Berkorban apa saja

Hanya gambar jadi kenangan
Tahunni ada keinginan nak pergi tengok aktiviti ini...
Kalau dulu duk rumahjer kalau raya Aidil Adha.. 
Tapi kalini teringin nak tengok dan bawak Atikah dan Azalia sekali..
Akak tak payah terangkanpun sebab diaorang dah belajar di tadika dan sekolah...
Kiranya kita cuma dengarjer penerangan diaorang...
Bukanlah secara detail tapi kiranya diaorang tahulahkan... 
Ibu macam kitani kena lebih berusaha menambah ilmu mereka itu... 
Aktiviti bersama untuk memudahkan urusan... 
15 ekor lembu dikorbankan... 
Beginilah keadaannya di dalam dewan... 

Ibadat korban adalah ibadat sunat yang dituntut atau sunat muakkad

MENURUT Dr Yusuf Al-Qaradhawi ibadat korban ialah sunat muakkad (dituntut) menurut kebanyakan mazhab fiqh.
Menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.
Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk.
Allah mensyariatkan waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas solat hari raya pada 10 Zulhijjah. Ia juga boleh dilakukan pada tiga hari selepasnya iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik.
Begitu juga dalam permasalahan pembahagian daging korban. Masih ada amalan di mana daging korban dibahagi tujuh, manakala bahagian tertentu (biasanya kepala) diperuntukkan kepada tukang sembelih sebagai upah. Ini sama sekali tidak dibenarkan. Setiap bahagian daging korban adalah sedekah dan sedekah sama sekali tidak boleh menjadi upah.

Untuk tujuan upah, sepatutnya pihak yang berkongsi korban boleh membayar lebih sedikit daripada harga asal haiwan itu
Boleh baca info di sini :- http://ibadatkorban.blogspot.com/

Comments

  1. setahun sekali dapat tengok nih..tak boleh la lepas kan peluang,..

    ReplyDelete
  2. Tq sharing info zila.. tahun ni Nabil tak dpt tengok lembu sembilih... tahun lepas siap sama bertasbih..

    ReplyDelete
  3. Salam Cho Zila..daging korban ada sikit lg lam esbok,ari mggu ni habis la gamaknya :)

    ReplyDelete
  4. sedekah x leh jadi upah ...

    ReplyDelete
  5. Saya tahun ni tak sempat nengok lembu dikorbankan...bila musim raya korban memacam hidangan daging lembu.ader..sampai sakit gigi ngunyah daging...

    ReplyDelete
  6. Di tempat yg sama, Putra lembu no.14, BigBoss bertugas lembu no.8 ... Nape lah kita x berjumpa ...

    ReplyDelete
  7. Errkkk, azalia n atikah sekolah mana ? Darjah berapa ? Rumah no. berapa ? Hehehe, byk plak tanya ...

    ReplyDelete
  8. kalu kt kg selalunyer 1 ekor lembu mmg bagi utk 1 kg, jd nyer kalu ada 5-6org yg korban dpt banyak lah kan.... nk menerangkan kt anak2 bg paham ni kadang susah skit kan kak... lagi2 lah diaorg msti ada banyak soalan nk tanya kite

    ReplyDelete
  9. bila takbir bergema...dan lembu pun dikorbankan...
    ecah tgk live pun xblh lame2...darah lembu tu pekat,,,huhu

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing kak. Tak berani nak tgk lembu kena sembelih.

    ReplyDelete
  11. yan ada buat korban juga tapi kat kemboja...kesian orang2 kat sana....susah nak jumpa daging2 nie...pergi & lihat sendiri...kesusahan mereka di sana berbanding kita di sini....

    ReplyDelete
  12. banyak tu korbannya...apapun tq share info pasal korban

    ReplyDelete
  13. Tak tengok lembu pun tahun ni CZ...kirban pun tidak

    ReplyDelete
  14. uiiii byk nyer lembu yg kena korban...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts