Biskut Raya kegemaran

Ramai orang post di fb dah sampai kampung,  sedihnya rasa hati kita yang beraya di sini. Akak tak buat persiapan lagi untuk balik kampung sebab raya ke 3 baru  balik Perak, raya pertama dan kedua hanya di Gombak. Kalau dah nak raya mesti cerita pasal raya mesti setiap orang ada biskut raya kegemaran masing-masing.

Biskut kegemaran akak ialah putu kacang. Sebab suka emak suruh tolong dia  buat dari  goreng kacang, tumbuk guna lesung besi (ini paling penat sebab buat banyak) dan tekan diacuan (inipun sangat leceh). Sekarangni memang belilah, tak kuasa akak.  Biskut lain yang menjadi kegemaran  ialah biskut makmur, mazola, samperit, kuih siput dan kuih tart. Ikutkan semua kuihpun akak suka, jadi bila baca pasal kalori di blog Kevin Zahri tadi rasa macam tak banyak akak boleh makanni..  Ah! hari raya setahun sekali...

Gambar di bawah adalah  biskut raya yang dibuat oleh anak akak di Genius Aulad hari isnin lepas. Akak dah pesan kalau dapat biskuttu jangan makan dulu sebab nak ambil gambar... jadi lepas ambil gambar dengan besar hati diaorang makan. Dik Ya siap cakap nanti ibu beliler chocolate chips, boleh kita masak kuih raya dik Ya tau nak buat... Yo lah dik Ya...
Pandaikan saya ibu, nanti saya nak buat biskut raya tau...
Yang  bungatu Atikah punya yang bulat besartu Azalia yang punya

Gambar di bawah ini pulak biskut yang akak beli tapi ada lagi dua jenis lagi tak ambil dari sepupuh husband akak...

Malatops Crispy ~
Biskut apa nama tah, akak beli dari kawan ofisjer...

Comments

  1. sedap jer nampak cookies tu....salam aidilfitri & maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. wahh... dah tayang biskut raya...he3... slamat hari raya...berhati2 speanjnag perjalanan beraya nanti...

    ReplyDelete
  3. sedapp tuu
    akk pun cookies tunjuk2
    tapi bukan yg di jual di kedai2 lah
    akk beli dari KL , homemade sedara akk .. memuaskan hati
    yg akk bawak jual di pejabat tu lah ;)

    ReplyDelete
  4. Biskut raya memang special sebab ada biskut raya ada rasa meriah dia! =) Salam aidilfitri!

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri..maaf zahir batin,moga bahagia di syawal ini

    ReplyDelete
  6. sedapnya kuih raya tu semua. klau time raya mmg x larat nk mkn. tunggu la abis raya nnt. mmg mencari kuih raya ni. hehehe

    ReplyDelete
  7. psstt... biskut tunjuk toksah ler tayang beso2! maluuu :P

    Aku pun x kisah nama depa per, yg ptg menarik, cantik & tertarik! hahaha

    ReplyDelete
  8. teringat plak biskut kat umah, mlm kang nk buka mkn la hahaha

    ReplyDelete
  9. byk jgk biskut raya akak beli =)
    syima beli 2 balang je =D
    bestnya kat GA ada belaja buat bikut raya..skol kyra belaja buat kad raya je =)

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan kak..
    beray di Gombak? Gombak mana kak?

    ReplyDelete
  11. amboi kak. macam kuih ada..su tahun ni tak beli kuih pun..:)

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya Cho...

    kakcik tak buat dan tak banyak pun beli biskut raya. :(

    ReplyDelete
  13. Tahun ni biskut tujuk jer, tak sempat nak buat.

    Selamat hari raya aidilfitri buat akak & family.

    ReplyDelete
  14. eB sempat gaks buat 2 jenis smalam. alhamdulillah

    " TLF & family menyusun 10 jari memohon maaf diatas segala ketelanjuran kater
    serta ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada
    semua rakan-rakan bloggers

    yang selalu datang menziarah ke blog TLF.

    Aidilfitri hari kemaafan,
    Menghapus kesalahan sesama insan,
    Memupuk perpaduan sesama ehsan,
    Mengikat tali keakraban.

    MAAF ZAHIR DAN BATIN. "

    ReplyDelete
  15. cumelnya kuih anak dara cho buat....ida pun dok tunggu kuih raya nie...import from penang beli dr kwn akak ipar...tak sempat nak buat taun nie....malatops crispy nampak sedap...:) selamat hari raya Cho sefamily....

    ReplyDelete
  16. Salam Aidilfitri....Maaf zahir dan batin......

    ReplyDelete
  17. sedap kuih raya tu...sy pun mungkin raya pertama baru gerak ker kampung suami..:)

    ReplyDelete
  18. samelah sy pun x buat kuih langsung .. ni pun masih kerja.. xtaulah kot esok tetiba nak buat pulah hihihihi.. padehal dah beli jugak 2 3 jenis..

    ReplyDelete
  19. Susah nak buat putu kacang tu. Yati pun beli je. :)
    Yati buat 2 jenis je kueh tahun ni.
    Selamat hari raya, kak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts