Ayuh, berjimat pada bulan puasa

Jom kita tengok boleh tak kita berjimat pada bulan puasa.. Akak terbaca dalam majalah MIDI keluaran 1 Julai 2012.

Pengurusan kewangan akan 'tercabar' dalam bulan ini. Mana tidaknya, bajet untuk baju raya, kasut raya seisi keluarga, duit raya untuk ibu bapa, anak saudara, sepupu, jiran, zakat fitrah (jangan dilupakan!) dan pelbagai lagi perlu disediakan (kuih-muih!)

Mengharungi Ramadan juga mendedahkan kita kepada pemborosan apabila singgah di bazaar setiap hari. Maalumlah, berpuasa menyebabkan semua yang kita lihat nampak sedap belaka! Pelbagai jenis kuih, lauk-pauk, air minuman pasti menyebabkan kita 'berpisah' dengan duit tanpa sedar.

Cuba kita hitung, setiap kali kita membeli juadah berbuka di bazar Ramadan, paling sedikit yang keluar dalam RM5. Kalau kita puasa 30 hari bererti sudah RM150 minimum yang harus kita keluarkan.

Belum lagi urusan beli baju raya. Memang beli baju raya bukan wajib tetapi ia kelihatannya menjadi suatu tradisi bahawa setiap hari raya minimum sepasang baju kita harus beli biarpun itu cuma baju kurung yang harganya RM50. Bayangkan kalau seorang itu mengeluarkan RM100 buat belanja pakaian, berapa ribu wang yang beredar... LUAR BIASA.

Jadi macam mana nak berjimat selama Ramadan ini?
a) Masak sendiri makanan, sediakan minuman di rumah
b) Audit perbelanjaan harian, catat dan bandingkan dengan perbelanjaan semalam, sama ada semua yang kita beli dihabiskan atau membazir? Selaraskan pembelian esoknya sekadar mencukupi. Elakkan singgah di bazar jualan setiap hari.
c) Senaraikan apa-apa yang perlu dibeli, jangan beli ikut rasa, mana-mana kita suka. Beli mengikut yang tersenarai sahaja.

Jimat selagi boleh

Selain mental dan spiritual, perkara lain yang perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadan ialah soal kewangan. Jangan sampai dalam bulan suci ini kita terpaksa ikat perut kerana pengeluaran tidak terkawal.

Banyak yang berubah setiap kali kita memasuki bulan puasa. Selain suasana yang khas, harga barangan keperluan turut mencanak naik. Puncaknya akan terjadi pada minggu terakhir atau minggu keempat bulan Ramadan.

Lalu, persiapan bagaimana yang harus kita lakukan agar poket tidak bolong, sekali gus kita dapat khusyuk menjalankan ibadah atau malah mungkin dapat membantu menambah penghasilan?

Sebenarnya, tidak ada yang harus berubah secara signifikan selama bulan puasa, kecuali kita hanya menggeser pola makan pada waktu siang menjadi malam dan pagi hari (sahur). Akan tetapi hairannya, pergeseran pola makan ini kerap membuatkan membengkaknya kos makan. Khususnya berhubungan dengan penyediaan menu berbuka puasa.

Berbuka di rumah

Sebahagian besar masyarakat di Malaysia berbuka puasa dengan menu lengkap, langsung digabung dengan makan malam. Oleh itu, untuk menjimatkan perbelanjaan, usahakan berbuka puasa di rumah, agar kita tidak menghabiskan wang untuk membeli makanan tambahan berbuka puasa di jalan.

Biasanya, waktu bekerja pada bulan Ramadan sedikit berbeza, kita diberi kelonggaran pulang awal agar dapat berbuka puasa di rumah. Manfaaatkan waktu pulang lebih cepat ini dan jangan singgah ke tempat lain. Biasanya pada jam-jam tersebut berlaku kesesakan jalan raya kerana semua orang ingin cepat sampai di rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Membawa bekal dari rumah

Jik terpaksa berbuka di pejabat atau di jalan, usahakan untuk membawa makanan kecil dari rumah untuk berbuka puasa. Makanan kecil ini diperlukan utnuk mengalas perut pada saat berbuka puasa, dan diharapkan kita dapat sampai di rumah waktu makan malam sebelum solat tarawih.

Buah kurma selain dianjurkan sebagai menu berbuka puasa ternyata dapat memberikan rasa kenyang sementara, sehingga kita tiba di rumah untuk makan malam.

Beli siap

Sekiranya memiliki keluarga kecil dengan tanggungan satu atau dua orang dan masing-masing ada makanan kegemaran sendiri, maka ada baiknya menu buka puasa dibeli sahaja.

Selain boleh mendapatkan menu yang berbeza-beza setiap hari, harga jual dipasar dengan jumlah yang sedikit akan jauh lebih murah dibandingkan apabila kita memasak sendiri di rumah.

Dengan kos gas dan bahan makanan yang akan terus merayap naik, maka untuk porsi makanan yang kecil (untuk keluarga kecil) sering kali membeli makanan untuk berbuka puasa jauh lebih murah daripada memasak sendiri.

Belanja pada akhir bulan

Cuba perhatikan. Biasanya, pasar raya besar memberi diskaun atau penurunan harga besar-besaran setiap akhir bulan (mulai 25 haribulan) hingga minggu pertama awal bulan. Gunakan kesempatan ini untuk belanja keperluan bulanan, termasuk keperluan untuk persiapan puasa dan bahan makanan berbuka puasa.

Harga barang-barang belanjaan tersebut akan kembali naik kepada harga normal atau lebih mahal (biasanya ada subsidi silang harga di pasar raya besar) pada minggu kedua dan ketiga setiap bulan.

Belanja sekali gus

Berbelanjalah dalam jumlah yang cukup besar untuk cukup menutupi keperluan satu bulan, kecuali untuk bahan-bahan segar seperti daging, buah dan sayuran yang boleh dibeli setiap beberapa hari atau minggu. Dengan belanja keperluan untuk satu bulan, maka kita dapat mengikuti momentum harga murah pada awal bulan tersebut.

Dengan melakukan perancangan secara sederhana dan lebih saksama, maka dijamin kantung kewangan keluarga tidak akan bolong, dan kita sekeluarga dapat menjalankan ibadah puasa dengan lebih khusyuk dan mendapatkan pahala puasa. Amin ....
Salam Ramahan ler pulak.. sori.. salam Ramadan.... Tak sabar nak cerita gelagat Atikah puasa....

Comments

  1. dni rasa bila duduk berdua je lagi jimat beli makanan kat param. tapi sebab asben suka masakan dari rumah so masak lah juga. hehe... nak wat cemana :)

    ReplyDelete
  2. cho zila..mmg la nk jimat ..sy nie kan penat ta masak buat kuih tapi mesti kang mr asben gatal g pasar ramdhan,gerammmmm!!! nie citer last year lah n sblum2 tue.. tau nie nk tingkatkan acara bebelan jgn membeli di pasar ramdhan.. heehhe

    ReplyDelete
  3. akak...mmg kene jimat le..bbudget byk nk pakai..nsib baju raye budak2 da setel 3.4 bln lps...bazar x pegi sgt..

    ReplyDelete
  4. memang betul kurangkan belanja di luar sebagai langkah berjimat cermat

    ReplyDelete
  5. ikutkan sy ni bleh ajer nk berjimat..tapi bila melibatkan anak2 alahai..tu yg jadi boros semacam tu..makanan sbb fikir diorg nk makan sampai bertimbun penuh kt meja..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts