Tarikan di i-City

Tarikan di I-City ni akak dah buat draf serba sikit konon esok nak tambah kasi cun lagi.. rupanya esok dan lusa akak kena pergi ke SS2, Petaling Jaya atas sebab-sebab tertentu.Kalau dah pergi tempat orang dah tentu apapun tak boleh.. Tapii nak juga keluarkan entryni untuk kengkawan yang datang blog akak.. Jadi akak gunakan handphone  untuk update entryni..

Hujung minggu lepas akak pergi rumah adik akak di Bukit Jelutong, Shah Alam sebab
adik akak dan adik ipar akan menjadi tetamu Allah di Mekah untuk menunaikan haji. Semua adik beradik akak ada di sana, jadi wajiblah turut berada di sanakan.

Hari ahadtu kami ambil keputusan bawak anak-anak kecik ke I-City, itulah yang paling menarik kot kalau di Shah Alam. Jom kita tengok apa yang menjadi tarikan kalau kita ke I-City...
Tengok peta kemainkan... so manakah arah tuju kami hari itu????
HOUSE OF HORROR

House of Horror tarikan terbaru i-City

SHAH ALAM 29 Sept. - Pembukaan House of Horror dijangka menggamit tambahan 10,000 pengunjung seminggu ke taman tema digital, i-City di sini.
"Sempena perasmian House of Horror hari ini, kita akan memberikan harga istimewa RM15 berbanding harga biasa RM25 bagi pemegang MyKad kepada 100 pengunjung pertama setiap hari sehingga 15 Oktober ini.
"Selepas ini jika ingin melihat rumah hantu dan patung lilin, kita tidak payah pergi jauh ke luar negara kerana kini kita sudah ada House of Horror dan Red Carpet@i-City," katanya.


WATER WORLD 
actuallyni gambar belakang snow world... 
SUMBER ARKIB UTUSAN :- Taman-tema-air-tarikan-baru-di-i-City


WaterWorld@i-City merupakan satu-satunya taman tema air di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air terkenal, Tornado Ride yang dipelopori di Kanada sejak sembilan tahun lalu.

Tornado setinggi tujuh tingkat itu kini sudah lebih 80 peratus siap. (ni berita lama sekarang dah siappun)... nak bagi info tujuh tingkattu jer...
RED CARPET i-City
SUMBER myMetro :- Red Carpet i-City sasar 30_000pengunjung sebulan


Red Carpet yang menelan kos RM25 juta ialah muzium lilin interaktif pertama di Malaysia. Ia juga adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini kerana barang pameran itu mempunyai kelebihan suara dan pergerakan.

Beliau berkata, pameran lilin itu akan diperagakan dalam set anugerah ala Oscar 3,000 kaki persegi dan akan dibahagikan kepada enam tema iaitu World Icons, Celebrities, Sport Stars, World Book of Records, All Stars Café dan Interactive.
TRICK ART MUSEUM
SUMBER :- hmetro 24/11/2012


Dapat Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

SHAH ALAM: Muzium seni helah pertama Malaysia, Trick Art Museum di i-City, dekat sini, berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), sekali gus menjadi produk terbaru industri pelancongan negara. 

Terdapat lima tema lukisan di Trick Art Museum seperti lukisan terkenal, Mesir dan alam haiwan dan kehidupan laut serta Moden klasik. 

Ada lagi satu Snow Worldkan tapi akak tak sempat nak draf... nanti akak update ..

Jom teka antara gambar di atas mana tempat yang kami sempat pergi!!! Yang tengok facebook akak adaler jawapannyer.

Comments

  1. mcm2 dh ada yek kak.... house horror tu mmg takmo msk lah... mau skt jantung teman ni udahla penakut

    ReplyDelete
  2. Thnaks for preview kak,lama tak ke ict, dh mcm2 ada... 1 day kena terjah lg ni.. :-)

    ReplyDelete
  3. Ooh, akak pergi mana eh, tmn tema koot :-)

    ReplyDelete
  4. Last dlu g icity...pgi lmpu2 tu je...skrng mcm2 ada rupanya ye...mnarik plk tu...

    ReplyDelete
  5. hrtu pegi sini x sempat nak ke art museum...nnt nak kena msk jgk..

    ReplyDelete
  6. Lengkapnya info zila..senang nak rujuk nanti.

    P/s very nice pictures, well done

    ReplyDelete
  7. waaa...dah byk benda dah kat sana. dulu pergi sana masa ahmad kecik lagi. dak iecha pun belum ada lagi cuma ada snow tu dgn apa ntah lagi satu tu

    ReplyDelete
  8. banyaknyer benda baru kat i-city sekarang ni...gi sana masa mula2 dia bukak dlu je..pastu xgi dah..ni dh makin meriah kat sana ni nmpak gayakena ulang gi sana lg la...

    ReplyDelete
  9. best jugak yer kak kat ICT... tak pernah g walaupun dulu berulang ke shah alam...

    Erk yang horror tu tgh pk nak masuk ke tak.. takot gugur jantung ekeke

    ReplyDelete
  10. meriah jugak gi siang2 yer.. zura selalu gi malam jer.. hehehe

    ReplyDelete
  11. Besra jugak tempat dia nie.. ingat biasa2 jer.. oh boleh try bawa ank sedara mai sini hehee..house of horror tu nak cuba :D

    ReplyDelete
  12. walaupun rumah dekat je dgn I-City tp dah lama x jejak.. xtau ape perubahan yg ada kat situ.. hahaha

    ReplyDelete
  13. bila tgk gamba ni.. buat hati nak pergi sane.. x jauh mane pun sebenarnya..

    ReplyDelete
  14. wah..mcm2 dah ada ek...makin maju ICity..last kami pegi awal JAN tu ari yg baru bukak Water World je :)

    ReplyDelete
  15. Autopublish pun boleh.
    Sya blom sampai lg icity

    ReplyDelete
  16. salam kak..
    lamanya x singgah sini..hehe
    bestnya tgk i-city..tp bilalah nk smp pun x taulah..
    Selamat hari lahir utk anak akak yer..maaflah lmbt wish..hehe
    moga menjadi anak solehah..aminn

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni I-City tu memang sangat menarik. Kak Azie pernah pegi 2 kali saja, tu pun waktu malam saja. Cahaya lampu memang cantik tapi tak boleh lama sangat, terasa panas berbahang dalam tu.

    ReplyDelete
  18. Wah, dah mcm2 ada kat sini skrg. Syaa pergi masa semuanya tengah free lagi. Skrg dah jadi taman tema ye.

    ReplyDelete
  19. macam2 da ade kat i-city skrg ye..tp sampai skrg x sampai2 lagi ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts