Nuffnang saya

Followers

Tuesday, December 24, 2013

Bukit Larut kami datang

Dah baca entri akak :-  Bukit Larut Oh Bukit Larut tak? Kalau dah baca jom tengok gambar yang sekian banyaknya akak dan adik akak ambil di atas puncak Bukit Larut.. Pemandangan dari atas sana memang menarik dan keadaan di atas puncak juga sangat istimewa cuma dari segi kemudahan banyak yang perlu diperbaiki... Kalau korang tak pernah naik haruslah naik. Satu pengalaman naik jip yang mungkin tak dapat kat tempat lain dan keduanya pemandangan di atas sana memang cantik... sejuk takler sejuk sangat tapi nyaman... 

Macam entri sebelumni disarankan ambil tiket terlebih dahulu takut nanti tak merasa maalumler tak ramai jiptu boleh bawak naik ke ataskan. Kalau ikutkan kami dah tersilap.. Inilah yang akak nak ceritakan... Akakni beria sesangat nak pergi bercuti adik beradik ke Taiping sebab nak pergi satu tempatni namanya PASAR KEMBOJA di sempadan Perak dan Pulau Pinang.. Seawal pagi kami gerakkan anak-anak dan tanpa mandi terusler bertolak kami dua kereta ke Parit Buntar.. Bersarapanpun dikedai mamakjer dan sampai kat tempat yang kononnya nak pergi sangat sekali tak nampakpun bayang peniaga kat situ... Akak dah suruh adik ipar akak tanyakan dulu sebab akak dah pernah terbaca yang PASAR KEMBOJAtu dah tukar hari operasinya.. Dia yakin sesangat yang pasartu dibuka pada hari jumaat dan isnin. Memang betullah agaknya apa yang akak baca hasil carian google akak yang PASAR KEMBOJA hanya beroperasi pada hari SABTU... Baca di sini :- http://mediaharia.blogspot.com/2013/11/parit-buntar-pasar-kemboja-kes-selesai.html

Jauh jugaklah dari Taiping nak ke Parit Buntar dan tak dapat tunaikan hajat pulaktu jadi teruslah kami ke kaunter tiket Bukit Larut. Dapatlah tiket pukul 1.00 tengahari dan kalaulah kami bawa baju mandi bolehler terus terjun di 'Coronation Swimming Pool' yang terletak berdekatan dengan kaki bukit Larut. Jangan tak tahu pulak Kolam Renangni merupakan kolam renang awam yang PERTAMA di Malaysia... Hebatkan Bandar Taipingni, penuh dengan warisan sejarah yang sangat berharga...  Ok dah melalutni... 

Lepas dah 'check out' dari hotel singgah sebentar makan McDonald di tepi Taman Tasik Taiping yang damaitu teruslah pergi ke kaki bukit.. Posing jangan tak posing sebab mood budak-budak baik sebab baru lagikan... Jomler tengok gambar yang sekian banyaknyerni... 
Wajiblah bergambar di sinikan sebelum naik ke Bukit Larut...
 Dua beradik dah malas nak bergambar terutama Azalia
 Budakni duk sibuk ngan belalang.. 
Mood kakak baik nak bergambar...
Ramai juga  orang harini walaupun isnin sebab cuti sekolahkan... 
Ada gak yang hampa tak dapat tiket nak naik ke sana... 
Gambar sengaja di warnakan sebegini untuk menunjukkan betapa retronyer kenderaan naik ke Bukit Larut... 

Jom.. jom naik land rover dengan kami ke Bukit Larut...
Muka dik Ya bila di suruh bergambar, ini masa mula sampai atas..
Dia nak berlari tapi ibunya sibuk suruh ambik gambar land rover kat belakang tu dulu... 
Mula sampai cam gerimis... tu yang berpayung... 
Cantikkan suasana di sini... 
Hijau.. ku lihat hijau... 
Tak meronda habispun tak tau bangunan apa kat belakangtu...
Kat belakangtu pun nampak bandar Taiping... 
Cantikkan pemandangan di sini... 
Posing dari Atikah... 
Posing dari Hariez
Posing dari Azalia pulak... 
Atikah dan Azalia nak posing sama-sama... 

Cukup takatni dulu sebab ada lagi gambar yang nak dikongsikan... 
Kalau naik sini memang aktiviti bergambarlah yang paling utama...
Pastikan model-model yang dibawa berkerjasama... 

Sekian dulu Gambar Bukit Larut bakal bersambung lagi...

http://www.theweeklypay.com/index.php?share=403305

15 comments:

  1. Bertuahnya zila dpt naik, akak dulu dapt bergambar dibawah jer, masa tukut tiket naik ada tikit turun tak ada huhuhu... kena pergi lagi lah nmpk dab booking tikit siap kat online :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. tak pernah sampai saya ke bukit larut ni.. menarik je. mcm best je..

    ReplyDelete
  3. alaa.ruginya xbawak baju mandi, kalau x, tentu seronok anak2 akak kan

    ReplyDelete
  4. rajin sungguh mamanya bawa anak2 mengenali bumi malaysia ...

    ReplyDelete
  5. cantiklah pemandangan di bukit larut ni akak...model berlesung pitit tu comei..nasib baik lah ada model tuk ambik gambo hahaha...maca je muka di kYa bila di suruh ambik gambar berlatar belakang kan land rover tu..dik Ya kena paksa ngan ibu ke ahaksss

    ReplyDelete
  6. Akak series retro gambo tu kak.. Suka sha nengoknyer... Sha mmg ske entry akak nih sbb sha tak pernah smp pun ke cni hehehhee

    sila sambung lagik kak

    ReplyDelete
  7. best nyer kak, saya penah naik sekali je, tu pun dah lama

    ReplyDelete
  8. cantik betul pemandangan kt bukit larut... msti sejuk je kan kak...

    ReplyDelete
  9. best kan? saya mmg suka Taiping..suka taman tasik...suka bukit larut...sekolah saya dulu betul2 kat kaki bukit larut tu..hihihih

    ReplyDelete
  10. Falsya last naik bukit larut nie waktu form1 time duk kat tepen dulu..xingat la pulak kene bertiket segala..

    ReplyDelete
  11. Penuh kehijauan. Syg kalau terbiar begitu saja....

    ReplyDelete
  12. Cantik pemandangan kat sana.. Menghijau je ;D

    ReplyDelete
  13. penah pegi Taiping..
    tp tk penah lg nk naik Bukit Larut
    sbb kan tmpt ni sll je hujan..
    huhu..
    tp mmg cantik la..
    mcm kt CH je.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang