Jom Selfie Forum Perdana TV1
Forum Perdana TV1 semalam bertajuk "Jom Selfie"...
Ada kaitan tentang azam tahun baru...
Dua jam forum terasa cepat masa berlalu dek kerana seronok mendengar...
Ahli panel semalam ialah Ustaz Kazim Elias Al Hafiz, Ustaz Badlishah Alauddin dan Ustaz Elyas Ismail...
Ringkasan dari forum tersebut tidaklah dapat akak huraikan panjang lebar...
Maalumler masa tengoktu lupa untuk mencatit...
Ada kaitan tentang azam tahun baru...
Janganlah nak tunggu hujung Disember baru nak berazam...
Azam nak buat baik mula dari sekarang (NOW!!)
Kalau amalan akhirat kena tengok orang yang lebih baik dari kita
Kalau cerita dunia kena tengok orang yang kurang dari kita...
Bersyukur apa yang kita ada jangan pandang orang yang ada lebih...
Kalau kita hanya bawak Kanc jangan nak tengok orang pakai Merc...
Sekurang-kurangnya kita ada Kanc, tapi ramai yang tidak punya keretapun...
Kalau kita bersyukur semuanyapun rasa cukup...
Namun amalan untuk ke akhirat kena pandang orang yang lebih hebat dari kita...
Tengok orang yang lebih muda dari kita sudahpun menunaikan haji...
Maka kita mesti berazam mampu juga ke sana...
Ehm.. akaklertu bilakah gamaknya akan dapat ke sana...
Yang akak ingat lagi jangan berprasangka tidak baik dengan niat orang...
Umpamanya orangtu menunaikan umrah ...
Janganlah kita pulak yang cakap yang niat orangtu gitu gini...
Urusan niat adalah urusan Allah s.w.t.
Jangan mempertikaikan niat orang...
Kita punya niat yang kena diperhalusi supaya tidak menyimpang...
Niat hanya kerana Allah...
Jangan bekerja kerana manusia...
Mulakan niat yang baik dari rumah..
Sebenarnya banyak lagi satu forum yang berkesan...
Umpama satu sessi motivasi juga..
Anak-anak yang suka berselfie...
Namun Jom Selfie dalam forumtu sebenarnya ibarat melihat cerminan diri kita...
Bukanlah gambar atau imej kita yang penting tapi selfie hati kita...
Kalau tengok gaya Ustaz Kazim meniru gaya orang perempuan pakai tudung memang kita gelak...
Cantik tak ... cantik tak... kalau muka cantik hati tak cantik memang hancur...
Jadi sama-samalah kita berselfie untuk melihat hati kita...
Yang mana sifat buruk haruslah kita hapuskan...
perkongsian yg baik ...
ReplyDeleteinshaaAllah akan cerminkan diri dan buat jauh prsangka terhadap niat org tu
sllu gak berselfie tapi tuk tatapan diri sendiri je ekeke
ReplyDeleteurusan kita kat dunia ni pun sekejap je
baik kita tumpukan pd diri kita dan keluarga kita
xpayahlah nak compare2 hidup kita ngan org lain
rezeki masing2 kan..yg penting kita sllu muhasabah diri kita
el ni pun kdg2 kelaut gak
Kakak tonton juga program tu. Uztaz Kazim banyak buat gaya perempuan memang kelakar. Uztaz Badlishah pun senyum tengok gelagat kawan sebelah dia.
ReplyDeleteKena berhati-hatilah bila berselfie tu tujuan utk apa kan Zila..
tak sempat tgk smlm..duk cari blog yg ade ulasan pasal tajuk forum nie..
ReplyDeleteKebetulan pagi tadi saya dengar motivasi pagi dekat IKIM pun bercakap perkara yang lebih kurang sama. Kalau nak bersyukur kena pandang yang kurang daripada kita. Kalau dok pandang atas memang sampai bila pun kita takkan bersyukur sbb akan rasa kurang jer. Tapi kalau dari segi menuntut ilmu pulak kena pandang oang yang lebih. Kalau pandang orang yang bawah kang alamatnya kita tak berusaha menambah ilmu lah nampaknya.
ReplyDeletetq kak sharing pasal isi forum mlm td..
ReplyDeleteNasib baik saya tak suka selfie, Cho :)
ReplyDeleteBetullah tu, kan. Kalau asyik tengok kelebihan orang lain memang sentiasa rasa diri kekurangan tapi dalam hal agama sebenarnya jarang orang dok buat perbandingan. Senang cerita, biar kita sibuk pasal diri sendirilah daripada menyibuk jaga tepi kain orang. Diri sendiri pun banyak kurang tapi nak dok condemn orang lain sesangat nak buat apa. Menegur dan menghentam tu dua perkara berbezakan, Cho!
Tonton jgk smlm,tapi takleh nak dgr sgt sbb byk sgt selingan di rumah nie....
ReplyDeletePerkongsian yg baik.....