Al-Fatihah untuk sahabatku

Salam hari isnin yang tak berapa nak ceria untuk diri akak. Semalam dapat khabar dari grup fb sekolah ...
Assalamualaikum sahabat2 sekalian...saya baru je terima berita...sahabat kita cikgu Salmah Abu Bakar baru je menemui penciptanya sebentar tadi...semoga rohnye ditempatkan bersama2 dgn org yg Allah kasihi...Alfatihah.
Sesungguhnya perkara pertama keluar dari mulut akak betoiker Salmah Bakarni!! Terkejut sebabnya dia kawan sepermainan dari kecil dan kini dia telah tiada. Paling sedih tentulah anak-anaknya kerana suami Salmah telah meninggal dunia  4 atau 5 tahun yang sudah.. Kini mereka anak yatim piatu, semoga Allah membukakan pintu rezeki kepada anak-anaknya. Semoga juga mereka insan tabah seperti Arwah ibunya...

Syukur punya kawan sepertinya Salmah  insan baik hati yang penuh dengan senyuman walaupun hatinya sakit.. Dia insan tabah yang pernah akak jumpa dan sanggup membantu kawan di dalam apa juga keadaan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh..

Sharifah Othman Sedih tgok photo ni...ingt lg tumpang mandi kt rumah dia masa tu form 2..ingt samp skrg hidangan lunch...arwah msk rebus betik muda dgn sambl belacan & sambal sardin ...mandi air perigi..sbb xpandai cedok dialah tlg ambik air dr perigi tu...insan yg baik..hati yg mulia ...
Akak juga punya ingatan yang serupa masa menumpang mandi kalau ada xtvt sebelah petang di sekolah. Pertama kali dalam hidup makan betik muda rebus cicah sambal belacan dan makan ikan goreng sepatutnya bahagian dia tapi dikongsi bersama dengan kita tapi dia kalau boleh nak bagi kita semua. Tapi makan sedap ya amat di rumah opah dia tu sebabnya depan rumah adalah sungai Perak yang anginnya sepoi-sepoi bahasa. Betapa susahnya hidup dia dulu tapi Salmah dan adik beradik adalah insan tabah.. Tapi ralat tiap kali balik kampung nak jumpa dengan dia tak terbuat-buat.. Sebenarnya keluarga dia tinggal di kampung akak sehingga dia  berumur 10 tahun dan lepastu mereka berpindah ke Bota Kanan jadi agak jauhlah sikit... Kami sama-sama masuk darjah 1 masa berumur 6 tahun dan apabila akak berpindah sekolah ke Bota Kanan diapun pindah ke sana.. Umpama ada jodoh antara kami. Dia juga cikgu kepada anak saudara akak di sekolah ACS Sitiawan, selalu dapat kiriman salam menerusi anak saudara. 
Tak banyak gambar kenangan kami..
Gambar masa tingkatan 5.. dia di depan akak...
Al-Fatihah untuk sahabat sepermainan akak Salmah binti Abu Bakar... 

Comments

  1. Al-fatihah utk kawan kak ila..semoga anak2 arwah kuat dan tabah..

    ReplyDelete
  2. takziah kak... al fatihah utk arwah kwn akak, moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..
    kadang sukar nak percaya kak orang yang rapat ngan kita dak takde..pepon kena positif..
    moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  4. sedihnya..Al _Fatihah. :-(

    ReplyDelete
  5. Takziah dan alfatihah. Moga rohnya tenang di sana..

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah..masanya sudah sampai..

    ReplyDelete
  7. al fatihah... salam takziah buat keluarga arwah...harapnya kebajikan anak2 arwah tetap dijaga...

    ReplyDelete
  8. Sedihnya:(
    Moga anak-anak arwah cikgu Salmah ini tabah dan diberi kekuatan utk terus berjaya dlm hidup. Doakan mak/ayah yg telah pergi..

    Alfatihah..

    ReplyDelete
  9. Alfatihah utk arwah shbt kak...

    ReplyDelete
  10. AL-FATIHAH MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT

    ReplyDelete
  11. Alfatihah....ajal tiba bila bila masa jekan CZ....sama ada kita bersedia atau pun tidak....terpaksa rela...huhu

    ReplyDelete
  12. Itulah..ajal maut kita x tau sapa dulu. Tiap kali blk kg..cuba jgk nk jumpa sapa2 yg teringt sgt..mintk ampun maaf..
    Kwn2 sek buat haluan msing2..ada sesekali hai2 dlm fb..tu je.

    ReplyDelete
  13. Al fatihah...smg rohnya di cucuri rahmat...amin

    ReplyDelete
  14. sedih bila kita kenang balik kenangan bersama dgn orang yg dah tingglkan kita..salam takziah..

    ReplyDelete
  15. kesian anak2nya…semoga mereka tabah…al-fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah!

    Sedihnya bila membaca. Bayangkan kawan yang kita kenal sejak kecil dan membesar bersama, tiba-tiba telah tiada lagi. Memang terasa sangat. Semoga anak-anaknya tabah menghadapi hari mendatang tanpa ibu dan ayah lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts