Sakit Kuning

Ingatkan akak ada cerita pasal adik akak yang bongsutu dah melahirkan bayi. Tujuan akak balik kampungpun antara lain ialah nak tengok anak saudara baru. Masa akak tiba rumah tengok takder babypun alamak mana pulak budakni, rupanya kena masuk hospital balik. Kesiannyer, jaundicenya tinggi terpaksalah masuk wad. Nasiblah hospital Changkat Melintang di kampung akaktu emakpun boleh tinggal sekali, kot idak susahler sikit kena berulang..
Fakta sakit kuning atau jaundice yang akak amek dari goggle...
BAYI: SAKIT KUNING Neonatal jaundice adalah keadaan yang sangat kerap berlaku pada bayi yang baru lahir. Dianggarkan lebih daripada 50% bayi mengalami keadaan ini. 'Jaune' dalam bahasa Perancis bermakna kuning.
Tanda-tanda Sakit kuning ini dapat dilihat tanda-tandanya dengan melihat warna kulit bayi yang menjadi kuning. Selain daripada itu, mata putih bayi kelihatan agak kuning juga. Selalunya ia bermula pada hari kedua dan ketiga dan menjadi paling buruk pada hari keempat. Kebanyakannya hilang dalam masa sepuluh hari.
Ala comel-comel... 
Nasiblah dia tak meragam, baikjer... 
Biarlah susah sikitkan,kalau duk rumahpun tak tau nak buatper..
Al-kisahnya oleh kerana sibuk sangat Mak Cho (akaklertu) terlupa dah amek gambar babyni ngan Atikah dan Azalia. Nama baby ialah MOHAMAD RIZQ NAZRAN ... Mak Cho balik untuk kenduri akikah Rizq nanti kita ambil banyak-banyak... 

Comments

  1. harap semuanya akan baik

    ReplyDelete
  2. munna pun nak balik kg en abg ptg ni... nak tgk baby baru adik en abg... alhamdulillah dah 4 hari takde lagi kena jaundice

    ReplyDelete
  3. tingat masa anak2 bb dulu..pun kuning gak smpi masuk hptl tp anak lelaki je kena..anak ppuan tak

    ReplyDelete
  4. sekarang ni boleh dikatakan banyak baby baru lahir ada jaundice yang tinggi..heran dulu2 waktu kita baby jarang dengar

    ReplyDelete
  5. sis..petua yg sy amalkan tuk ank jaundis ialah
    perah sedikit air anggur hijau dan sua kasi bb hisap...
    so far my lil amaniammar Alhamdulillah xlma jaundisnye less then 5 days..kna bg 2x sehari selepas mandi..
    klu dpt buat dlm wad kna sorok dr nurse takut kna marah pulak..
    lg satu kerap menyusukan ank..

    perkongsian x seberapa sy ni hrap dpt bantu

    ReplyDelete
  6. anak2 zura pon kena kuning masa kecik.. 2 2 masuk wad.. kesian tgk kan~

    ReplyDelete
  7. Baru dgr satu ceramah ustaz di radio kedah fm tentang doa semasa bayi dlm perut utk elak sakit kuning ni. Kena semak balik nota ni utk share...

    ReplyDelete
  8. Oo..baru saya tau asal usul nama jaundis tu. Drpd bahasa french. Mmg comel giler nazran ni kak. Hehehe. Baik je budaknya.

    ReplyDelete
  9. Sedap nama baby.. :)

    harap semuanya sihat dan baby dijauhi jaundis

    ReplyDelete
  10. harap tak lama la dia kat spital. semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  11. semoga cepat hilang kuning tu...anak2 sy mmg kene jaundis ni sis..

    ReplyDelete
  12. comel..kesian pulak dok dlm tu..tp utk kebaikan kan..

    ReplyDelete
  13. uhuhuh!!anak sy yg sulung Eechaa smpat mrasa smalaman kt bwh lampu nan biru nim,eheheeh!!dapat Que sy pulun BF dia .alhamdulillah x warded :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts