Nuffnang saya

Followers

Thursday, February 6, 2014

Program NILAM dan galakan membaca

Gambar lama dan tak cantik tapi masih nak berkongsi dengan kawan-kawan. Masani akak pergi ambil diaorang balik sekolah dan ada pelancaran Program NILAM untuk budak sekolah petang (darjah satu hingga tiga). Ingat nak pergi dekat sikit untuk ambil gambar tapi maluler pulak tengok mak bapak yang lain tengok dari jauhjer.. Entri ini khas untuk akak sendiri meluaskan pengetahuan tentang program NILAM.

Lagi satu walaupun Atikah dah darjah dua akak masih kabur tentang program galakan membaca ini. Mungkin kat entrini nanti akak dapat komen yang dapat menjelaskan lagi ketidakpastian yang bermain difikiran akak. Atikah tak sama dengan adik dia yang suka bercerita kisah dia di sekolah dengan kita. Atikah memang tak kisah..Tahun lepas masa cikgu dia bising suruh isi buku Nilamtu sibukler dia sekejap lepastu senyapjer. Akak kata kalau pergi pustakaan dan baca buku catatkan dalam buku Nilam dia kata tak payah cikgu tak suruh. Ituler ruginya kalau kita tak jadi cikgukan, banyak benda yang kita tak tahu. Dapat pulak ibu cam akakni yang tak suka bertanya lagiler susahkan... 

Apakah itu Program NILAM?


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.Baca selanjutnya di sini... PROGRAM NILAM


Gambar dari facebook SKS1 Bandar Kinrara

Akak sebenarnya teringin sangat tengok anak-anak akakni suka membaca. Seronok tengok anak saudara akaktu setiap masa sentiasa ada buku dia pegang. Sambil tunggu orang pesanan makanan sampai sempat lagi tengok buku walaupun buku cerita. Macam comeljer akak tengok.
 Masani dah petang jadi tak panas... 
 Puteri jelita sedang membawa watikah pelancaran.. 
 Gambar : facebook SKS1 Bandar Kinrara
Pengawas pusat sumber sedang mempersembahkan lagu rasmi NILAM
Gambar : Facebook SKS1 Bandar Kinrara
Inilah puteri jelita bersama hulubalang..
Tapi ini gambar untuk sessi pagi rasanya sebab ada guru besar..
Sebelah petang takder guru besar... 

Sebenarnya minat membacani datang dari persekitaran jugakan.. Akak suka membaca tapi semakin berkurangan disebabkan kekangan masa. Kadang nak baca surat khabarpun rasa bersalah maalumler banyak kerja yang perlu dibuat.  Masa untuk berubah demi anak-anak yang semakin meningkat dewasa.. Akaklah contoh untuk mereka... 

16 comments:

  1. Bagus program ni kan Kak..mmg kena pupuk minat membaca dr kecil lg pd anak2.. sy pn suka membaca tapi skrg mmg dah kurang.. adui...nak kena cari masa balik..:)

    ReplyDelete
  2. Sha pun ske membaca tp masa tu slalu tak mengizinkan huhuhu

    ReplyDelete
  3. betul tu akak...kalau byk membaca ni minda kita akan sentiasa segar dan lambat nyanyuk...sbg contoh Tun Mahathir...tapi masih blum dpt mencontohi beliau..

    Bagi anak2 yg bersekolah ni bila byk membaca...semasa nk buat karang BM mmg byk membantu sbb ayat korang tersusun cantik spt penulis :-)

    ReplyDelete
  4. Bagus program ni. Cuma sek juga kena btl2 mainkan.peranan.

    ReplyDelete
  5. Saya suka membaca... dan dah jadi amalan sentiasa ada buku di mana2 saja. Tak kiralah walau dah pernah baca pun. Tapi si Adam tetap tak minat membaca. Puas bagi macam2 cara pun...sama gak.. Lama2..lantak lah... Dah dia tak minat...paksa pun nanti dia stress.

    ReplyDelete
  6. Salam ChoZila..masa anak sekolah rendah pon dulu..ada program ni.
    Anak pompuan atie suka membaca..Atie pon suka gak bc novel/buku2 ilmiah lain.Membaca nambah ilmu..

    ReplyDelete
  7. Salam kak...
    dulu2 masa skolah berebut2 cik dgn kengkawan bace buku..sebab program Nilam ne lah..nak dapat hadiah kan...

    ReplyDelete
  8. anak bongsu akak tiap hari dok isi buku NILAM ni...waktu rehat pi baca buku kat library..

    ReplyDelete
  9. Bagus aktiviti macam ni, mengalakkan anak2 suka membaca.. :D

    ReplyDelete
  10. Baguskan aktiviti gini..
    Tapi itulzh, nak tunjuk tauladan utk anak pun mcm tkde masa, kerja klu kt rumah tu, non stop... tkde la nak santai2 baca suratkhabar ke, buku ke..alahai... mcm2 alasan kan..heee...

    ReplyDelete
  11. tringt time skolah tu.. bc buku..tp dah bsar ni bc apa yg kat komputer n hp..hihi

    mcm skg dok buat =p

    ReplyDelete
  12. memang bagus ader program macamni sekurangnya dapat lah menarik minat anak2 kita membaca...

    ReplyDelete
  13. Teringat masa di sekolah rendah dulu.. selalu ada program membaca .. bulan membaca :D

    ReplyDelete
  14. Samalah kita! Saya lagi teruk kerana anak di sekolah Cina. Tahun lepas 3 buku aje yang direkodkan. Seingat saya sekitar Sept tahun lalu baru saya nampak bayang buku cerita yang cikgunya beri. Bila ditanya katanya hanya buku cerita bahasa Mandarin aje. Lain-lain tak boleh. Tapi ada juga kawan sekelas (budak perempuan) yang baca sehingga 99 buku dalam tahun tu. Saya pun gabra bila tengok dalam buku report anak jumlah buku yang dibaca. Kalau ikutkan melambak2 buku cerita di rumah. Saya pun suka membaca tapi anak lelaki saya kata membaca buku cerita bukan hobi budak lelaki! Pening maknya nih!

    ReplyDelete
  15. Mmg setiap sklh ada prgm nilam ni. Ank sy pun dok giat nak penuhkan buku nilam dia.

    ReplyDelete
  16. sy amat2 sokong program ni... betul ckp akk...ibu bapa yg harus terapkan sifat suka membaca...barulah ank2 akn ikut..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang