Kenangan berpuasa di hospital

Hari ini 26 Ramadankan.. teringat 26 Ramadan lima tahun yang sudah waktu melahirkan Nurul Azalia. Bukan nak cerita pasal detik kelahirannya tapi teringatkan kisah semasa mengandungkan dia yang terpaksa berpuasa dihospital selama 25 hari.

Al kisahnya begini ..... Akak mula mengalami pendarahan semasa kandungan berusia 26 minggu dan dimasukkan ke wad selama 2 hari. Akak diberikan cuti MC selama seminggu. Selepas habis MC pergi ke hospital untuk scan dan doktor sahkan ada masalah uri di bawah. Kenalah tahan di wad selama 2 bulan setengah dan kebetulan akhir kandungan itu jatuh pada bulan Ramadan.

Doktor memang menasihatkan akak dengan kawan-kawan yang juga mempunyai masalah uri di bawah ini tidak berpuasa. Tapi kebanyakan dari kami teruskan berpuasa sebab rasanya tidak menjadi masalah memandangkan kami di wad hanya untuk pemantauan. Kami bukan ditahan kerana mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Cuma yang susahnya hanya dari segi hospital tidak menyediakan makanan pada waktu berbuka dan bersahur. Maknanya akak dan kawan senasib berbuka puasa hanya dengan makanan hospital yang dibekalkan pada pukul 6.00 petang. Terpaksalah simpan dan masukkan dalam bekas makanan yang lain. Bayangkan kena makan makanan hospital setiap hari untuk berbuka puasa. Insaf tak!!!  Memang sangat insaf... Kalau berbuka di masjidpun sekarang dah semakin sedap ini makanan hospital yang sangat menjaga kesihatan. Jadi akak rasa kita patut bersyukur,  jangan merungut kerana sesungguhnya kita masih ada makanan.

Sekali sekala kami minta tolong juga pada nurse atau cleaner untuk belikan kuih. Kebetulan kawan sebelah katil akakpun suaminya melawat setiap petang, jadi mintak tolonglah kat suami dia belikan kalau teringin. Nasiblah masa mengandung Azalia, akakni tak mengidam sesangat kot idak melelehler air liur budaktu. Allah lebih mengetahuikan.. Suami dan Atikah juga mertua akak ada juga melawat seminggu sekali, masatu dapatlah merasa makanan dari rumah.

Bersahur lagi payah sebab memang tiada makanan disediakan, jadinya pandai-pandailahkan. Selalunya akak makan roti atau biskut cicah dengan air milo atau susu dan buah tamar. Masa makan sahurtu memang hati teringatkan Atikah di rumah, teringatkan macam-macam. Sedih tak usah ceritalah tapi demi anak di dalam kandungan ibumu ini tempuhi jua....

Kenangan paling manis semasa di wad semasa bulan puasa ialah dapat khatam 3 kali al Quran. Semasa di wad ini sebenarnya kita sentiasa muhasabah diri, waktu solat terjaga, sebelum azan kita dah bersedia, baca al Quran, baca yassin, boleh kata kebanyakan waktu sentiasa dalam air sembahyang. 

Kini akak bersyukur semuanya selamat dan kenangan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) itu menjadi antara kenangan terbaik yang pernah akak lalui. Terimakasih kepada doktor, jurarawat dan yang berkaitan atas layanan yang diberikan selama akak di sana. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian yang tidak jemu melayan kerenah kami semua. 
Inilah budak yang men"dera" ibu dia masa dalam perut, sentiasa mendebarkan, masuk wad bersalin masa 32 minggu dalam kandungan sebab pendarahan yang teruk..  Azalia memang istimewa~ satu-satunya cucu opah dan atuk yang kena ceaser..

Oleh itu wahai adik dan kawan-kawan kalaulah kita dapat makan yang biasa-biasa jangan merungut kerana kemungkinan ada yang minum air kosong sahaja untuk berbuka.  Bersyukurlah apa adanya...

Comments

  1. pengalaman hidup yang menarik dari pengalaman kita dapat belajar menghargai apa yang kita ada kan?

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah semua selamat...pengalaman yang susah utk dilupa kan....cumel sangat wajah azalia sesedap namanya...:)

    ReplyDelete
  3. lama kat hospital ek

    ReplyDelete
  4. kuat betul semangat akak...dah lama dok hospital pas2 makan makanan yang dari kol 6...mesti dah sejuk..tak pe la, yang eting semuanya dah selamat..

    ReplyDelete
  5. pengalaman yang x dapat ditukar ganti kan???
    selamat berhari raya kak..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. pengalaman akak bsalin time bln posa di hosp yg serba kekurangan mmg menginsafkan saya..betul tu bsyukur apa yg ada..DIA berhak mengambil semula kepunyaanNYA bila kita alpha dgn duniawi dan tidak penah bersyukur..

    ReplyDelete
  7. pengalaman berharga tu..:)

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya. maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  9. aah pengalaman berharga nie dik
    lepas nie bb dah besar , leh dia baca ;)

    salam lebaran dik ;)
    mohon maaf selama perkenalan kita di alam maya nie ye ;)

    ReplyDelete
  10. sian akak.lama dok hospt...sy fobia sikit bab2 hosp ni kak..time danisha pun sain surat nak balik heee...yela dr x kasik balik..tp degil nak balik hehe....ngeri la kak dok hosp...=(

    ReplyDelete
  11. Sadis plak aku bc coretan ko nie! InsyaAllah... kesusahan yg ko alamai tu akn terbalas dgn `kesenangan'... Yg ptg kene bgtaw ank dara tu! kasi touching skettt

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts