Tempat menarik untuk di lawati Hatyai/Songkhla
Entri ini hanya mengkompilasikan tempat menarik di Hatyai/Songkhla.. Boleh jadi rujukan kepada yang ingin melawat Hatyai dalam masa terdekat... Jom kita terus terjah mana tempat yang boleh kita lawati kalau ke sana...
Mula-mula akak review tempat yang akak lawati semasa pergi ke sana dan kemudian tempat menarik dari pembacaan blog kawan-kawan. Mungkin ada rezeki boleh ke sana lagi.
1) Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai..
Tempat yang mesti pergi kalau ke Hatyai ialah Pasar Terapung Khlong Hae ..
Anak-anak akak suka sebab makanan yang ada di sini memang buatkan kita rambang mata.
Tidak perlu untuk ke Bangkok untuk merasai membeli dari penjual di atas perahu..
Namun yang di sini tidak bergerak macam yang ada di Bangkok....
Boleh layan entri akak pasal pasar terapung ini :- Cho Zila di Pasar Terapung Klonghae
2) Chang Puak Champ untuk naik gajah
Istimewa untuk yang teringin menjadi seperti puteri raja zaman dahulu kala menunggang gajah.
Boleh pergi ke Chang Puak Champ yang terletak tidak jauh dari bandar Hatyai.
Anak-anak akak tersenyum gembira kerana ini pengalaman pertama mereka.
Ada juga mereka meminta untuk naik lagi, namun tidaklah dapat ditunaikan kerana bayarannya agak mahal...
Boleh layan cerita kami di sini :- Cho Zila di Chang Puak Camp
Boleh singgah melawat masjid terbesar di wilayah Songkhla..
Kalau ada masa alangkah baiknya kalau dapat merasai bersembahyang di sini...
Kata pemandu yang membawa kami, masjid ini terkenal di kalangan orang Malaysia yang ingin bernikah satu lagi.
Boleh baca cerita kami di sana :- Cho Zila di Masjid Jamek Songkhla
4) Wat Phranom Laen Kho
Kalau teringin melihat orang tidur tanpa hirau panas dan hujan datanglah sini...
Kalau hendak memandikan si tidur inipun boleh tahan susah juganya...
Boleh baca kalau berminat :- Cho Zila meninjau sini
Hanya gambar dari Pulai Ko Yo di :- Cho Zila hanya melawat
5) Tang Kuan Hill Lift Station
Pemandangan bandar Songkhla dari Bukit Tang Kuan...
Dari sini boleh nampak Tasik Songkhla dan laut apa tah ...
Memang seluas mata memandang jika dari atas sini...
Boleh juga manggakan cinta anda di sini...
Jom baca kisah di Tang Kuan Hill :- Cho Zila tidak sempat manggakan cinta
6) The Great Serpent 'Nag'
Ini di sekitar Pantai Samila...
Yang ini kepalanya, rupanya badan dan ekornya ada di tempat berlainan..
Jadi kenalah cari kalau berminat...
Jom baca kisah kami :-Cho Zila menjinakkan naga
7) Patung duyung emas
Masih di sekitar Pantai Samila hendak jumpa dengan duyung glamer ini.
Tidak sah percutian ke sini kalau tidak bergambar dengan dia...
Kisah kami boleh di baca di sini :- Cho Zila dengan duyung seksi
Masih di Pantai Samila..
Cerita di blog akakpu gabungkan semua cerita Pantai Samila...
Nak tau kisah dongeng kenalah baca cerita akak...
Jom baca kalau sudi :- Cho Zila leraikan kucing dan tikus bergaduh
TEMPAT MENARIK YANG TIDAK SEMPAT PERGI
Banyak lagi tempat menarik yang akak tidak sempat pergi.
Maalumlah banyak ramai kawan blog kita sudah sampai ke sini, jadi banyaklah tempat yang pernah dilawati.
Jadi akak senaraikan antara tempat menarik untuk rujukan.
Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi kalau ke sana lagi :-
1) HATYAI MUNICIPAL PARK
Terletak 6km dari pusat bandar Hatyai, sebenarnya tempat keagamaan yang banyak terdapat tokong.
Cumanya di sini kita boleh melihat menikmati keindahan bandar Hatyai dari atas.
Jom baca pengalaman kawan blog kita di sini :- Juliajohari di Hatyai Municipal Park
a) Hatyai Cable Car ~
Untuk naik ke Hatyai Municipal Park boleh sahaja berjalan kaki, berkereta mahupun naik tuk-tuk.
Namun untuk kelain boleh sahaja merasai naik Kereta kabel.
Kalau mengikut tulisan di blog JM, akak tidak teruja sangat...
Seperti biasa disebabkan hendak tinggalkan jejak teringin juga akak bergambar buat kenangan.
Bacalah pengalaman adik manisni :- Jarimanis di Hatyai Cable Car
b) Planetarium ~
Planetarium ini juga terletak di kawasan Hatyai municipal Park.
Tempat ini jarang akak tengok kat blog kengkawan, mungkin kurang menarik...
Tapi kalau sudah sampai ke Hatyai Municipal Park ini bolehlah datang ke sini..
Jom baca blog ini ada cerita planetarium Hatyai :- tlchua dan planetarium
ICE DOME ~
Ini antara tempat yang akak teringin nak pergi..
Ice Dome terletak di Hatyai Park, 7 km dari pusat bandar Hatyai
Semasa pergi hari itu boleh terlupa pula semasa booking lawatan.
Di sini bolehlah kita main ais, rasa 'ketaq' pakai baju tebal, ini macam di I-City tu akak rasa...
Boleh baca pengalaman adik JM akak di sana :- Jarimanis di Hatyai Ice Dome
CENTRAL FESTIVAL MALL
Tempat membeli belah terbesar di Hatyai..
Di sini terdapat juga medan selera yang menyajikan makanan halal.
Sudah namanya pusat membeli belah tentulah banyak kedai dan juga kemudahan yang lain..
Antaranya ialah pawagam, ice skating dan juga muzium Magic Eye 3D.
a) Muzium Magic Eye 3D ~
Baharu tahu semasa hendak membuat kajian untuk entri ini ..
Kelihatan agak menarik untuk kaki bergambar..
Jom baca :- Hatyai magic eye 3d meseum
Rupanya ada banyak juga tempat menarik di sekitar Songkhla..
Jom baca blog kawan kitani :- Tempat menarik sekitar Songkhla
a) Zoo Songkhla ~
Pengalaman haslizalizz di Zoo Songkhla memang buat akak rasa seronok pulak...
Jom baca mana tau ada yang suka :- haslizalizz di Zoo Songkhla
b) Muzium Songkhla ~
Mencari juga apa yang menarik di Muzium Songkhlani ..
Maalumler haritu sampai tapi tutup ..
Ada satu entri kalau berminat :- adahsyafiah @ National Museum Songkhla
c) Akuarium Songkhla ~
Yang ini juga akak teringin sangat nak pergi..
Rupanya hari isnin akuarium ditutup..
Melepaslah akak nak pergi ke sana...
Memang best jom baca di sini:- azaleania@ Songkhla Aquarium
Semenjak ada anak ini kenalah cari tempat menarik untuk dilawati...
Dulu-dulu akak datang Hatyai hanya datang untuk makan dan bershopping...
Sekarangni kalau 3 hari hanya makan dan bershopping manalah larat budak-budaktu..
Jadi kenalah cari mana yang boleh isikan masa terluangkan...
Terima kasih kak atas info...aritu sempat p 3D art museum je...nak p pasar terapung hujan sepanjang hari..lepas ni kami nak p pasar terapung, zoo dan ice dome plak ehehehe
ReplyDeleteklu nk gi sna bleh terjah entry ni balik utk panduan kan..
ReplyDeleteseronoknya
ReplyDeletekami pi ari tu tak semua tmpt pi pun ....
ReplyDeletetp boleh jd rujukan nanti klu nk pi dgn keta sendrik
bestnya jalan2 sana kakak
ReplyDeletewahhh kene repeat baca lagi entry ni nih..
ReplyDeleteterbaik la entry ni kak...complete!! kalau nak pi sana, mmg rujuk blog akak je la..
ReplyDeletetq kak!!
pasni lajak sampai Krabi lak Kak Cho..heeee~ melawat pulau2 cantik, Puket-Krabi....
ReplyDeleteComplete Cho bagi info. Kalau nak pergi boleh aje buat itinerary ikut blog ni. Saya pun sama, dulu-dulu pi Hatyai ingat nak shopping jer. Kalau sekarang kata nak shopping, memang takdalah HD nak bawa :)
ReplyDeleteBest ceta....prkongsian sangat mnarik...
ReplyDeleteBest ceta....prkongsian sangat mnarik...
ReplyDeletebanyak yang tutup hari isnin yer? tq info..baru plan nak pergi hari isnin.
ReplyDeletebest jugak songla ne...x nak g lagi, tgok gambar org pergi rasa nak pegi pukak
ReplyDelete