Amah Indonesia tajuk hangat
Dipetik dari Berita Harian Online :-
JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.
Itulah tajuk yang kiranya hangat sekarang... Akak yang tidak pernah ada pembantu rumahpun geram. Isyh memang tak patutkan.
Kalauler yang datang jadi pembantu rumahtu hebat dalam satu pengkhususan diberikan takperlah jugak. Ini yang ado!! kalau sekarangnipun dia kerjapun bukanlah seteruk manapun. Tuan rumah takder baik dia duk tengok sinetron yang berlambak kat tvkan. Kalau tidakpun dia bergebang ngan pembantu rumah yang lain..
Akak tengok rumah adik akak guna khidmat pembantu rumah tapi kerja yang dia buat tidakler semaksimanya sebab kitapun tak nak dia dianggap sebagai orang gaji.. bak kata apak akak dia pembantu sahaja bukan kuli. Jadi sifat dia hanya membantu mana yang patut. Rasanya ramai pembantu kat sini beruntung sebab kadang-kadang ramai majikan yang prihatinkan walaupun ada gak majikan yang teruk..
Bagi akakler pilihan ditangan kitakan, cubalah cari alternatif lain yang mungkin akan menjadi lebih baik.. Macam kat tempat akakni syukurlah sebabnya senang nak cari pengasuh anak2 sebab ramai surirumah. Akak lebih suka orang jaga dari hantar pusat asuhan dan kebetulan kat tempat akakni boleh pilih sebab ramai yang biasa mengasuh budak. Akak bernasib baik juga sebab mak dan arwah bapa mertua akak dulu sudi nak duk ngan akak masa kelahiran anak sulung.
Dengan masalah Atikah masa bayi yang nafas berbunyi sudah pastilah penjagaannya adalah perlu lebih rapi. Dan Azalia pula akak hantar ke rumah jiran bernama kak Maya. Sekarangnipun kalau mak mertua akak ada hal dan budak dua orangni balik dari sekolah boleh sahaja suruh van hantar ke rumah mana-mana jiran akak... Syukur Allah permudahkan hidup akak.
Tapi akak memahami juga kalau kawasan perumahan yang sukar nak mencari pengasuh memang amat memerlukan pembantu rumah. Sekarangnipun hujung minggu boleh sahaja kita ambil pekerja yang datang membersihkan rumah. Emak akak dikampungpun sekarang sebulan dua kali ada orang datang tolong dia kemas rumah atau apa juga yang tugas yang kita nak dia buat dengan bayaran RM50 sehari. Jadi pilihan ditangan kita..
Harap kita tidak tunduk dengan kerenah mereka kerana pilihan ditangan kita. Kalau orang macam akakni memang tidak perlulah tapi bayangkan orang yang sangat memerlukan sudah pastilah menyusahkan... Wahai suami masa ini fahamilah betapa kerja yang dilakukan isteri itu terlalu mahal untuk dinilaikan. Ini pengkhususan RM700 yang isterini melakukan multi task berapa ribulah nak diberikan. Isteri yang bekerja misalnya ada yang terpaksa menanggung sebahagian dari belanja rumah terpaksa pula bekerja dirumah tanpa bantuan dari suami..
Jadi fikirkanlah wahai lelaki, wanita yang bergelar isteri ini bukanlah meminta sesuatu yang tidak mampu ditunaikan oleh suami.. sekadar fahamilah isteri juga manusia biasa bukannya robot. Sayangilah dia, kasihilah dia banyak yang dikorbankan oleh isteri untuk memastikan keharmonian rumahtangga dan janganlah kalau berlaku sesuatu hanya isteri yang bertanggungjawab. Bukankah rumah tangga adalah tanggungjawab bersama... isteri bukan hanya teman serumah tapi teman saling melengkapi... oh terlebih emosi akak harini...
Takat masak ala kadar nak bagi RM700 baik akak beli kat opisni der satu kakakni jual murahjer. Tengahari tadi akak kena Rm11jer untuk gulai kari ikan tongkol plus banyak bendi, telur dadar sekeping, ikan jaket belah belakang der sambaltu, dan fillet ikan goreng (ni semua bungkus tau untuk bawak balik kat mak mertua ngan anak-anak). Kalau tokei kedai masak berbaloi gak upah RM700 tapi kan kedai sebelah opis akakni dia upah banglatu RM1500 tau untuk kerja macam-macamler, buat roti canai, bancuh air, kemas-kemas, dan etc.. Jadi kalau bagi RM700 takder Indon nak keje kat kedai makan. Geramnyer kalau semuapun nak berkirakan...
baiklah simpan 700 tuh but shopping kan.. tak sanggup rasanya nk byr 700 tuh.. unless kalu terdesak..
ReplyDeletesy takut nak amek pengasuh indon huhu...x trust la kak..macam2 cerita dgr...demand lebih sgt dierang ni..rakyat malaysia byk jer gaji kurang dr 700...overla tu nak mtk gaji 700...buat satu keje lak tu..memang over!
ReplyDeletekalo seorg 700.. bygkan kalo kena ambik smpai 3 org.... mau habis duit semata-mata nk mgajai dia j..baik bhenti keje..n duk rmh.. biar gaji tu dpt kat kt jer
ReplyDeletedorang ni mmg overslaa..bagi betis nak peha plak....(marah ni) hehe :P
ReplyDeletex kuasa nk ambil pbantu rmh klu dah gaji mcm org keje opis..better buat sndiri je keja2 rmh, dpt pahala dan privacy ckit nak gedik2 dgn laki :D
ReplyDeletekan? overlah pulak.. demand tau depa ni!
ReplyDeletesis, tq rajin singgah ke blog t. sgt2 menghargainya..
take care sis!
Kalau macam tu, apa kata kita gunakan khidmat dia sepenuhnya dgn bidang dia tu. COntohnya kita amik dia kerja utk tugas jaga anak je, kita ajak jiran2 kongsi jugak hantar anak kat dia. Biar dia jaga ramai2. Pastu nnt jiran kongsi la bayar jgk. Pastu kalau utk masak je, kita suruh le dia masak utk buat catering. Heheh.
ReplyDeletesgt demang hokayyy!!!menci tau!
ReplyDelete....setuju sgt dgn pendapat akak, diorg tu bkn specilist worker pon..!klu swuh bersihkan rumah belom tentu bersinar2 tile umah tu..huuhuh..
ape2 pon sy pangkah diorg!!sekian!
haaa..sokong penuh entri ni kak.... kalo rm700 tu da cukup mewah bg diorg...lg 1 org kite pn mcm memilih utk cari keje kan..so ade org amik kesempatan la erk..
ReplyDeletekalo 700 byr utk kerja yg dia buat ala kadar mmg xptut..baik buat sdiri..duit tu leh simpan utk anak2 nti..
ReplyDeletesy pun suka hantar ank sy ke umah pengasuh dari taska..bukan ape, kalo taska pun bahaya jgk..anak sy ade ekzima so kene pantau 24 jam dari dia xgaru..alhamdulilah pengasuh dia sgt baik..;)