Oriental Village Langkawi
Inilah tempat yang wajib kita pergi kalau pergi ke Langkawi. Kenapa dan mengapa? Jawapannya...
Menurut laman web :- http://www.orientalvillage.my/main.html At the foothills of Mt. Machincang, lies the quaint Oriental Village. A collection of more than 50 activity & adventure providers; F&B outlets; souvenir & retail stores; galleries and spas, the Oriental Village offers a quality day-out of fun, adventure, shopping and gastronomic delights at one location!
Anchored by Langkawi Cable Car–arguably the best tourist attraction in the country–it is also the only premier must-visit hotspot on the island.
Macam bestkan.. memang bestpun.. Yang paling menarik di sini ialah Cable Car atau Kereta kabeller, kalau datang Langkawi tak naik kereta kabel macam ada yang tak kena. Sebelum pergi akak dah fikir macam-macam nak buat di sini tapi disebabkan kami pergi ke sini adalah hari yang sama nak balik KL sudah tentu masa amat mencemburui. Ikut hajat akak nak pergi sini pada hari pertama sampai tapi masalahnya 18hb hingga 19hb cable car akan ditutup untuk penyelenggaraan. Jom layan gambar kami yang dapat diabadikan di kawasan oriental village tapi untuk cable car dan duck tours akan dibuat tajuk berasingan.
Peta Oriental Village, mesti bergambar di sinikan.. gambar dua orang budak depan pintu gerbang ter"delete"...
Konon nak bagi rusatu makan... masuk percuma cuma belikan makanan dia yang berharga RM1 sahaja.
Tengok anak-anakku penakut amat tapi ibu diapun sama geli masa rusatu jilat tapak tangan... lastnyer akak curahkan dari plastik ke mulut dia.. tak senonoh...
Di sini ada tasik yang cantik untuk bergambar...
Di Oriental Village ini ada harimau yang terletak di sebelah cafe, boleh minum kopi sambil tengok harimau. Lain dari yang lainkan...
Nampak harimauni tercari-cari manalah harimauni rupanya dalam cafe, percumajer nak tengok harimauni tapi bolehler beli macam-macam barang yang dijual di cafetu...
Boleh bagi itik dan ikan makan di tasik ini, makanan boleh dibeli di situ...
Tak perlu pergi ke Sabah nak merasai jambatan gantung di sinipun ada...
Seronok menyakat budak dua orangni masa naik jambatanni, kita lari laju seberang sana, diaorang punyalah penakut nak lalu..
Di sini ada juga kereta kuda yang boleh kita naik tapi dia jalan separuhjer dari Orientel Villageni... tapi harga naik kereta kudani murahjer...
Sebelum pergi harus tengok sinikan...
Di sini juga ada hotel tau... di sini juga kita berpeluang menunggang gajah tapi harga dia macam tak mampujer. Banyak benda sebenarnya ada..... Boleh kata kita perlukan masa yang lama, sebaik-baiknya hari pertama di Langkawi datanglah sini.. Mun tidak boleh sahaja tinggal di hotel sini...
NEXT ENTRY : DUCK TOURS
percutian yang best
ReplyDeletemenarik tempatnye.. InsyaAllah next year balik semenanjung dni ke sana :D
ReplyDelete