Nuffnang saya

Followers

Tuesday, March 6, 2012

Nak kurus... jangan tak makan nasi!!

Bukan akak yang kata tapi si Kevin Zahri!! Ikuti wawancara beliau dengan majalah URTV (1-15 Januari 2012)
"Diet untuk sihatkan badan dan kurangkan berat, tak semestinya dengan meninggalkan nasi. Anda boleh makan nasi. Tapi jumlahnya berpada. Tak banyak. Makanlah nasi itu tengah hari, petang atau malam.
"Tapi untuk membantu agar berat badan tidak melampau, kenalah bersenam. Jangan lokek masa untuk melakukan senaman hari. Dalam seminggu buatlah tiga atau empat kali senaman bagi mengeluarkan peluh badan.

"Senaman di gimnasium, berjalan kaki atau berjogging. Tapi waktu atau tempoh masa (tidak melepasi dua jam), untuk bersenaman, bimbang bersenaman berjam-jam lamanya, akan merosakkan tisu dalam badan kita pula. Bersenamlah mengikut kemampuan diri sendiri," ujar pakar diet dan kesihatan, Kevin Zahari.
Selain berdiet dengan kurangkan jumlah nasi dan senaman, ada orang pula suka mengambil makanan tambahan(suplimen) atau ubatan lain bagi tujuan mempercepatkan penurunan berat badan. Apa pendapat Kevin?
"Boleh mengambil produk makanan tambahan sebagai jalan alternatif. Tetapi sebaik-baiknya pengguna kena tahu, apa yang diambil itu tak menjejaskan kesihatan dalam jangka masa terdekat atau panjang. Kena kaji dulu, apakah kandungan dalam produk yang dibeli, yang didakwa mampu mengatasi masalah kegemukan.
"Bagi saya, cara lebih baik untuk sihat adalah dengan berdiet seperti yang saya katakan tadi, boleh makan apa saja, janji makanan yang membantu kesihatan badan, tak melampau jumlah dimakan dan ikutlah jadual makan yang betul serta mengamalkan senaman," tambah Kevin.

Akhir-akhir ini ada pula usaha memakai krim untuk mengempiskan perut?
"Krim itu salah satu lagi jalan alternatif. Tapi kena ingat, kandungan dalam krim juga kena diketahui. Ada yang terlalu banyak kafein. Kafein ini menyerap air dalam badan. Ianya bukan untuk membakar lemak yang ada.
"Pesan saya, jangan terlalu mengharap pada produk semata-mata bimbang ia tidak akan membawa apa-apa perubahan," katanya.
Kesimpulannya, diet untuk sihat adalah dengan pemakanan yang sihat dan seimbang di samping tidak lupa pada senaman yang berkualiti dan bukannya kuantiti. Diet yang baik akan berkekalan selamanya dan sihat sepanjang hayat.
Pengawalan kuantiti dalam kalori makanan seharian sangat penting dititikberatkan dan ianya berbeza pada setiap individu. Oleh itu, janganlah diabaikan pesanan Kevin Zahri. Kepada yang sedang berlapar dan 'menyeksa diri'.. berubahlah ke cara sihat yang betul.
Inilah makanan hospital, inilah kuantiti nasi yang disarankan. Macam kita dalam pantang kalau makan itu tak boleh bertambah... gitu...
Sebenarnya akak adalah antara orang yang sedang "menyeksa diri " sebabnya selagi tidak memulakan menu tanpa nasi terasa akak  terasa seperti tidak buat apa-apa. Maalumler kalau dah dapat makan nasi akak memang tidak berupaya utnuk mengawal nafsu. Itu yang pada permulaan ini akak cuba tidak makan nasi dan kini dah seminggu hidup akak tanpa nasi. rindu...


21 comments:

  1. kdng2 perut kita mcm terkejut kan kak kalau tak makan nasik..cuba kurangkan jela mcm yg kevin zahri kata tu..pastu amik lauk byk2..boleh punya..senaman takyah la teruk2..jalan kaki pun dah ok rasanya asalkan konsisten

    ReplyDelete
  2. baiklah...sy akan mkn nasi hari2

    ReplyDelete
  3. setuju...
    makan nasi byk kali..tp dlm kuantiti sikit2..

    ReplyDelete
  4. Setuju...makan nasi sikit je..lebihkan sayuran dan buah2an...ketepikan kek yg berlemak..hehehe..

    ReplyDelete
  5. oohhh kak..sy x bolela x makan nasi...tp kalau kite baca majalah rapi..hampir semua yg x makan nasi berjaya turunkan berat badan...

    ReplyDelete
  6. Kakcik sapu krim pada perut, akibatnya kulit perut kakcik jadi gatal. Membazir je rasanya beli krim tu walaupun cuma berharga RM6.00. :(

    ReplyDelete
  7. 1 hari tak makan nasi.. seperti tidak lengkap hidupku.. hehehehe..

    ReplyDelete
  8. nasik mmg kena mkn.. setuju dgn prndapat kevin.. karbohidrat penting utk memberi tenaga..

    sy hari2 jln kaki p keja, balik keja.. mkn byk tp berat naik sket je.. harap2 pasni boleh kerap senaman kan..

    ReplyDelete
  9. X bleh kalau x mkn nasi kn kak..
    Bleh ngetor dibuatnya..
    Sis, kalo ada petua nak tmbh berat bdn lak share nanti..
    Ina kurus sgt2 ler.. ;(

    ReplyDelete
  10. saya mengaku saya adalah kaki bangku....
    malas yg amat utk bersenam....
    sungguh tidak elok utk kesihatan kannnn...

    ReplyDelete
  11. kena moderate kan, boleh makan apa saja asalkan berpatutan, jgn terlebih atau terkurang

    saya dulu penah diet tak ambil nasi, tapi berat tak turun pun

    ReplyDelete
  12. Kak, naper sunguh2 nak kurangkan berat badan ni?

    ReplyDelete
  13. makan dalam kuantiti yg sikit dan senaman ringan..insyaallah!!..

    ReplyDelete
  14. Ummi kalau tak makan nasi boleh menggigil dibuatnya, tapi kalau siang dah makan nasi, malam takpe tak makan, makan ringan2 pun tahan pulak perut ni.

    ReplyDelete
  15. x boleh x mkn nasi sehari.....

    ReplyDelete
  16. sy pun proses utk kurus..hihi
    tp sy ambik nasik sekali sehari jek..
    dan xmkn lewat mlm..
    nk bersenam tu mcm pyh ckit..tp sy selalu cycling..;)

    ReplyDelete
  17. kalau tak makan nasi rasa nak pitam hehe

    ReplyDelete
  18. kalau nak kurus kena rajin bersenam dan kawal pemakanan kan? itu je cara yg selamat, insyAllah...

    ReplyDelete
  19. pun tengah diet x makan nasi pada hari bekerja & tak makan lewat malam

    alhamdulilah nampak perbezaan & senaman pulak xde masa dengan 2 anak kecik, so alternatifnya saya banyakkan berjalan kaki & naik tangga untuk ke ofis :-)

    ReplyDelete
  20. Wahh semangatnyaa nak menguruskan badan..caiyok laa.. moga berjaya..yer..

    ReplyDelete
  21. ye... rugi wo sape tahan2 perut. ilang nikmat mkn. prinsip su, mknla ape saje, yg penting control kuantiti tu. hidup bkn utk cantik saja, malah utk sihat :)

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang