Makan dan kedai makan

Akak memang dah lama tak tayang gambar makanan..
Tapi gambar ini semua ada dalam draft akak sekian lamanya..
Gambar dalam folderpun banyak sangat jadi kena keluar juga gambar ini...
Jadi terimalah seadanya gambar makanan juga kedai makan yang mungkin boleh jadi rujukan...

MAKANAN HARIJADI
Gambar makanan masa harijadi Tisya di rumah nenek....
Laksa siam yang sedap sesangat...
Haritu banyak makanan yang terhidang...
Namun laksa siam paling akak suka...

DE'CHIENGMAI THAI SEAFOOD RESTAURANT
Kedai yang terletak di Sungai Bulohni kegemaran kami sekeluarga suatu masa dahulu..
Kali terakhir pergi tahun lepas macam ada sesuatu yang kurang di situ...
Tomyam dia sudah tidak sesedap yang kita rasa dulu..
Cuma kerabu kaki ayam dia tetap tiada tandingannya...
Kedaini memang cantik...
Tapi haritu memang tak ada mood nak bergambar...

RESTORAN SURIA, JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Teringat makan nasi arab di Restoran Suria, Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman...
Kalau datang Chow Kit dan teringin nasi arab silalah datang sini...
Senang kata nasi arab di sini amatlah murah dan rasa boleh tahan sedap...
Akak pilih lauk kambing...daging kambing dia lembut amat....
Akak bukan pengemar nasi arabpun rasanya suka sangat makan di sini..
Rasanya lama lagilah akak boleh makan di Restoran Suriani...
Dulu kelas akak di Chow Kit, jadi setiap minggupun boleh makan...
Sekarangni nak pergi Chow Kittu memanglah bercinta...
Cuma untuk kawan-kawan peminat nasi arab kena datang sini..
Kedainya biasajer tapi macam-macam dia jual bukan sahaja nasi arab..
Nak tahu kat mana kedai ni???
Bersebelahan dengan Bangunan Mydin, Jalan Tunku Abdul Rahman...
Kalau dari hospitaltu nampak Shell sebelah kiri maka Restoran Suria sebelah kanan....
Selamat mencuba... yang penting harga memang sangat berpatutan....

RESTORAN RASA MINANG
Kelas kedaini tau walaupun tempat tak "semenggah" mana...
Tapi makan berlatar belakangkan KLCC..
Sayang dalam gambarni tak nampak...
Minta maaf akak tak tahu nama kedaini...
Kebetulan ikut adik ipar akak makan tengahari di sini...
Terletak di Datuk Keramat kot!!! 
Sabojerler wahai kawan-kawan... 
Sambal hijau dia yang sedap tapi tak ingat nama menu yang lain... 
Ala masa adik ipar order tak ambil perhatian...
Kot idak senang nak cerita kat blog...

GORENG PISANG BERKEJU  
Gambar lama masa fenomena goreng pisang cheese...
Sayangnya di Puchongni belum ada yang buat lagi..
Masa pergi rumah nenek mertua di Gombak berlambak orang jual...
Jadi kami merasa dua tiga gerai yang menjual..
Ini gerai yang paling ramai orang berbaris untuk membeli...
Bayangkan masani hujan orang sanggup berbaris termasuklah akakni ha...
Tapi serius cakap akak suka lagi pisang goreng cara orang Johor ngan sambal kicap...
Takler rasa muak sangatkan...

GERAI CIK INA BK4
 
Nak juga gambar makan mi bandung di kawasan perumahan kami...
Selalu tapau tapi Atikah dan Azalia kata nak makan di sana baru best...

RSMY ~ House of real beriani ~
Cheese Nan Best in Town katanya...
Memang sedap dan berbaloi sangat...
Yang penting masa kami datangtu malam dan ramai sangat orang..
Tapi servis dia memang tip top...
Pekerja dia cepat nampak orang masuk kedai....
Cepat ambil order dan cepat sampai makanan kalau dikira dari ramai orangnya...
Maalumler kita pernah pergi yang orang tak ramai sangat tapi dahlah nak ambik orderpun lama..
Makanan sampai lagiler lama rasa cam nak batalkan order ...
Tapi kat sini pada akak memadai, bagus... 
Nak tau kedainya kat mana???
Alamatnya :-
No 11 & No 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur - 


Comments

  1. Baru lepas mkn..tapi bila tgok menu2 tu urmmmm lapa blk ;p

    ReplyDelete
  2. Time hujan pulak tu..
    memang bersusun la orang nak beli pisang goreng Cheese tu..
    benda tu memang sedap makan time hujan..heheh

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama teringin nak gi RSMY tu tapi masih belum berkesempatan. Cheese naan dia mmg Nampak sangat yummy...

    ReplyDelete
  4. sume nyer best..... menu yg bikin air liur melelh2...
    betul lah kak, pisang cheese tuh mmg sedap tp dana prefer lg ngn sambal kicap, adik2 pun ckp gitu

    nan cheese tuh tak pnh try lg, n pasni nk sgt try... terliurrrrr

    ReplyDelete
  5. nasib baik br lps bfast ... klu lapo jdnye

    ReplyDelete
  6. Wow byknya info JJCM..bole la try nnt bila kami tiada idea nk mkn kt ne..tq :)

    ReplyDelete
  7. Saya dah lama betul tak ke De Chiangmai tu..saya suka ayam pandan nya :)

    RSMY tu mmg banyak kali saya baca review pasal cheese nan dia yg best..takde kesempatan lagi nak ke kedai nya :)

    ReplyDelete
  8. Mostly saya tak tahulah, Cho. Bagus juga ni info baru, nanti boleh JJCM. Cheese nan kat RSMY tu semua dok puji, berbara hati saya ni sebab belum pernah pergi lagi. Kalau orang ramai sangat itulah masalahnya sebab HD tak suka tempat crowded! Restoran Minang yang dekat Dato' Keramat tu aje macam tau sebab rajin juga ikut budak pejabat pi makan kat area ni.

    Goreng pisang cheese tu masa viral saya takdalah kecoh nak try, dah tak viral lagi barulah terkinja-kinja cari gerai. Tapi setuju dengan Cho, goreng pisang biasa cicah sambal kicap lagi marbeles.

    ReplyDelete
  9. sedapnya makan2 ni kak...terliur...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts