2012 kian berlabuh

2012 bukanlah tahun yang sangat gembira tapi banyak juga kejadian dan peristiwa yang diabadikan pada tahun ini. Tidak banyak duka juga dicatatkan pada tahun ini, syukur hanya padaNya. Walaupun ada sedih sikit-sikit itu adat, harap cahaya bahagia 2013.... alahai ..

1) Teristimewa sekali rasanya keluarga kami telah memiliki sebuah kereta yang agak selesa untuk bergerak. Yang penting tentulah lebih memudahkan kami bergerak. Syukur kepada Allah kerana memberikan kami nikmat ini...
Kalau menggunakan kereta lama, tak merasalah kami ke BOH ini...
2) Kenangan yang indah untuk dikenang ialah dapat merealisasikan impian Atikah dan Azalia ingin "TERBANG". Nasiblah ada 'Eveyone Can Fly' bolehlah akak belanja diaorang dan suami. Walaupun penerbangannya hanya Langkawi, tetap bersyukur atas nikmat yang Allah berikan ini.
 Kalau ada rezeki kita terbang jauh sikitkan...
3) Kenangan di Langkawi juga antara yang terbaik tahun 2012 ini. Manakan tidak semua aktiviti kami lakukan secara berjemaah sekeluarga. Yang penting akak rasakan percutian ini amat berbaloi dari segi kos kerana akak lakukan dengan perancangan awal. Jadi semuanya lebih teratur, terima kasih kepada rakan-rakan blog yang sudi memaparkan kisah di Langkawi. Bolehlah akak mengatur aktiviti juga belanja di sana.
Dua orang budak yang suka hati...
4) Percutian dengan kawan-kawan sepejabat antara episod gembira akak juga maalumler 'The more the merrier' . Anak-anakpun gembira ada kawan, ibu dan ayahpun kurang nak bagi arahan..
LWOT~ cepatnya masa berlalu...
Legoland ~ Budak-budak paling happy...
Harap ada lagi rombongan untuk tahun depan...
Boleh kata sepanjang 2012 banyak juga xtvt jalan-jalan kami sekeluarga. Oleh kerana tahun ini akak mulakan kegilaan yang baru iaitu beli kupon yang boleh didapati baik dari Groupon, Mydeal, Living Social maka bertambahlah jalan-jalan kami. Secara keseluruhan bahagia dengan tahun 2012 terutama dari segi blog 'Our Wonderful Simple Life' akak ini yang nampaknyer lebih aktif dari tahun sudah-sudah. Semoga akak akan dapat terus berkongsi cerita dan berkunjung dengan rakan-rakan maya ini. Harap juga dapat bertemu dengan rakan semua di alam realiti....


Comments

  1. selamat tahun baru 2013, semoga diberkatiNYA..aminn

    ReplyDelete
  2. Agak menarik juga aktiviti akak sepanjang 2012. Yang paling menarik part membeli kupon tu. Rasanya ada byk yg akak tak summarize kat sini kan pasal kisah jalan2 akak. Gold Coast ada pegi kan?

    ReplyDelete
  3. menarik sungguh perjalanan 2012 u sis...
    semoga tahun 2013 membawa 1001 nikmat lagi, insyaAllah...

    ReplyDelete
  4. BRAVOOOO.... suke bc N3 penggulungan utk 2012 nie.

    Satu ucapan utk ko beb...

    KO MMG SUPERRRBB!!! Blog ko mmg menariksss & keep it up! (bkn 1 ucapan dh tu... ) HaHaHa

    ReplyDelete
  5. no phone, 016-5015451

    sori akak.. nani tak dapat nak komen panjang.. sbb kepala tak tau fikir apa ni.. tengah rehat2 kan badan.. ngantok pun ada ni.. but the way... thanks for support.. mudah2an semuanya berjalan dgn lancar..

    ReplyDelete
  6. syukur alhamdulillah..
    smoa trus dimurahkan rezeki.. amin..

    & selamat menempuhi tahun baru

    ReplyDelete
  7. selamat thn baru Cho
    tahun ni pasti lebih byk impian dpt direalisasi kan kan he he insyaallah

    ReplyDelete
  8. Pastinya kan menjadi kenangan terindah dalam lipatan sejarah nan abadi..!

    Slmt Tahun Baru:)

    ReplyDelete
  9. semuanya seronok2 alhamdulillah
    selamat tahun baru :)

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru kak ..semoga hepi dan bahagia selalu di samping family =)

    ReplyDelete
  11. Selamat tahun baru 2013...semoga tahun 2013 lebih baik dari yg lalu

    ReplyDelete
  12. perjalanan 2012 akak menarik yer..hope 2013 ni akan lebih menarik lagi :-)

    ReplyDelete
  13. Assalam

    Bestnyer terbang ke Langkawi. Tingat dolu2 http://nurqasehbiz.blogspot.com/2010/12/terbang2-jalan2-berenang2-di-langkawi.html

    ReplyDelete
  14. insha Allah moga 2013 akan memberikan akak lebih kebahagiaan

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah.... semoga 2013 lebih success

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts