Senaman tidak harus menjemukan
Setiap daripada kita memerlukan sekurang-kurangnya senaman selama 30 minit sehari untuk mengekalkan berat badan. Bagi anda yang berhasrat untuk menurunkan berat badan pula, usaha bersenam harus dilipatgandakan kepada 45-60 minit sehari untuk memperolehi keputusan yang diidamkan.
AKTIVITI SOSIAL
Berjogging atau berkunjung ke gym adakalanya mendatangkan jemu jika kerap dilakukan. Apakah aktiviti alternatif lain yang lebih riang dan menyihatkan?
♥ Gemar menari? Sertai kelas terian formal. Sambil mempelajari tekni tarian dari jurutari profesional, anda juga dapat bersosial sambil mengeluarkan peluh. Selain itu, menari dirumah juga tiada salahnya. Sambil mengelap lantai atau membasuh kereta, pasangkan lagu kegemaran dan hayunkan langkah mengikut irama. Siapa tahu kalau suami dan anak-anak juga berminat ingin menyertai tarian anda?
♥ Gemar menari? Sertai kelas terian formal. Sambil mempelajari tekni tarian dari jurutari profesional, anda juga dapat bersosial sambil mengeluarkan peluh. Selain itu, menari dirumah juga tiada salahnya. Sambil mengelap lantai atau membasuh kereta, pasangkan lagu kegemaran dan hayunkan langkah mengikut irama. Siapa tahu kalau suami dan anak-anak juga berminat ingin menyertai tarian anda?
Akak dah usha-usha satu kelas menari di Giant Kinrara tapi akak tahu kekurangan akak yang memang tak berapa reti bab menarini. Dahler yuran kelas tu agak mahal kalau akak tak boleh menguasainya tak guna jugakan...
♥ Jika menari bukan minat anda, bagaimana pula dengan aktiviti berbasikal atau bermain rollerblade disekitar kawasan rumah? Ia boleh dilakukan bersama suami dan anak-anak, malah cara ini juga dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Mulakan dengan kayuhan yang perlahan dan tingkatkan kelajuan secara berperingkat.
Memang akak dah merancang nak beli basikal tapi tak terbeli-beli lagi, tapi tunggu budak dua orangtu besar sikit nak belikan basikal diaorang sekali boleh pergi berbasikal bersama...
♥ Aktiviti berenang pastinya menjadi kegemaran hampir sebilangan besar wanita. Anda boleh berkunjung ke kolam renang awam atau ke pusat-pusat akuatik yang berhampiran kediaman untuk melakukan aktiviti aerobik berimpak rendah ini. Ia berkesan untuk membakar kalori sambil membantu merehatkan fikiran. Berenang selama 30 minit mampu memejalkan lengan dan peha anda apabila dipraktik secara konsisten.
Kegemaran akak suatu masa dahulu tapi sekarangni dah lama tak buat. Masa bujang dulu akak memang bergiat sesangat sampai ambil lesen skuba.. rindunya zaman itu, pergi ke kolam renang naik basikal, terus berenang balik naik basikal....
♥ Anda juga boleh menyertai gimnasium yang menawarkan kelas-kelas kecergasan seperti kickboxing. Ia menyeronokkan dan kian menjadi trend yang digemari oleh wanita. Selain menguatkan otot dan mengeluarkan peluh, kickboxing juga dapat membantu anda mempelajari seni mempertahankan diri yang betul.
Ini belum terfikir lagi gamaknyer..
♥ Bukan golongan lelaki sahaja, ramai juga golongan wanita yang meminati acara futsal dan paintball. Malah mungkin juga anda menggemari sukan padang seperti bola jaring, golf mahupun bowling. Ajaklah teman-teman atau jiran tetangga yang rapat untuk membentuk sebuah pasukan dan seterusnya melakukan sukan ini secara suka-suka.
Ini adalah juga buat dengan kawan-kawan pejabat tapi tak bolehler selalu sebabnya husband akak tak berapa nak join...
Sambil menikmati faedah kecergasan dengan sepenuhnya, melakukan aktiviti senaman secara berkumpulan juga lebih menyeronokkan sambil membuat anda berasa lebih komited untuk mengeluarkan peluh. Namun sekiranya masih ada perkara-perkara lain yang menghalang anda dari bersenam, tip berikut wajar dipraktikkan bagi membantu meningkatkan tahap kecergasan:
♣ Gunakan tangga pada setiap masa.
♣ Letakkan kenderaan anda sejauh mungkin dari pintu destinasi.
♣ Apabila anda membeli belah, berjalanlah ke seluruh pusat membeli belah.
♣ Jika anda menaiki pengangkutan awam, berhenti satu stesen lebih awal dan berjalanlah menuju ketempat yang ditujui.
Inilah aktiviti yang paling akak rindui.. mendaki gunung.. Betoi-betoi rindu.. Sebelum mendaki memang pelbagai persiapan akan dilakukan untuk memastikan kita betul-betul cergas untuk mengikut xpdc tersebut. Sebabtu masa bergiat dengan xtvt ini badan terasa cergas, hati terasa riang, semangat sangat membara....
berbasikal tu kategori light eh kak...mcm penat je kayoh basikal hehe
ReplyDelete40-50 minit?alamak..sy baru 15 minit kayuh basikal dah penat hehehe
ReplyDeletesaya buat exercise kayuh basikal kat rumah dgn jalan kaki pergi ofis =)
ReplyDeletehee..terkena kat diri sendiri plak..sy ni mls nk bersenamm..hii
ReplyDeletekat ofis dee ada gym tp selalu malas nak pergi sbb sentiasa penuh..hehehe..pastu bising gemuk..camanalahkan..hahaha..
ReplyDeletealahai jenjalan cket kejar2 anakpun dah letih..mmg kumpul lemak jer.huhu
ReplyDeletewah...best ni kak..sy mmg tgah usaha ni..tp larat buat 15 minit je kak..terukkan
ReplyDelete