Sihatkan tubuh di bulan Ramadan

Dah masuk sebelas hari kita berpuasa hari ini, syukur Alhamdulillah. Paling best Atikah belum lagi tinggal puasa dan yang penting xtvt dia seperti  biasa boleh main basikal lagi petang-petang. Kadang-kadang terfikir juga puasa ke idak anak akuni... Yang bagusnya dia boleh bangun sahur dan mesti makan nasi sedikit juga air susu sebotol. Kalau buka puasapun selera makan nasi diapun boleh tahan, mungkin sebab itu dia boleh bertahan.

Ini akak turunkan tips yang diambil dari majalah Mingguan Wanita keluaran khas yang  ada kisah keluarga blogger kita :- http://www.ardinihumaira.com/ . Thanks Dini yang selalu juga komen kat blog akakni, tiba-tibakan...  

Antara tips yang dikatakan boleh sihatkan tubuh di bulan Ramadan ini ialah :-
Mula dengan makanan manis yang ringan dan mudah di hadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan. Makanan seperti ini dapat memberi tenaga segera kepada tubuh.
( ini kata akakler : Sunat untuk makan buah kurma terlebih dahulukan)

Hidangan utama perlu diambil setelah menunaikan solat Maghrib. Daripada aspek kesihatan, ini dapat mengelakkan ketidakselesaan perut semasa hidangan utama.
(PENTING: tapi kadang-kadang tak buat gak)


Elak makan dengan gelojoh. Ini boleh menyebabkan tubuh badan merasa cepat letih dan perut kembung.
(SETUJU)


Pilih makanan yang berkarbohidrat kompleks seperti nasi, mi, roti berbanding kuih-muih. Kuih muih manis mengandungi kandungan gula yang tinggi yang menyumbang kepada lebihan kalori.
(SETUJU : tapi dah nampak kuih muih idaman kalbu memang tak tolak)


Pengambilan makanan yang pedas serta  berempah adalah tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut pada siang hari.
(SETUJU : tapi tekak akakni kalau tak makan benda pedas macam tak makan.... )


Pilih makanan yang dipanggang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit sahaja minyak ketika memasak.
(EHM!!!!!! susah ler sikit..)

Jika membeli juadah di bazar Ramadan, elak memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan.
(SANGAT BERSETUJU)

Elakkan berbuka dengan air berkarbonat kerana ia boleh membuatkan anda mengalami masalah perut kembung.
(ISYH memang tak baik untuk kesihatan)

Elakkan juga berbuka dengan kopi atau teh. Ini kerana kopi dan teh mengandungi kafein yang akan menyebabkan anda kerap membuang air kecil.
(Bulan puasa kali ini memang tak minum lagi tapi bila dah sebutni teringin ler pulak malam ni)

Kurangkan pengambilan air manis semasa berbuka puasa. Pengambilan air manis yang berlebihan boleh mengakibatkan lebihan kalori.
(SETUJU : tapi bolehker buat???)

Perbanyakan pengambilan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk mengurangkan rasa lapar disiang hari.
(YA BEBENO : ini memang akak buat sesangat mesti makan buah-buahan dan sayur-sayuran)
Permintaan Atikah semalam... Teringin gamaknya padahal cookiesjer kot...

Comments

  1. kena air teh o segelas terus bersandar..

    ReplyDelete
  2. sama ler saya..kalo tak kena yg pedas2 tak selera pulak

    ReplyDelete
  3. bab makan ni ramai orang bukan tak tau pasal ni..tapi nafsu punya pasal kan..perut yang merana..hehe..

    ReplyDelete
  4. Kak, kurangkan air manis berbuka tu mcm x leh je kak..
    X puas..
    Semalam jer ina berbuka ngan 2 bungkus TEH AIS..
    Hahahahahhahaha!!
    Kemaruk teh ais.. ;p

    ReplyDelete
  5. dni banyakkan minum air masak dan makan kurma:D

    ReplyDelete
  6. tips yg berguna
    tp cookies tu..erkk..tu yg sedap tu mkn x igt

    ReplyDelete
  7. setuju...tp musim panas ni..nak air batu je..makan x wape nak pon..

    ReplyDelete
  8. tips pemakanan yang bagus nih.. tapi kadang2 susah jugak nak ikutkan..hehehe.. saya lah tu~

    ReplyDelete
  9. ehh terus ai pon teringin biskut tu.. camne kak??? adoyaiii

    ReplyDelete
  10. Tq sharing :-)
    Biskut tu mmg sedap tau !

    ReplyDelete
  11. As salam Kak,

    Samalah kita... tak makan pedas2 mmg xsah...mesti nak pedas sikit... Selamat berpuasa kak! :))

    Sy pun suka dgn butter cookies tu...cicah dgn teh pun sodap gak! heheee :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts