Nuffnang saya

Followers

Friday, December 20, 2013

Muzium Perak, Taiping

Seronok tak harini dah hujung hari kita bekerja!!!!
Esok akak kena datang ke HQ jadi takler dapat kemanapun...
Baju sekolah budak-budakni tak belipun lagi, hari ahadler selesaikan semuanya...
Harap sempatlah yerk rasa macam barujer bercuti dah nak sekolah balik...

Jom sambung balik cerita cuti akak di Taiping Bandar Warisan... 
Muzium Perak adalah yang tertua di Semanjung Malaysia, wajiblah kita singgahkan...
Sebenarnya Atikah dan Azalia dahpun pergi sini dua tahun sudah..
Tapi alang-alang dah sampai  apa salahnya masuk lagi... 
Bayaran dikenakanpun tak mahal dan yang penting anak kita dapat menghargai sejarah negara...
bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali
Sessi bergambarjerler....
Disinipun kami paksa anak-anak bergambar...
Stesen keretapi yang pertama di Malaysia adalah di Taiping...

Belakangtu Penjara Taiping...
Penjara pertama di Malaysia...
Bayaran masuk RM2.00 untuk umur 13 tahun dan ke atas dan kanak-kanak percuma
Waktu melawat setiap hari kecuali Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang... 
Ada Pameran 130 tahun Muzium Perak tapi macam takder..
Ini di Galeri yang mula-mula ada macam-macam haiwan...
Inilah seladang yang jadi maskot negeri Perak... 
Besar juga penyu yang diawetni..
Ini dah masuk galeri ke dua adat dan kebudayaan....
Yang ini kena naik tangga untuk tengok pameran orang asli... alahai lupa lak...
Buat macam rumah sendiri...
Cantik sebenarnyer gambar kat belakangtu...
Kenderaan yang digunakan suatu waktu dulu... 

Lepas habis melawat muziumtu sebenarnya teringin gak nak bergambar depan penjara... Tapi sebab model dah kepanasan dan kelaparan terus pergi ke Tesco di Kamunting.. Cadangnya nak beli pisang goreng cheese seperti yang diwar-warkan oleh adik akak. Kononnya masa balik dari Tesco nak singgah tapi tuler masa baliktu ikut jalan lain sedar-sedar dah sampai bandar Taiping.. Melepasler lagi... takper Taiping sentiasa ada dalam rancangan percutian mesti ada lain kali... Nak tengok macamana rupa Pisang Goreng Berkeju Kamunting dan juga dimana lokasi perniagaannya jom pergi ke blog ini ... CINTAMANISZLITE @ goreng pisang berkeju

20 comments:

  1. ewah ewah.masing maisng posing~ bestnyaaaa~

    ReplyDelete
  2. rm2 sekali masuk kira ok sgt kan.. :)

    ReplyDelete
  3. mcm best je...ntah sempat ke tak saya singgah nanti nie..

    ReplyDelete
  4. BERBARIS MODEL2 POSING AMIK GAMBO MERIAH ...

    ReplyDelete
  5. tak pernah ke sini...
    nanti boleh la datang sini hujung minggu..

    ReplyDelete
  6. waa....ada pisang grng cheese kat taipingg...nanti balik kuala nak ngajak mak pegi jalan ke taiping la camni..

    ReplyDelete
  7. seronoknya jalan2..dah lama tak blk taiping

    ReplyDelete
  8. saya perasan macam ramai duk pakat pegi perak sekarang ni..

    ReplyDelete
  9. Kakak nampak anak-anak kena buka kasut tu memang bila masuk sini kena buka kasut ye Zila. Anak-anak nampak seronok betul:)

    ReplyDelete
  10. tak pernah lg masuk muzium Perak
    bahkan kita ni org Perak..haha

    ReplyDelete
  11. tiap tempat yang dituju pasti akan ada gambar kenangan.. ;)

    ReplyDelete
  12. malu pulok rasa nye teman..org peghak tapi xpnh jejak ke sini..huhuuhh

    ReplyDelete
  13. Sekolah kt tepi muzium tuh sekolah falsya..treacher methodist...hehe

    ReplyDelete
  14. budak2 mmg suka berjalan time cuti sekolah nih ...

    ReplyDelete
  15. cuti sekolah..meriahnya bawa anak-anak berjalan kan, suka tengok mereka riang-ria.

    ReplyDelete
  16. saya suka sangat Muzium ni..
    sejuk..
    banyak benda..
    ada 'bau muzium'...

    ReplyDelete
  17. hari tu gi Lenggong tak sempat pun nak masuk Muzium Arkeologi Lenggong... mmg tak cukup masa kalo gi utk 1 malam je.. padahal kat Perak mmg byk tempat yg boleh dilawati.. kan kak Cho?

    ReplyDelete
  18. murah nyerrr.. rm2 je...mn nk dpt kalu kt tmpt lain

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang