Wak Doyok yang femes

Akakni takler kenal sangat dengan nama Wak Doyokni. Akak tahu namani sebab adik ipar dan sepupu-sepupu cerita pasal diani. Yang pertama melintas difikiran akak masatu adalah nama arwah bapak saudara akak yang dikenali oleh orang kampung sebagai Mat Doyok. Pakcik Mat Doyok akakpun insan seni yang sangat kreatif macam Wak Doyok. Tapi pakcik akakni adalah tukang buat rumah. Kenapa di panggil Doyok tak tauler!!!

Dulu sebahagian besar rumah kami membesar adalah dari hasil kerja tangan Pakcik Mat Doyok. Rumah kampung pahamjerlah bukannya ada konsep, janji selesa cukuplah. Pakcik Mat Doyok dalam mengkritik permintaan bapak akak yang macam-macam tapi dia ikut juga. Pandaijer akak tengok sebab semua guna akal fikiran.. Kagum akak sebab diaorang bukan belajar secara khusus cuma dari pengalaman dan pengamatan. Semua kerjapun dibuat dengan teliti supaya bajet tak lari.. Kagum akak... 


Berbanding sekarangni macam kawasan akakni banyak kerja buat atau ubahsuai rumah dimonopoli oleh orang seberang. Manalah perginya orang kita yang berbakat.  Dulu mungkin susah nak dapat sesuatu benda dan sebab itulah orangnya sangat kreatif. Macam bapak akak bukanlah pandai sangat bertukang tapi banyak juga benda dia buat sendiri macam rehal dan almari letak kasut. Adik beradik lelaki akak rasanya tak boleh buat semuatu sebab sekarangni semua bendapun kita nak beli... samalah macam akakpun.... 

Alamak dari cerita Wak Doyok dah jadi panjang menjela masuk cerita akak dulu-dulu. Anak zaman sekarang sangat beruntung jadi hargailah kesenangan yang kita perolehi. Jangan musnahkan kerana apa yang diperolehi kini adalah anugerah dari Illahi...
Inilah sebab akak teringatkan arwah bapa saudara yang bernama Mat Doyok.. 
Harini Wak Doyok masuk akhbar Kosmo lagi..

Comments

  1. Anak2 zaman dulu majoriti pandai bertukang..tak mcm skrg lbh pndai main game PC, Ipad...
    1st tim dgr nama Wak doyok ni...

    ReplyDelete
  2. saya pon tak kenal sape dia ni..
    saya ingatkan pelakon indonesia tahun 80 an dulu2 tu :)

    ReplyDelete
  3. Igt misai melentik terus igt Wak Doyok..haha..

    ReplyDelete
  4. sy dgr nama je x penah tgk muka lg

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts