Masjid dan Kuil

Seperti biasa entri akan banyak walaupun hanya pergi ke Hatyai...
Jadi pening kepala nak cerita apa pulak entrini...
Selepas urusan di Kem Gajah  pemandu teksi membawa kami ke masjid terbesar di daerah Songkhla.
Masjid Jamek Songkhla juga menempatkan Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla.
Terletak ditengah-tengah sawah padi dan menjadi mercu tanda Islam di bumi Hatyai/Songkhla...
Hasil google akak juga mengatakan yang masjid ini terkenal di kalangan rakyat Malaysia..
Rupanya di sini mudah untuk bernikah senyap-senyap...
Nasib masa akak pergi haritu tidak terjumpa pulak dengan orang Malaysia...

Oleh kerana kami nak cepat memang ambil gambar dari luar sahaja...
Kalau nak tengok apa yang ada di dalam pergi ke blog ini :- Central Mosque of Songkhla
Agak detail ceritanya sebab dia sempat juga bersembahyang di sini... 
Edisi kami di Hatyaini mungkin banyak gambar akak yang terselit...
Anak-anak kalau kita tak bergambar sekali lambat gerakannya..
Suami akak pulak semuanyapun kena pantas ....
Alasankan padahal ibunya teringin gak nak berposing...
Yeah... kami dah sampaipun kat sini...
Menurut satu blog yang akak baca masjidni boleh di lihat dari hotel yang tinggi Pekan Hatyai..
Memangpun masjidni besar dan terletak di tempat tinggi...

Alamat dan koordinat GPS kalau memandu kereta sendiri :-
(bukan nak pi menikah kat sana yerk)
Masjid Jamek Hat Yai
Niphat Songkhro 1 Rd,
Haadyai, Songkhla 90110, THAILAND
GPS Coordinates: N7.01537 E100.46967

Selepas kami melawat tempat ibadah orang Islam kami ke tempat ibadah penganut buddha...
Pemandu teksi bertanya terlebih dahulu sebelum membawa kami ke Kuil Buddha terbaring...
Oleh kerana dah sampai dan anak-anak juga jarang melihat kami bersetuju...
Patung Buddha berbaring ini terletak di Pulau Ko Yo yang teletak ditengah tasik Songkhla...
Semasa melalui jambatan itu sudah terlihat patung buddha berbaring itu dari jauh...
Patung buddha yang berwarna emas ini berada di Wat Pho Phranon Laem
Memang berkilauan sungguh...
Besar sangat patung buddha berbaringni...
Tapi tak tahuler patung terbesar ataupun tidak di Thailand...
Kiri dan kanan adajer patung-patung kecil  tapi tak teringinipun nak bergambar..
Dua orang budak merasmikan beg baru beli di Hatyai...
Bergambar di tepi tasik ...
Yang berbentuk siput dibelakangtu adalah akuarium Songkhla..
Kami tidak dapat melawat kerana hari isnin akuarium di tutup...
Sebelum sampai ke Pantai Samila juga singgah muzium juga ditutup...
Kiranya banyak juga tempat yang ditutup pada hari isnin di Songkhla...

Alamat :-
Wat Phranon Laem Pho
Mueang Songkhla District, Songkhla, Thailand

Dua tempatni kalau tidak pernah sampai bolehler tinggalkan jejak...
Tapi kalau tidak cukup masa boleh skipjer...
Selepas ini kami singgah pula ke Bukit Tang Kuan...
Apa istimewanya tempat ini kenalah tunggu...

Comments

  1. Bila lagi nak posing kalau bukan masa itu sebab bukan selalu dpt ke sana kan.

    ReplyDelete
  2. Besar betul patung tu...

    Macam patung kat Batu Caves tu besarnya agaknya kan?

    ReplyDelete
  3. memang besar betul sungguh patung tu zila

    ReplyDelete
  4. Besarnya patung Buddha ni. Tak penat ke asyik terbaring jerk... Heheheh...

    Nampak enjoy Cho dan anak-anak berposing di sini. Sayanglahkan masa pergi sana ada tempat yang nak dilawati tapi tutup pulak. Itu tandanya kena pergi sekali lagi tu, Cho :)

    Okey dah bersiap untuk next entry pulak. Sebelum tu saya scroll down entri lama yang belum baca yek :)

    ReplyDelete
  5. aquarium ngan ice doem tgh renovate ke ape tah dr thn lps katenye ttp ... xsure la ....

    ReplyDelete
  6. Mmg besar gile patung buddha tu. Emas tu hanya cat emas atau mmg ada coated dgn gold tulen ye?

    ReplyDelete
  7. Assalam zila,
    salam perkenalan yer
    iols pun ada plan nak gi hatyai he3
    sonok baca antry akak :)
    pa pun jemputla singgah & join blog iols jugak yer :)

    ReplyDelete
  8. Saya tertarik dengan masjid tu. Apa lagi aktiviti masjid tu untuk muslims yer kak....

    ReplyDelete
  9. besaqnyaaa patung buddha tu..

    ReplyDelete
  10. memang besar betul patung baring ni kak cho

    ReplyDelete
  11. Memang besar betul patung tu ya..Jenuh jugak nak kilatkan tu.
    saya menunggu cerita seterusnya :-)

    ReplyDelete
  12. salams zila,

    bestttnya.....masa zila pergi musim panas ke hujan?

    ReplyDelete
  13. Aina suka kalau dapat berjalan singgah masjid macam ni boleh rasa suasana bersolat di tempat orang.

    ReplyDelete
  14. Kalau xsilap akak pasangan wat budha tu berada di tumpat kelantan.
    Wah kemain seronok semua.

    ReplyDelete
  15. Patung besar tu dekat Tumpat pun ada rasanya....dah alang alang makan angin, semua tempat kena jejakkan CZ.....
    Ohhh....itulah masjid Songkhlanya....

    ReplyDelete
  16. teruja tgk patung budha baring tu.. penah gi Pengkalan Kubur Kelantan rasa ada patung besar juga kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts