividen dibuat. Sebagai pilihan, anda boleh membuka akaun baru di Maybank dengan deposit minima sebanyak RM10).
  • Hantar borang yang telah dilengkapi, kad pengenalan atau Mykid/sijil kelahiran yang asal (untuk kanak-kanak yang berumur 3 bulan sehingga 18 tahun) dan pembayaran di dalam bentuk tunai/cek bank di kaunter. Sejurus urusan permohonan anda selesai, anda akan diberi salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sebagai bukti pelaburan yang telah anda buat
Nota:- *Definisi "hari bekerja" adalah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus

(Petikan dari prospektus muka surat viii: Business Day : A day (excluding Saturday, Sunday and Public Holiday) on which commercial banks are open for business in Kuala Lumpur, Malaysia)



2.3 Berapakah harga seunit AHB?
Harga seunit AHB adalah ditetapkan pada RM1.00.

2.4 Berapakah pelaburan minimum, maksimum dan pelaburan tambahan minimum yang dibenarkan?
Pelaburan permulaan adalah sebanyak RM500 dan pelaburan tambahan minimum adalah serendah RM100.
Pelaburan maksima bagi individu Bumiputera yang layak melabur adalah sebanyak RM200,000.


2.5 Berapakah jumlah minima untuk jualan balik unit AHB?
Jumlah minima bagi jualan balik unit AHB adalah RM500. Anda boleh menjual balik unit AHB dengan mengisi "Borang Jualan Balik" di kaunter.
(Sila ambil perhatian bahawasanya jumlah lebihan unit daripada permintaan jualan balik AHB yang berada di akaun anda mestilah tidak kurang daripada RM500. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, anda akan dikehendaki untuk menjual balik kesemua lebihan unit anda dan seterusnya akaun anda akan ditutup)

2.6 Berapa kerapkah saya boleh menjual balik unit pelaburan AHB saya?
Penjualan balik unit AHB hanya dibenarkan sekali setiap bulan kalendar.

2.7 Apakah cara pembayaran yang dibenarkan untuk melabur di dalam AHB?
Sama ada melalui tunai atau cek bank (pembayaran melalui cek peribadi adalah tertakluk kepada cek yang telah ditunaikan).

2.8 Adakah saya akan diberikan buku simpanan atau sijil semasa membuat pelaburan?
Pelaburan anda dibuktikan melalui salinan "Borang Pendaftaran" yang telah disahkan sewaktu pembelian unit AHB di Maybank. Data peribadi anda akan disimpan dan dipelihara melalui "Maybank Automated Retails System".
Sementara itu, penyata pelaburan anda akan dikeluarkan setiap enam bulan. Anda juga boleh meminta penyata pelaburan anda dicetak di mana-mana cawangan Maybank dengan memberi kad pengenalan anda sebagai dokumen pengesahan.


2.9 Berapa kerapkan pengagihan pendapatan AHB?
Pengagihan pendapatan, sekiranya ada, akan dibuat dua kali setahun.

2.10 Berapakah pulangan untuk pelaburan di dalam unit AHB?
Pulangan adalah kompetitif dan bertujuan untuk memberi pulangan yang lebih baik daripada pulangan 12-bulan Akaun Pelaburan Am-i di Maybank Islamic Berhad.

2.11 Adakah pengagihan dapat dilabur semula?
Secara amnya, pengagihan pendapatan akan dibayar melalui tunai ke dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pemegang unit adalah dibenarkan untuk membuat pelaburan semula tertakluk kepada ketersediaan unit-unit.

2.12 Adakah pemegang unit akan dikenakan yuran atau caj ke atas jualan/belian balik?
Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. Anda boleh membeli dan menjual balik unit pada harga tetap iaitu RM1.00 seunit.

2.13 Adakah AHB mempunyai tempoh matang?
AHB tidak mempunyai tempoh matang. Tempoh jangka masa AHB adalah tidak ditetapkan dan tertakluk kepada kandungan Surat Ikatan Amanah.

2.14 Bolehkah saya membuat permohonan pindahan unit?
Pindahan unit adalah tidak dibenarkan melainkan bagi tujuan-tujuan berikut:
(i) pindahan unit kepada dan daripada Penaja; atau
(ii) pindahan unit kepada pemegang amanah, pentadbir atau wasi kepada estet pemegang unit yang telah meninggal dunia, yang layak untuk didaftarkan sebagai pemegang unit.

2.15 Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai unit-unit AHB ini?
Anda boleh menghubungi Pengurus Pelaburan AHB di nombor 03-2297 7888 atau mana-mana cawangan Maybank seperti yang disenaraikan di prospektus AHB.
---
Pesanan: Sila sediakan salinan Kad Pengenalan anda atau individu di bawah jagaan anda sekiranya ingin membeli unit-unit AHB bagi mempercepatkan urusan di kaunter

15 comments:

  1. Sebelum ni tak pernah terfikir lak pelaburan hartanah i. Duk pk bab beli rumah jer... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. 1st time dgr AHB..bagus jgk ni tp sy dah labur dlm ASB

    ReplyDelete
  3. salam..pernah tgk iklan d tv yang makcik tu datang suruh sekuriti alihkan pasu bunga sbb bangunan tu dia punya. hehehe..tq share! insyaallah rasa nk beli saham ni.

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok iklan AHB ni di tv, tapi tak pernah ambil berat... ;-)

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg baik kak...selama ni x tau pun AHB...akak citer ni baru lieya tau .....

    Mane2 yg pulangannye baik dan berbaloi elok kite cube kan kak...rugi lepaskan peluang yg ade....

    ReplyDelete
  6. info yang baik nih..
    mekasih yer kak~
    kalo ade duit lebih memang teringin nak melabur jugak.. hehehe

    ReplyDelete
  7. nak beli umah dulu baru pikir tanah bole k?

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. AHB????yang iklan makcik datang kl cakap bangunan dia pe sme tu ke??hehehe

    ReplyDelete
  9. lya baru tahu ttg AHB ni.. sblum tau pasal ASB aje...

    ReplyDelete
  10. thanks for info kak... byk yg remy tak tahu lagi......

    ReplyDelete
  11. Memang bagus ahb, saya masuk since awal2 lg, so far dividen 3.25% setiap 6 bulan. Ni tengah tunggu dividen bulan april. Yang penting patuh syariah

    ReplyDelete
  12. Kepada yang tak yakin dengan ASB,
    AHB adalah alternatif terbaik..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang