Tips kejutkan anak bangun pagi

Akak pernah ceritakan pasal masalah kejutkan Atikah bangun pagi sebelum ini... Sekali akak terjumpa artikel berkaitan dengan masalah akak yang mungkin boleh membantu akak dan orang lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama...
 
Tajuk : Seronoknya kejut mereka di waktu pagi!
Oleh : Ridhwan Noh
Sumber : Majalah Ratna 1 April 2013
 
Masalah bangun pagi sering kali menjadi bebanan buat kaum ibu. Bukannya diri sendiri yang enggan bangu, tetapi suami dan anak tersayang (dalam artikelni cerita pasal suami, akak takder masalah suami sebab dia memang bangun awal dari akak) cukup liat dikejutkan menjadi cerita utama. Kebiasaanya, sikap suami dan anak yang endah tak endah terhadap panggilan anda tentu berakhir dengan kekecewaan. Anda pula yang stress!!! (akak sangat stress). Mengejutkan ahli keluarga tersayang sebenarnya memerlukan teknik dan taktik yang betul. Yang penting, kesabaran yang tebal mesti diterapkan dalam diri anda.
 
⚐ PUJUK DENGAN PERLAHAN DAN PENUH KASIH SAYANG
 
Kejut suami atau anak anda dengan perlahan iaitu dalam nada yang lemah lembut. Teknik ini mesti dilakukan dengan penuh kasih sayang. Panggil mereka dengan nama samaran yang manja seperti 'sayang', 'buah hati' atau 'wangi'. Umpan suami dan anak anda dengan ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur.
(selalu buat beginilah, tapi  tak jalan)
 
⚐ GELETEK BAHAGIAN BADAN YANG SENSITIF
 
Suami dan anak anda pasti mempunyai kelemahan iaitu bahagian badan yang sensitif apabila digeletek. Bahagian badan seperti leher, ketiak, pinggang, perut, peha, tapak tangan, betis dan tapak kaki adalah bahagian-bahagian yang cukup sensitif apabila disentuh, apatah lagi digeletek. Pastikan anda menggeletek dalam tahap sederhana sahaja dan jangan terlalu kasar.
(dah cuba gak tapi Atikahtu memang buat dunnojer.... ada aku kesah)
 
⚐ NYANYIKAN LAGU KEGEMARAN
 
Cuba cara ini di dalam dua versi. Versi pertama, nyanyikan lagu yang menjadi kegemaran suami atau anak anda dengan penuh penghayatan dan merdu. Jika mereka tersenyum dan membuka mata, maka cara anda sudah berhasil. Namun, jika mereka enggan bangun, usik mereka dengan nyanyian versi kedua iaitu sengaja bermain-main merosakkan dan menyumbangkan lagu tersebut.
(kalau mak akak dulu dia nyanyikan pada kami lagu "Sepohon kayu" kot idak lagu "selimut putih" gerenti kami bangun)
 
⚐ BAWA AROMA BAU MASAKAN
 
Bau aroma masakan juga sebenarnya mampu membangunkan suami dan anak anda dari tidur. Mana tidaknya, perut yang sedang lapar setelah tidur akan bertindak balas mencari makanan sebaik sahaja bau yang enak menerjah hidung. Anda mesti bangun awal dan masak sarapan istimewa kepada mereka. Bawa makanan yang siap dimasak kepada mereka yang masih tidur. Biarkan aroma masakan tersebut menggangu dan membangunkan mereka dari tidur.
(susah gak kot ditepisnyer berterabur lak, lagi hangin satu badan... akak memang selalu masakpun pagi-pagi sebelum kerja)
 
⚐ CEPATKAN JAM
 
Bertindak sedikit nakal dengan sengaja mempercepatkan jam yang terdapat dalam bilik mereka. Cukuplah sekadar anda mempercepatkan waktu selama 30 minit sahaja. Kemudian, kejut suami dan anak anda dalam keadaan cemas seolah-olah mereka telah terlewat. Pastinya mereka segera bangun dan pantas mempersiapkan diri untuk ke pejabat dan sekolah.
(Atikahtu tau kalau jam 7.15 pagi kena siap pakai baju semua, tapi dia memang buat tak kisahpun ~ nasib sekolah kebangsaan petang kot idak lagiler cepat akak kelam kabut)
 
Perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak dan suami bangun dari tidur:
 
♣ DILARANG meninggikan suara.
(alamak ini selalu, bila suara lembut kita dia tak dengar)
♣ DILARANG menggunakan kata-kata kesat.
(isyh tak baiklerkan, diakan anak kita....)
♣ DILARANG menepuk dengan tamparan kasar atau kuat
(ini tak buat ler)
♣ DILARANG menggunakan teknik renjisan air
(memang tak buatler....)
♣ DILARANG membebel tidak henti-henti
(alamak inipun selalu bila stress dah naik ke kepala.. apa punya ibulahni)
 
Amalan yang MESTI dibuat sebelum tidur:
 
♣ Pastikan suami dan anak anda tidur awal sekitar jam 11.00 malam
♣ Periksa jam loceng dan tetapkan waktu lebih awal untuk bangun tidur.
♣ Ambil wudhu dan baca doa tidur bersama-sama
♣ Pegang bahu anak dan suami masing-masing dan saling berikrar menghadap satu sama lain untuk bangun awal keesokkan harinya.
♣ Lampu bilik tidur ditutup atau dibiarkan dalam keadaan malap sahaja.

Pssss.... adaker suami yang susah nak bangun tidur!! Suami akak memang bangun awal sebab dia nak tersangkut dalam jem..

Sekarangni akak buat begini, akak kena kejutkan dia awal dari biasa. Kalau dia merengekpun kita masih ada masa nak pujuk dia. Kalau masa kita kejutkantu ngam-ngamjer, mulalah kita yang kelam kabut.. Sebelum tidur akak berdoa sama-sama dengan dia dan dik Ya memohon Allah memudahkan diaorang berdua bangun dan dapat belajar dengan gembira. Akak tanyakan pada diaorang apakah sarapan yang diaorang nak esok sebagai motivasi.. Buat masani kira berjayalah juga itu yang dah seminggu pergi kerja awal... Moga Allah permudahkan segalanya...

 

Comments

  1. nasib baik la nak kejut husband falsya senang je..gosok2 pipi,usap2 rambut, panggil2 skit, terus bgn dh..hehehe..dh mcm nak kejut budak kecik je kan cara falsya nie..ngeeeeeee

    ReplyDelete
  2. tq....banyak tips menarik boleh di cuba lepas nie he heee....

    ReplyDelete
  3. Mmg jenuh kan kak nak mengejut budak2...syukur laaa miamija jenis senang kejut...lgpun budak2 ni mmg lieya suruh tdo awal kalo ari sekolah kak...kul 9.30 dah masuk tdo lepas siap buat keje sekolah...lgpun dieorg penat dari pagi sampai ke ptg sekolah kan kak so baik suh tdo awal....

    ReplyDelete
  4. ekeke..bab2 geletek tu x tahan tu..
    boleh try pasni, bila ammar dh school..hehe

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah kak. setakat ni, anak2 mmg bangun on time. si kakak pun x susah nak kejut dia. yg bambam tu lagi la, pukul 7-8 pagi mmg time dia bangun. hehehehe. thanks for this tips kak :)

    ReplyDelete
  6. bagusnnye tips dr akak nih.. boleh lah aplikasikan nanti..
    zura kadang2 kepala hangin jugak bila kita kejut dia menyahut.. tapi x bergerak2 kat situ jer..
    hubby zura ler tuh~ hahahaha.
    sabor jer lah~

    ReplyDelete
  7. tapi kadang ader ger tertinggu suara..

    tu la bebudak ni kalo tdo awal senang nak kejut pagi kalo lambat siap pagi buat perangai...

    ReplyDelete
  8. syukur sangat2 sebab famili i semuanya spesis senang kejut & bila bangun mood semuanya ok...

    agaknya sebab malam memang ada curfew waktu tidor ikut peringkat umur kot....

    ReplyDelete
  9. biase kejut diaorg dgn urut-urut bgn :)

    ReplyDelete
  10. hehe..yg tulisan2 merah2 tu sama la dgn saya.. especially anak yg sulung. yg no 2 ok je

    ReplyDelete
  11. Good info Zila.. akak pun bermasalah juga mengejut mereka bangun tido pagi hari... mama dia pun sama jugak :D hahaha puas alarm menjerit2 :)

    ReplyDelete
  12. thanks 4 the sharing..
    boleh praktikkan thn dpn sbb anak alynn mula bersekolah next year..harap2 dipermudahkan lah..

    ReplyDelete
  13. gd sharing tp anak2 mmg mudah je nk bangun pagi hehehe

    ReplyDelete
  14. Bagus tip ini utk dikongsi. Rumah saya ni pesen bangun pagi. Pukul 5 dah bangun ikut peringkat. Cam tau2 aja, mua2 emak, tak lama si ayah menyusul,kemudian si abdul. Kat tempat kerja, insya - Allah dlm top 5 awal punch card..hihi...saya tiup surah alam mashroh kat anak2 sblm tido..

    ReplyDelete
  15. orang kata usik ibu jari kaki tu...pasti bangun!

    ReplyDelete
  16. ada tip yg boleh diguna pakai.....

    ReplyDelete
  17. kalau nak kejut adik saya cara yang tak boleh guna tu jer boleh buat dia bangun kak...heheheheee..

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing kak. Anak saya pon agak susah juga nak kejut gi skolah.

    ReplyDelete
  19. husband senang nak bangun tp bab anak tu liat sungguh la...kdg2 bley hilang sabar, tp nak buat camne, kene pujuk pelan2... ms nak bangun je liat, dah mandi tu ok je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts