Taman Jepun di Taman DR Seenivasagam Ipoh

Kisah balik kampung minggu sudah yang tak habis lagini... Lepas semua urusan kami di Ipohtu sengaja meronda sekitar pekan Ipoh yang permai. Singgah sekejap ke Taman DR Seenivasagam untuk bergambar. Tapi cuaca amat mencemburui, dari cuaca yang panas terik tiba-tibajer hujan rintik-rintik sempat masuk Taman Jepun. Itupun tak sempat nak ronda cuma dekat muka pintu sahaja.. 

Hati akak sayujer tengok Taman DR Seenivasagamni dah tak berseri macam dulu-dulu. Masuk di Taman Jepuntu lagiler tersentuh padahal taman itu ada sejarah antara dua negara tau. Pernah masuk Majalah 3 bagai tapi macam tak berjaga. Sayang rasanya... Bacalah sejarah Taman Jepun ini dari laman web Majlis Bandaraya Ipoh...
Taman Jepun terletak di Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam atau Taman D.R di Ipoh, Perak. Dengan keluasan 1.2 hektar, taman ini dibina mengikut struktur lanskap yang unik sama seperti taman Jepun yang terdapat di Fukuoka. Kini, Taman Jepun boleh diklasifikasikan sebahagian daripada Taman D.R. Seenivasagam. Taman ini telah dibuka pada awal tahun tahun 50-an.

Taman ini secara rasminya dibuka pada 30 Jun 1995 dalam majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Ipoh, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama dengan Datuk Bandar sebelumnya, Dato Haji Umar Haji Abu. Sementara itu, bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe mewakili Datuk Bandar Fukuoka.
Taman ini mendapat gelaran “Taman Mini Jepun” selepas termeterainya perjanjian di antara bandar Ipoh dan bandar Fukuoka pada 21 Mac 1989. Lanskap taman ini adalah hasil reka bentuk pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh, dengan dibantu nasihat dan kepakaran daripada Majlis Bandaraya Fukuoka. Setiap tahun, sekumpulan pelajar dari Kolej Nishinihon, Fukuoka akan menjalani latihan praktikal dalam penyelenggaraan taman ini. Ini merupakan program pertukaran pelajar di samping aktiviti-aktivitinya dibuat oleh bandaraya berkembar iaitu Ipoh dan Fukuoka.

Taman Jepun ini dihiasi dengan beberapa ‘rock lantern’ dan ‘rock water pitcher’. Pohon-pohon bambu atau buluh turut menghiasi pintu masuk manakala di sepanjang laluan pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil berwarna kelabu, coklat dan hitam yang diperolehi dari sungai berhampiran bandar Kuala Kangsar. Selain itu, taman ini turut dihiasi pokok willow dan pokok pain bagi menambahkan lagi ciri-ciri Jepun. Rumpun-rumpun kecil teratai turut mewarnai taman tersebut. Disamping itu, terdapat juga pulau kecil di tasik utamanya yang dihubungkan dengan jambatan kayu bersama dengan sudut tempat rehat. Secara keseluruhannya, suasana di Taman Mini Jepun ini memberikan perasaan yang mendamaikan seolah-olah berada di negara Jepun itu sendiri.
Pintu masuk yang mestilah ada pokok buluh...
Posing budak-budak yang tak nak turun bergambar...
Muka yang sangat sedih sebab dipaksa bergambar..
Masani hujan dah turun ingat nak pergi seberang sana yang ada rumah Jepun... maka dibatalkan..
Bergambar di tepi tasik jerler...
Baca papan kenyataannipun tergesa-gesa...
Ha.. ha.. muka budak terpaksa...
Mungkin juga cuaca kemarau jadi daun-daunpun mudah berguguran...

Tengok bezanya gambar akakni ngan kat bawahtu... hujan rintik2 dah tapi gigih suruh anak berposing...
Jumpa gambar Taman Jepun di blog Sharizalnasri@JapaneseGarden nampak menarikjer Taman Jepunni... Ada dua tiga gambar yang menarik tentang Taman Jepun ini di link tersebut..
Walau apapun tolonglah DBI lakukan sesuatu untuk taman yang indah ini.. 

