Nuffnang saya

Followers

Monday, December 23, 2013

Bukit Larut oh Bukit Larut

Jom akak kasi info pasal Bukit Larut dulu sebelum tengok gambar keseronokan kami di sana.. 

Kalau dah sampai ke Taiping jomler kita naik Bukit Larut. Sekali seumur hidup mesti merasa naik Bukit Larutni terutamanya orang Perak.. Kalau plan nak naik Bukit Larut disarankan untuk membeli tiket lebih awal kerana kita perlu menaiki Land Rover yang disediakan dan tidak boleh naik kereta sendiri. Tiket yang dikeluarkan mungkin terhad sebab satu Land Rover hanya dapat memuatkan 8-10 orang sahaja.. Macam kami haritu datang pukul 9.00 pagi dan dapat tiket untuk naik pada pukul 1.00 tengahari.. Jadi balik hotel dulu anak-anakpun belum mandi lagi masatu... 

Sebenarnya kalau kitani memang berminat dengan aktiviti jogging atau trekking bolehjer tak payah naik jip.. Masa kami pergi haritu ramaijer orang muda dan berumur yang berselisih dengan land rover 

Jom berkenalan dengan Bukit Larut terlebih dahulu...
Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.

Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM6 bagi dewasa dan RM3 (kanak-kanak bawah 10 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM7 (dewasa) dan RM4 (kanak-kanak bawah 10 tahun). Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun)
Maklumat dari WIKIPEDIA
Akak dah dua atau tiga kali naik Bukit Larutni, cuma kali ini hanya nak bagi pengalaman baru untuk anak-anak sahaja..Diaorang suka naik Land Rovertu sebab katanya cam naik roller coaster, suka hatijer.. Tabik betoiler dengan pemandunya yang sangat cekap..Naik kali ini rasa ok sikit sebab kami sekeluarga dah penuh Land Rovertu tak payah nak kongsi dengan orang lain... Legalah sikit... 

Perasaan mula sampai atastu memang sangat lega sebab dah jenuh lalu jalan yang berliku-liku.. Suasana memang sangat damai hanya kita dan alam yang terbentang luas. Bukit Larut memang sesuai untuk pencinta alam... Tapi serius akak cakap yang Bukit Larutni macam terbiar sahaja. Banyak kemudahan yang sepatutnya ada di situ tiada.. Umpamanya kami anak beranakni terlupa nak bawak air mineral naik atas tapi tiada kedai disediakan. Ada sebuah kedai makan tapi ditutup masa kami pergi. Perasaan akak masa sampai di puncak sangat sedih sebab Bukit Larut kelihatan sangat usang dan tidak mampu untuk  bersaing dengan tempat percutian yang ada di Malaysia ini. Harap kerajaan negeri Perak akan melakukan sesuatu untuk menambahbaikkan kemudahan dan memberikan nafas yang baru kepada Bukit Larut... 

Terbaca ini di  SINAR HARIAN @ cadang bangun Bukit Larut Perhatian serius akan diberikan oleh kerajaan negeri terhadap pembangunan pusat peranginan Bukit Larut, Taiping.Beliau mengulas cadangan dikemukakan dalam Laporan Jabatan Audit Negara supaya pusat peranginan Bukit Larut diserahkan kepada swasta untuk dibangunkan memandangkan kawasan tersebut dikatakan agak terbiar . Ada cadangan untuk membina kereta kabel tapi mendapat bantahan penduduk setempat.. Rasanya tak payah kereta kabel yang penting kemudahan diatas sana diberikan perhatian... 

Lagi satu untuk yang bertanya apa ada di Bukit Larutni dan katanya ada tak bunga tulip!!!.. Sumber WIKIPEDIA
PEMBIAKAN BUNGA
Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.
Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.
Akak memang dah dapat maklumat awal dari adik ipar akak yang memang kerja landskap katanya bunga tulip dah takder lagi di atas Bukit Larut.. Menurut Munnafendy.com
Jadi, kerahkan jari jemari ni menggeledah google dan terjumpa nombor telefon Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut 05-8077241/243, saya terus call dan,

Dukacita dimaklumkan penanaman bunga tulip kat Bukit Larut dah tak beroperasi.
Akak tak periksapun kebenarannya masa kat atas sana tapi tak nampakpun papan tanda menunjukkan tempat pembiakan bunga tulip di sana.. Dulu rasanya pernah tengok Majalah 3 tak silap ada cerita pasal bunga tulipni tak sangkaler cepat sangat usia tempattu.. Kalau ada bunga tulip atas sana tentulah Bukit Larut berseri-seri dan kunjungan orang ke sana semakin bertambah ramai... 
Bandar Taiping boleh nampak dari atas Bukit Larutni...

Harap sangat semoga nama Bukit Larut akan terus menjadi sebutan orang ramai dan tidak hilang ditelan zaman.. Janganlah hendaknya Bukit Larut melarut tanpa perhatian... 

7 comments:

  1. mungkin diaorang dah tak jaga sgtkan kak bukit larut tu, tu yang jadi macam tu tuhh... nampaknya kena bawak bekal la lepas ni kannn. jenuh nak cari air pula nanti

    ReplyDelete
  2. Sayangkan tmpt yg sepatutnya jadi tumpuan pelancong trbiar sepi tanpa penyelengaraan.

    ReplyDelete
  3. Sedeynya biarkan tmpt tu camtu..
    Pernah pergi taiping..tp x pernah ke bukit larut lagi..
    Ruginya x upgrade blk tmpt tu..
    Bole jadi salah satu daya tarikan pelancong tu..

    ReplyDelete
  4. cantik view die kan kak....lieya pegi perak tak terpikir nak pi jalan sini kak....kalo ade peluang ke sane nanti leh laa masukkan dlm itinerary....

    ReplyDelete
  5. ha ah..
    dah lama dah tak ada..
    dua tiga tahun dulu.. ada tanya gak.. masa tu lagi dah tak tanam dah..
    tak tanya lak kenapa

    ReplyDelete
  6. Selalu juga dgr ttg Bukit Larut ni..harapnya tidak dilupakan..

    ReplyDelete
  7. o ye ke..dah takde bunga tulip ye,kalu ada tentu best kan

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang