Pasar Terapung Klonghae, Hatyai
Setelah sekian lama hanya membaca di blog kawan-kawan akhirnya sampai juga akak ke sini...
Pasar terapung Klonghae yang khabarnya antara tempat yang mesi dilawati sekiranya ke Hatyai..
Kali terakhir akak ke Hatyai tempatni masih belum dibuka lagi...
Kami menaiki teksi untuk sampai ke sana..
Harga termasuk dalam pakej lawatan untuk ke Songkhla...
Pergi tak lama manapun hanya meninjau keistimewaan Pasar terapung Klonghae ini...
Perjalanan ke sana mengambil masa 20 - 30 minit dari pekan Hatyai..
Kami diambil oleh teksi lebih kurang pukul 6.00 petang waktu Malaysia...
Jadi sampai di sana suasana dah agak gelap sedikit..
Sepatutnya datang lebih awal sikit barulah boleh berposingkan...
Pemandangan sebelum sampai ke kawasan Pasar Terapung yang sebenar...
Kiri kanan ramai orang menjual barangan tapi tak pula akak bertanyakan harganya......
Antara barangan yang dijual adalah pakaian, aksesori, makanan juga ada, mainan dan lain-lain...
Tidak membelipun kerana hati sudah tidak sabar nak melihat pasar terapung...
Wajiblah bergambar di atas jambatan ini...
Dari kejauhan dah nampak banyak perahu di tepi sungai...
Perahu di sini menjadi gerai untuk penjual meletakkan hasil jualan..
Ditebing sana juga kelihatan gerai yang menjual pelbagai barangan....
Akak sudah tidak sabar untuk turun ke sana...
Tetapi wajib ambil gambar untuk kenanan....
Masa di sini riuh rendah orang menyanyi kedengaran...
Inilah rupanya gerai yang ada ditebing sungai...
Banyak barangan yang dijual di sini...
Namun di sini akak cuma membeli t-shirt sahaja...
Ingin juga meninjau barangan lain tapi suami akak bergerak pantas sangat...
Anak-anak akak suka seaneka sosej, meatball yang dijual ...
Entah berapa kali membeli dari penjual berlainan..
Dari segi rasa memang sedap ditambah makan di tempat seunik inikan...
Nampak tangan jutawan bath tengah mengira wang....
Nasib pergi ke Thailand yang senang di kira tidak perlukan kalkulator...
Proses jual beli di sini menggunakan kayu panjang yang ada bakul......
Pembeli menghulurkan bakul berisi makanan dan pembeli akan meletakkan duit di dalam bakul...
Rasa macam main pondok masa kecil dulu rasanya...
Makanan yang dijual memang pelbagai rupa dan semuanya nampak sedikit pelik pada kita...
Penjualnya ramai yang wanita dan hanya sedikit kaum lelaki..
Ditangan dik Ya adalah air dari bekas seramik yang boleh di bawa balik...
Tahan sampai ke harini bekas air kesayangan dik Ya..
Harga minuman dan bekas seramiktu tidak silap hanya 25bath (RM2.50)...
Murah dan pelbagai bentuk dan karekter boleh dipilih...
Hiburan juga disediakan tapi dalam bahasa ibunda dialahkan...
Entah apalah dikatakan sepatah haram akak tak faham...
Lantakler kome yerk!!!
Tidak banyak barangan yang kami beli hanya makanan...Sebenarnya ada meja dan kerusi disediakan untuk makan di situ..
Tapi masa kami pergitu kebanyakan tempat dah penuh di isi...
Teringin juga akak mencuba mi sup yang nampak lazat di situ...
Mungkin tiada rezeki kali ini ....
Maaf tidak tahu apa makna tulisan dibelakang itu..
Ada perahu sebagai simbol inilah pasar terapung Klonghae...
Sesuka hatijerkan buat tafsiran....
Bergambar di atas jambatan sebelum balik...
Rugi kiranya ke Hatyai tidak singgah ke pasar terapung ini...
Pasar terapung Klonghae ini dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja...
Masa perniagaan mereka pula dari pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam...
Pasar terapung ini menjadi daya tarikan pelancong tempatan mahupun asing...
Ini adalah kerana persekitaran yang unik dan masih mengekalkan ciri-ciri tradisional...
Makanan yang dijual di sini bukan sahaja unik tetapi bekas makanannya juga istimewa.....
Memang istimewa tempat ini dan kalau dicuba ditepi tebing Sungai Kinta Ipohpun elok juga...
Mungkin bilangan pelancong yang datang ke Ipoh akan bertambah ramai...
Sekian dahulu cerita kami di Pasar Terapung ....
Esok harinya kami akan berjalan ke Songkhla pula...
bestnya jalan2
ReplyDeletebleh la datang ke sini nampak menarik
ReplyDeletebilernya dapat pegi ni..teringin memang teringin kak..
ReplyDeletewah.. nampak seronok je pengalaman jalan-jalan kat Hatyai ni kak..
ReplyDeleteoh Kak Cho stay kat Hatyai ke? mmg sronok la suasana malam di hatyai, kehidupan di sana pada waktu malam ternyata meriah... hidup dan amn.. Alhamdulillah...
ReplyDeleteIbarat macam tempat kita ni pasar malam mereka Zila
ReplyDeleteCuma uniknya mereka buat atas air jadi lebih menarik dan luas
Kalau nak jelajah semua memang tak sempat kan..
el pergi pasar terapung ritu dr hatyai naik tut-tut..syok abis ntah jln short mn dia redah haha
ReplyDeletemmg byk giler org jual kat pasar tu smpai x tau nak beli mn satu
tp anak2 sukalah yg beli bekas air ada mcm2 karektor superhero..ada beli ultraman haha
ramai kawan2 saya dah sampai sini jugak...bila la ada rezeki nak ke sini pulak
ReplyDeletetak jemu kalau masuk ke thailand....best :)
ReplyDeletemacam best jer ke hatnyai tu..
ReplyDeletewahhh seronok nyer baca...terasa rasa unik nyer..
ReplyDeletebestnye bekas air dikya yg ceramik tuh...unik sesgt..
ReplyDeleteMesti best kan kak...sebab banyak makanan yang halal. Senang sikit nak makan.
ReplyDeleteYang bayar duit dlm bakul tu teringat gak cerita Sitkom Santan Berlada dulu-dulu. (itu je la hiburan yg ada waktu itu, ingat lagi tak kak?).
ReplyDeleteBekas air dikya tu menarik betul la kak. Dan pasar terapung tu saya hanya biasa tgk dalam TV je. Dulu masa pergi sana, tak sempat pun pergi pasar terapung ni.
bestnya...jauh perjalanan banyak pengalaman...betul tu Zila, klu diaorg buat mcm tu kat tepi Sg. Kinta tu pasti ramai pelancong akan dtg ke Ipoh nie.. Ipoh ni kurang destinasi pelancongannya, harapkan LWOT ajer...
ReplyDeleteseronoknya jln2 hadyai...lama dah xkesana....akak pn suka kumpul bekas minuman dr seramik tu...pelbagai rupa....mmg unik
ReplyDeletebestnya sis...
ReplyDeletei dapat pegi tempat ni...
sbb masa i gi hari hujan....
sedihhhh sebab memang teringin nak pegi ...
next trip lah kot lalalalallala...
Wahhh...Aina ni walaupun orang Perlis tak pernah sampai Songkla dan Hatyai tu...
ReplyDeletePernah baca pasal Pasar Terapung Klonghae ni dalam satu blog tapi masa tu siang harilah. Nampak memang unik. Kalau ke Hatyai tak singgah sini memanglah rugikan, Cho. Saya pun tertarik dengan bekas air yang DikYa beli tu. Dalam tu air kelapa ke apa?
ReplyDeletebetul tu akak..kalau ke Hatyai tapi tak pegi floating market ni mmg rugi lah
ReplyDeletenak pegi jugak la :)
ReplyDelete