Waktu memasak: 25 minit 

BAHAN-BAHAN: 
  • 1kg beras Basmathi | dibasuh bersih dan tos 
  • 250gm daun lemuni  
  • 3 helai daun pandan | disimpul 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 250ml santan pekat 
  • Air secukupnya untuk menanak 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis 
BAHAN KISAR KASAR: 
  • 3 labu bawang besar 
  • 1 labu bawang putih
  • 5cm halia 
CARA MEMASAK: 
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sekejap. 
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga kekuningan. 
3. Setelah itu, masukkan daun lemuni, santan dan air secukupnya untuk menanak nasi.
4. Akhir sekali, kacau nasi dan gembur-gemburkan supaya masak sempurna. 
5. Sedia untuk dihidangkan. 

Jom baca kisah kawan blog kita yang pergi ke gerai yang sama dengan rancangan Sarapan TV3 semalam... NASI LEMAK KAK BEDAH