Comments

  1. penah juga pi masa kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  2. zura br je dok google pasal taman jepun ipoh, tup tup akak dh kluarkn entry nih.. hihihi

    ReplyDelete
  3. Cantiknye view..falsya suke tgk gambo yg first tuh..ala2 korea sgt..hehehe

    ReplyDelete
  4. IPOH SKRG DH CANTIK... MCM² TEMPAT MENARIK BLH AMIK.. KAT DATARAN LANG KE, SG LANG.. YG BOLEH NAIK BOT TU.. AREA SINI JGKKAN..

    ReplyDelete
  5. kompem le dok kat Ipoh kan??? bangga awok jadi oghang Ipoh.....

    ReplyDelete
  6. cantik jgk yek kak... terutama buluh2 tuh tp kalu mlm seram lalu tempat buluh tuh

    ReplyDelete
  7. aritu ke ipoh takde pulak tau tmpt ni. tp, mmg sayangla kalau tmpt camni tak jaga sgt kan...

    ReplyDelete
  8. Entah bilalah nak sampai taman ni Cz haha...

    ReplyDelete
  9. Lama2 taman ni jd projk gajah mati..
    Sayangkan. Tak pernh dgr juga sbnrnya tmpt ni..

    ReplyDelete
  10. org pun ada pegi taman Jepun.. bulan lepas..tak up2 lagi entrynya.... konon2 nak tunjuk kat en asben..taman jepun yg pernah glamour masa org anak2 dara dulu...tapi, bila sampai jer situ..samalah perasaan macam akak..sayu jer.... tak terjaga kan kak? berbeza betul 10@20 tahun yg lepas :-(

    ReplyDelete
  11. knp x berjaga...syg tmpt ni nmpk cantik dan bersih...mgkin jgk kurang sambutan kot..tp x patutla keindahan begini di biarkan tanpa jagaan..huhu

    ReplyDelete
  12. Cantik taman ni Kak, tapi syg dah kurang di jaga ye.. sy tak pernah lg smpai sana...:)

    ReplyDelete
  13. choo.. teman selalu lalu jer taman jepun tu.. best juga ye dalamnya..

    ReplyDelete
  14. reflection tu ohsem!

    manjang 'pis' dalam keterpaksaan!!

    ReplyDelete
  15. Tak tahu pula ada taman jepun...nk juga singgah nnti

    ReplyDelete
  16. Cantik la taman jepun ni kak..

    syg tk dpt nk snap semua tmpt kn...

    lain kali pi lain kak..

    ReplyDelete
  17. Taman DR Seenivasagam Ipoh……heheh!!!!tempat dating zaman dolu2. tapi skrg cantik ye

    ReplyDelete
  18. Cantik laa..tak tau plak ada taman gini kat Ipoh.. :)

    ReplyDelete
  19. la akak dtg ipoh ke
    dah dekat dah dr umah kite tu
    btw dah lama giler tak pi tmn dr
    sbb dah boring
    tmpt pun dah kotor huhu

    ReplyDelete
  20. tmpt berdating best ni ;-)

    ReplyDelete
  21. Yang saya ingat taman paling famous kat Perak tu yang dalam majalah Gila-gila (betulkan...) 'From Taiping with Love'

    Sayang kalau ada taman tapi tak terjaga. Rugi sangat-sangat rasanya. Kita ni nak ke taman melepaskan tension, menghirup udara segar dan sekarang ni of courselah berposing berselfie bagai tetiba tengok taman hidup segan mati lama lagi memanglah sedih rasanya.

    Eh, Cho kat Tashkent tempat HD pun ada Japanese Garden ni. Cantik gila :)

    ReplyDelete
  22. Ade bayaran ke tak ye pergi taman tu

    ReplyDelete
  23. Zaman budak2 i dulu, kalu sinngah Taman DR ni, rugi kalu tak naik basikal free, Dari sana Kita dah paham signboard jalan raya. Masuk umur 17, sekolah kat SM Vocational cator avenue tahun 79/80. Fooh, panjang cerita experienced dalam Taman DR ni dari ikan telapia sampai keretapi. Thank you for such a wonderful

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts