Jutawan kecil di usia muda

Diambil dari Majalah Nona keluaran khas raya untuk akak dan kawan-kawan semua antara cara-cara untuk menjadikan anak jutawan kecil di usia muda.. Moga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Kemeriahan Syawal bukan hanya untuk meraikan kemenangan menahan diri dari lapar dan dahaga pada bulan puasa malah buat anak-anak, bulan Syawal membawa pengertian yang lebih  bermakna. Kegembiraan mereka adalah apabila mendapat kutipan hasil duit raya daripada ibu bapa dan saudara mara. Sebagai ibu, anda perlu memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka menabung agar mereka menjadi anak yang bijak menggunakan wang.



KENAL NILAI WANG
Anak anda sering memerhatikan gerak-geri anda membuat bayaran pada mainan yang dipinta. Aktiviti itu akan membuatkan si anak tertanya-tanya apakah yang dilakukan ibu mereka.

CARA BELAJAR
Kenalkan syiling kepada mereka. Wang syiling menarik perhatian mereka dek kerana bentuknya bulat, pipih dan apabila terjatuh, ia mengeluarkan bunyi bergemerencing. Biarkan mereka bermain dan ajak mereka memilih syiling yang mereka suka. Setiap pilihan itu perlu diberikan informasi tepat. Tunjukkan juga kepada mereka angka yang tertera pada wang syiling itu.

Kenalkan kepada mereka mengenai kadar tukaran wang contohnya baki yang akan diterma sekiranya harga barang itu bernilai sekian harga.

Perkenalkan juga wang kertas dan biarkan anak-anak memilih berdasarkan warna dan angka.

Permainan monopoli ialah pembelajaran semapingan yang mudah untuk diajarkan kepada anak-anak. Bermain bersama mereka secara perlahan agar mereka mudah faham.

MENABUNG
Menabung ialah pelajaran asas untuk membantu anak-anak menguruskan kewangan. Anda juga perlu menjadikan diri anda sebagai role model untuk kanak-kanak.

CARA BELAJAR
Ajarkan anak anda mengenai matlamat yang ingin dicapai. Misalnya, jika mereka menginginkan sesuatu, mereka perlu mengumpulkan sejumlah wang agar barang itu dapat dimiliki. Anak-anak tidak akan faham jika anda mengatakan bahawa tabungan itu adalah untuk masa depan mereka

Sediakan tabung yang menarik perhatian mereka. Tidak perlu tabung yang mahal, cukup sekadar ia mempunyai daya penarik untuk anak anda.


Buka akaun untuk mereka. Bawa mereka bersama anda ke bank dan biarkan mereka melalui proses penyimpanan itu. Mereka pasti teruja melihat wang syiling atau kertas dimiliki dinilai oleh pekerja bank.

MENGHARGAI WANG
Menjadi harapan setiap ibu bapa agar anak mereka dapat menggunakan wang dengan bijak. Didik mereka agar menghargai hasil wang yang diterima.

CARA BELAJAR
Jika anak anda gemarkan masakan yang dijual di luar, anda perlu mencari cara untuk memasaknya di rumah. Hiaskan dengan persembahan paling menarik dan ajak si kecil untuk turut sama membantu.

Anda juga boleh memberi pilihan kepada anak-anak. Sekiranya mereka memilih satu permainan atau barang yang disukainya tatapi harga terlalu mahal, cuba berikan mereka pilihan yang lebih kurang serupa pada harga lebih murah. Dengan ini secara tidak langsung mereka boleh belajar untuk menghargai nilai wang.

TIDAK KONSUMTIF
Sikap konsumtif pada anak-anak boleh didapati daripada anda atau orang yang terdekat, iklan televisyen atau teman sebayanya.

CARA BELAJAR
Tidak membeli semua barang-barang yang anak anda inginkan, yang ditawarkan di iklan atau dilihat di kompleks membeli-belah. Gunakan kaedah psikologi, pujuk dengan cara lembut. Jika anak anak inginkan mainan kapal yang baru, cuba pujuk mereka untuk menggunakan kapal mainan lama atau cipta kapal dengan inovasi baru. Mungkin anak anda boleh bermain kapal dengan kulit limau!

Jika si anda meminta anda membeli barang mainan, tanyakan kepada mereka alasan untuk memiliki barang itu. Sekiranya alasan mereka boleh diguna pakai, tunaikan sahaja permintaan si kecil.

KONSEP JUAL BELI
Semua barang didunia ada nilainya. Untuk mendapatkan sesuatu. mereka perlu berusaha dan bersetuju untuk membayar apa yang diingini.

CARA BELAJAR
Ajak anda bermain. Anda boleh menjadi pengurus wang dan anak anda jadi pembeli. Bekalkan mereka sedikit wang dan dari situ anda sebenarnya memberi pelajaran kepada anak-anak bagaimana rasanya menjadi pembeli.

Anda juga boleh  memberi upah kepada anak-anak sekiranya mereka berjaya membuat sesuatu. Upah seperti ini menggalakkan mereka untuk membina etika diri yang lebih baik.

Comments

  1. selamat berbuka puasa Cho
    tq info bagus ni
    monopoli husben ada belikan utk ank2, alhamdulillah 2 org anak sy tu kalu pasal duit diorg simpan sendiri terutama nk dptkan sesuatu he he
    dulu kecik2 duit raya kita simpan skrg diorg nk pegang sendiri tp tetap kena simpan kat bank separuh he he

    ReplyDelete
  2. anak perempuan sy nampaknya senang nk menabung dn menyimpan ni..tapi kalau anak lelaki..susah tul nk suruh menabung..ada kadang menabung seminggu..pastu sehari dia habiskan balik duit tu..erkk sabar jer..

    ReplyDelete
  3. hehehe...danisha selalu ckp nak beli prezy tuk mama..then tanya dia..ada wit x?die kata "ada,dlm tabung"...mcm banyak sgtla wit tabung die hehee

    ReplyDelete
  4. Anak I pantang nampak coin...mesti dia amik masuk dlm tabung dia....heheh...sampai coin dlm purse mama dia pun dia amik..ahaks

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah...kalo anak sy bab duit dia memang berkira..duit dia susah nak bagi org..tp yg sakit ati bile dia pegang lelame..dia x ingat mane dia letak..sbg ibu bapa plak..bile da dapat kumpul duit raye anak2 trus saving..jgn guna le..pinjam ke...then ckp nk ganti blk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts