Kompleks Tuntung Bota

Kalau singgah ke Bota jomler singgah ke Kompleks Tuntung Bota..
Masa melawat adalah 2.00 petang - 4.00 petang..
tapi kami datang pagi .. masukjerlah ..
pekerja tengah membersihkan tempat tuntungtu...
Tuntungni dibawah penyelenggaraan Perhilitan...
Kompleks Tuntung Bota.. pusat pentadbiran....
Jenuh Atikah menengok manalah tuntung ... 
Masani tuntung menyorok susah nak nampak...
Gambar depan pintu masuk...
Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung terletak di Kampung Bota Kanan Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 1630an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur.

Info Pelawat : 
 
Aktiviti

Pelancong yang datang boleh melawat kolam-kolam tempat dikumpulkan ibu-ibu tuntung juga kolam yang didiami anak-anak tungtung berusia kurang 2 tahun. Selain itu,pelancong boleh melawat pusat intepretasi dan menonton video yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai tuntung dan usaha konservasi yang dilakukan. Bagi pelancong yang bertuah mereka mungkin berpeluang melepaskan anak-anak tuntung ke habitat asal di Sungai Perak.

Comments

  1. wani xpenah sampai situ lagi hehe....
    tgk budak2 tu happy jer hehe

    ReplyDelete
  2. masa tunggu result SPM kakak bawa jln2 kesitu sb kebetulan masa tu kakak duk Bota belajar menjahit
    merasalah jg tgk dan jln2 pekan Bota masa tu he he
    ada gambar2 kenangan disini

    ReplyDelete
  3. Tak nampak pun tuntungnya. Nak jgk tgk apa beza dgn kura2.

    ReplyDelete
  4. wah..seronok ni klau bwk anak2 saya. diorg mmg suka tgk binatang2 ni :)

    ReplyDelete
  5. amboi kak...anak dare akak posing kat pintu masuk tu mmg kelassss heheehe..gediks2 posingnye...suke lieya tgk hihihihi.....

    tuntung ni sedare mare penyukan kak....

    ReplyDelete
  6. unik nama tempat nie kan dik ..
    akak pun x pernah sampai ..

    ReplyDelete
  7. wow bestnyaaa... bertuah anak2 akk dapat g jenjalan merata tempat masa cuti ni.. huaaaaaaaaa jelly2, bawa la sy sekali.. hikhik

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah masuk kawasan ni walhal my laki orang Bota

    ReplyDelete
  9. tq kak..
    banyaks updatepasal perak...saya ni orang selatan...da banyak jelajah.ingat tahun depan nak ke belah utara laks..

    rindu perak..
    dolu2 jaman sekolah rendah,20 tahun lepas,mmg duk sana.tapi kat TLDM lumut..banyaks tempat kat perak tak gi lagi...

    ReplyDelete
  10. Selalu tengok signboard je. Bila balik kampung banyak sangat aktiviti abahnya sampai tak sempat nak kemana2 pun.

    ReplyDelete
  11. tak pernah sampai lagi......
    insyaAllah..mungkin satu hari nanti.....

    ReplyDelete
  12. tak pernah sampai sini,teringin juga nak kenal tuntung nih,penah dengar nama tp rupa tak kenal lg

    ReplyDelete
  13. kemain happy bebudak tu yew...

    ReplyDelete
  14. seronoknya anak2 dapat berjalan kt cnikn?bila la agknya dapat bwk nenudak ni jln2 ke utara lg ....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts