Diet Ramadan : Pentingkan Keseimbangan

Akak beli majalah MIDI keluaran 1 Julai 2012ni sebab sangat bosan masa buat road show di Puteri Mart hari minggu lepas. Memang sangat letih dan
 sangat panas almaalumler Puteri Mart bukanlah tempat yang ada aircond hanya mengharapkan angin sekali-sekala bertiup. Ok ini akak taipkan kembali
isi kandungan Diet Ramadan : Pentingkan Keseimbangan
yang diletakkan dalam ruangan Diet Nutrisi olahan Rosmah Idayu Abu Samah.
Mungkin sangat penting dalam persiapan
kita menyambut bulan Ramadan yang mubarak ini...

Rasanya baru sahaja kita meraikan Syawal, kini Ramadan tiba lagi. Selain membawa satu babak baru dalam kehidupan kita tahun ini, Ramadan turut membawa bersamanya beberapa perubahan termasuklah perubahan waktu kerja dan sekolah serta gaya hidup umat Islam, umumnya.

Apabila menyebut Ramadan, pastinya pola pemakanan kita akan turut berubah. Waktu pengambilan makanan berubah iaitu kita hanya akan menjamah makanan ketika bersahur dan makan semula pada waktu berbuka puasa.

Menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu selama lebih 12 jam dalam tempoh sebulan yang akan datang, memang bukan satu hal yang boleh dipandang mudah.

Malah, sepanjang tempoh ini, proses pembakaran dalam tubuh tidak terjadi dan bekalan cairan ke dalam tubuh juga tidak ada. Akibatnya, rasa tidak sedap badan dan lemah-lemah akan mula muncul.

Namun, jika ibadah puasa dijalankan dengan betul, gangguan kesihatan yang dicetuskan oleh manusia itu sendiri boleh dihindari. Malah, banyak sekali manfaatnya hingga mampu menyucikan racun daripada badan.

Menahan lapar dan dahaga selama seharian penuh bukan bererti anda boleh makan dan minum secara berlebihan pada waktu sahur dan berbuka. Makan pelbagai jenis makanan dalam jumlah sederhana ialah kunci kepada nutrisi yang baik.

Makanan yang memenui standard nilai makanan mencakupi 50 peratus karbohidrat, lemak (25 peratus), protein (10-15 peratus) serta mineral secukupnya.

Misalnya, karbohidrat diperoleh daripada nasi, kentang, mi atau jagung manakala protein daripada daging, ikan, tempe, tauhu dan sumber vitamin dan mineral daripada sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, hijau tua dan merah.

Cuma yang lebi berbeza pada bulan Ramadan adalah dari segi pengambilan cecair yang selalunya dibuat secara terus-menerus - berberapa kali sehari (1.5 hingga 2 liter sehari). Sedangkan, kekerapannya terbatas ketika berpuasa.

PERUBAHAN DIET

Pada bulan puasa, diet kita bertukar dengan ketara. Pengambilan makanan menjadi lebih berat pada sebelah pagi dan malam tanpa mengisi perut di antaranya dalam satu tempoh yang panjang.

Perubahan ini bukannya dapat diterima dengan baik oleh semua orang. Sesetengah daripada mereka mengalami masalah penumpuan kurang baik dan keletihan ketika berpuasa.

Antara sebabnya adalah kerana terjadinya kandungan gula darah yang rendah dan tekanan darah rendah.

Sebaiknya, kita dinasihatkan supaya berbuka puasa dengan makanan atau minuman manis dan ringan dahulu seperti teh manis hangat dan kurma sangat dianjurkan kerana gula merupakan sumber tenaga yang dapat segera digunakan.

Ia baik untuk memulihkan gula darah dan mengelakkan alat pencernaan terkejut. Seboleh-bolehnya, jangan terus dimulai dengan nasi kerana makanan ini sukar diubah menjadi tenaga.

Kurma, selain berguna untuk membekalkan tenaga, juga kaya dengan gizi makanan berupa kalium, magnesium, niasin dan serat. Kurma, jus dan sup merupakan sumber tenaga yang baik, yang mampu membantu mengekalkan keseimbangan air dan mineral tubuh.

Berbuka dengan segelas air dan tiga biji kurma sudah mencukupi semasa berbuka kerana ia sememangnya berkhasiat. Bagaimanapun, kurma juga mengandungi 20 kalori bagi setiap biji, pengambilannya hendaklah dipantau.

Bersahur pula, keperluan kalori untuk wanita dewasa bersamaan 1,900 kalori sehari sedangkan untuk lelaki 2,100 kalori, yang mampu dipenuhi daripada makanan yang diambil semasa bersahur dan buka puasa.

Bersahur telalu kenyang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah melonjak sekali gus meningkatkan penghasilan hormon insulan dan lemak.

Akibatnya, tubuh mudah lesu dan mengantuk. Minum banyak saat sahur juga disarankan untuk menjaga agar terhindar daripada dehidrasi (kekurangan cairan tubuh).

Sekiranya anda tidak yakin telah menerapkan pola makan dengan konsep dasar menu seimbang, bolehlah mangambil pemakanan tambahan (suplemen) atau vitamin, sebaik-baiknya mulitivitamin. Berundinglah dengan doktor terlebih dahulu.

ELAKKAN :

Makanan berminyak, berlemak dan mengandungi terlalu banyak gula.

Makan secara berlebihan terutamanya pada waktu bersahur.

Terlalu banyak minum teh dan minuman berkafein lain seperti kopi dan kola semasa bersahur. Ia meningkatkan kekerapan anda membuang air kecil sekaligus menyingkirkan garam mineral yang diperlukan oleh badan pada siang hari.

Merokok satu tabiat yang tidak berfaedah dan sama sekali tidak menyihatkan. Ia memberikan kesan negatif terhadap penggunaan pelbagai vitamin, metabolit dan sistem-sistem enzim di dalam tubuh badan.

MAKAN :

Karbohidrat kompleks semasa sahur. Dengan cara itu, makanan boleh bertahan lebih lama dan anda pun kurang berasa lapar.

Bubur lambuk yang popular semasa bulan Ramadan ialah sumber protein yang sangat baik dan lambat dibakar. Datang dalam bentuk pes, ia diperbuat daripada gandum, daging, lentil dan rempah-ratus.

Kurma merupakan sumber gula, serat, karbohidrat, kalium dan magnesium yang baik.

Badam kaya dengan protein dan serat serta kurang lemak.

Pisang ialah sumber yang baik bagi kalium, magnesium dan karbohidrat.

MINUM :
Sebanyak mungkin air, sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Bagi warga emas sering kali tidak berasa haus namun demi kesihatan, hendaklah diusahakan untuk minum secukupnya sekalipun tidak berasa dahaga.
Minum air tidak semestinya air putih semata-mata tetapi minum teh, susu, jus buah-buahan, koktel bahkan kuah sayur juga dikira sebagai cecair.

Comments

  1. thanks for sharing kak. info yg sgt berguna :D

    ReplyDelete
  2. Tahanks sharing.
    Selamat menyambut ramadan dan menjalani ibadah puasa ya...

    ReplyDelete
  3. Thanks cho zila..neh la yg cek tercari@,,masehhhhhhh!!..nk copy paste buley dak?????

    ReplyDelete
  4. info yang menarik...selamat berpuasa kak..

    ReplyDelete
  5. tp shr sellau x lalu mkn la. hu3

    ReplyDelete
  6. sunat makan 7biji kurma taw :)

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. Info yg sgt berguna..tq for sharing ;)
    **Akak pg Morib brp hb? Nt akak buatla N3 GRC eh?
    Alhamdulillah kami pg GCR tu awal July.sume OK.cuma dpt bilik lmbt je yg tak OK.foods dinner sedap but foods bfast pun OK tp menu berat mee grg je..
    Kwn yg pegi 8hb July, komen GCR service lembab..dia turun bfast kul 8am sume foods abis dah!! Mgkin ramai sgt org wknd tu kot, tu yg x cukup staffs nak handle hati customer..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Tip dari majalah Midi ni memang sesuai la dengan Makchaq..
    Tapi selalunya bila berbuka tak hengat.. makan sampai kenyang...

    ReplyDelete
  10. Salam Cho, sonok nak puasa dah
    saya ni excited kan, hehehe..
    mau tak nye, bubur lambuk yg saya rindukan, hope dpt makan bubur lambuk mak saya, hahaha.. sedapnye.. dah terbayang2 dah ni, hehehehe...

    Selamat menyambut Ramadhan Cho!

    ReplyDelete
  11. wah, bagusnya entry akak nih..lagi 2,3 ari lagi nak menjelangnya ramadhan..=)

    ReplyDelete
  12. thanks for sharing kak =)

    ReplyDelete
  13. Yeah!!! Info menarik... Ayu selalu amalankn minum susu masa sahur and berbuka...

    ReplyDelete
  14. tq share info kak, sgt berguna info3 cam ni, kadang2 kite bile dh buka tuh, tak hengat time mkn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts