Langkawi Duck Tours satu pengalaman

Tarikan terkini di Oriental Village, Langkawi ialah Duck Tours iaitu kenderaan dua alam (amfibus) yang boleh berjalan di atas darat dan boleh juga bergerak di atas air. Akak dapat maklumat pasal Duck Toursni pada mulanya adalah semasa hantar email pada Hanafi yang akak sewa kereta bertanya pasal tarikh penyelenggaraan kereta kabel(cable car). Dia kata takper akak kalau tak boleh naik cable car masih lagi boleh naik Duck Tours. Apa benda pulak Duck Toursni?

Akakpun apa lagi teruslah mencari maklumat pasal Duck Tours. Rupa-rupanya Duck Toursni adajer kat Melaka, ketinggalan maklumat betullah akaknikan. Seronok rasa hati sebenarnya kerana inilah kesempatan untuk kami anak beranak menikmati keindahan alam Langkawi dengan menaiki kenderaan dua alam ini.
The Langkawi Duck Tour is an amphibious tour bus ride that starts its journey at Panorama Langkawi parking area and travels 2 km to Telaga Harbour where it enters the sea and continues a tour of the harbour giving passengers the exhilaration of travelling on both land and sea.
Al-kisahnya semasa kami sampai di tempat letak kereta Oriental Village ramai yang naik kereta berpatah balik dan dikhabarkan yang kereta kabel hanya akan bergerak pada pukul 12.00 tengahari. Jadinya apabila agen Duck Tours melaung yang kenderaan itu akan bergerak pada pukul 10.00 pagi kamipun terus bersetuju. Harga yang ditawarkan untuk pakej keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak) adalah sebanyak RM100 dan dapat dua hadiah saguhati.

Semasa kami naiktu tak ramai pelancong cuma ada keluarga dari Kuching, Sarawak dan dua pasangan dari negara China. Sebab itulah pemandu pelancong terpaksa bercakap dalam bahasa Mandarin dan bahasa Melayu. Masa berpatah baliktu ada kuiz dan siapa dapat jawab dapat hadiah lagi, seronok sangat sebab tak ramai bolehler dapat sorang satu famili....

Yang amat tak bestnya masa ini ialah kamera akak punya memori dah sendat maka dapat bergambar ala kadar sahaja.. sangat frust sebab rasanya tak gamakler kot nak ulang naik duck tours Langkawi ini  untuk kali kedua. Bukan sebab tak seronok tapi harga dia yang agak mahal rasanya tidak berbaloi untuk kita menikmati pemandangan yang serupa.

Jom layan gambar kami yang tidak berapa nak banyakni...
Dik Ya dihadapan kenderaan dua alam ini.. sangat teruja semasa ini...
Bergambar sebelum ramai orang naik...
Ini gambar semasa di darat, kenderaan ini berjalan sangat perlahan ok..
Papan tanda hanya untuk kenderaan Duck Tours sahaja ok.. Di sinilah kenderaan itu akan bertukar fungsi dari darat ke laut, masani gabra sekejap tapi lepastu semuanya seperti biasa..
Sekarang dah bertukar jadi itik ok, anak akak seperti biasa tiada perasaan..
Dah naik atas air barulah boleh pergi ke belakang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa, masani mengelilingi pulau buatan manusia.
Mintak orang tolong ambilkan gambar.. kenangan kami anak beranak..
Pengalaman yang indah di dalam hidup..
Duck Toursni pusing Harbour Park..
Kita akan lalu di tempat pengambaran "Anna & The King" yang telah terbiar. Menurut kata pemandu pelancongtu dia kata cuaca di Langkawi panas dan material digunakan murah menyebabkan ada rumah yang telah terbakar.

Sebelum akak pergi Langkawi akak dah survey banyak blog dan mungkin Duck Toursni baru lagi maka maklumatnya kurang. Akakpun tulis email pada panorama yang mengendalikan Duck Tours ini dan inilah antara maklumat yang akak perolehi...
noraini@panoramalangkawi.com

Untuk warga Negara Malaysia cik akan mendapat harga 1M sepanjang hari. (harga happy hour telah lama dimansuhkan).


Duck tour combo kanak2 malaysia RM30.00 Kanak2 foreign RM40.00
Duck tour combo dewasa Malaysia RM50.00 dewasa foreign RM60.00
Mudahkan dunia kini dengan hanya menulis kita telah mendapat maklumat yang sangat berguna. Nanti akak bincang masa cerita pasal kereta kabel @ cable car...

NEXT ENTRY : Kereta kabel

Comments

  1. Bestnya naik Duck Toursni,selalu jugak tgk kat Melaka bendalah nie jln atas jln raya.....

    ReplyDelete
  2. dni belum penah sampai sana lagi :)

    ReplyDelete
  3. best nye dapat naik Duck Toursni...nak naik jugak...hehehehehe...

    ReplyDelete
  4. Kakcik baru tahu tentang duck tour tu bila baca blog ini. Terima kasih kerana berkongsi. :)

    ReplyDelete
  5. baru tahu..
    dari gambar2 tu nampak sangat cuaca panas..

    ReplyDelete
  6. saya pun baru tau jugak psl duck tour ni. sungguhlah jakun xtau hape. thanks for sharing kak! tp agak mahal kan cost nya. huhuhu

    ReplyDelete
  7. Mana boleh Zila kata anak dara tu tak ada perasaan. Lihatlah dia punya seronok berposing sakan. Lesung pipit mahal tu tak boleh dapat hihi...

    ReplyDelete
  8. next time leh ler terai duck tour ni..

    ReplyDelete
  9. Masa kita pergi dulu, cuti sekolah. So, nak naik duck tour memang jauh dari bayangan. Nak beratur naik cable car jer pun dah separuh hari. Tapi, berbaloi tak package nie? Jauh tak jalannya, dan masa yang dia bawak pusing2 tu berapa lama? Pemandangan sepanjang tour, macm mana?

    ReplyDelete
  10. Tarikan baru nampaknya..

    ReplyDelete
  11. Langkawi mmg banyak pulau, Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting, Pulau Monyet/Kelawar, Sis, gi tau tmpt2 ni, heeee....

    ReplyDelete
  12. cantik-cantik gambarnya..:)

    ReplyDelete
  13. salam..akak, baru je balik dari langkawi minggu lepas.. hari tu survey2 jumpa blog akak.. pergi la ke oriental village tu dgn harapan nak naik kereta kabel..tapi xde rezeki..nak naik ducktour pun dah penuh..ada la tu hikmahnya..save duit ayah dia..thanx atas info tour langkawi..sgt membantu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts