Jamu Selera di hari raya mesti berpada-pada

Satu artikel dari majalah keluaran khas hari raya
yang baik untuk panduan kita semasa hari raya..
untuk semua dan yang penting untuk tuan yang tulisnyani.
Bila hari raya tak sedar diri makan macam tiada esok bagimu..
harap tahunni akak dapat mengawal nafsu dengan baik.

Hari raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Selain daripada amalan kunjung mengunjungi, hari raya juga dimeriahkan lagi dengan pelbagai juadah yang menjadi santapan buat tetamu.

Walaupun hari raya bermakna hari kemenangan untuk orang Islam setelah dengn taatnya menjalani ibadah berpuasa sebulan sebelumnya, ia tidak bermakna kita boleh makan apa sahaja di hari raya. Seharusnya, amalan pemakanan sihat tidak boleh dilupakan. Berikut ada 7 panduan untuk makan secara sihat di hari raya.

7 panduan makan secara sihat

1) Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.

2) Pilih makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

3) Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.

4) Hadkan pengambilan makanan yang manis-manis dan berlemak seperti dodol.

5) Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek.

6) Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.

7) Minum air kosong berbanding minuman berkarbonat atau minuman yang manis.

Jom juga kita tengok tips ketika hari raya yang diturunkan oleh susu sejat untuk panduan :- http://sususejat.com/tips-ketika-berhari-raya-2010/

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiL FiTrI
MaaF ZaHiR BaTiN

Comments

  1. salam aidilfitri maaf zahir batin.....raya makan2 gak....kang elok berat dah kureng raya naik mencanak...

    ReplyDelete
  2. HEhe..kan jangan ikutkan nafsu sangat...sat gi nak beraya pun tak larat nak jalan..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak.
    kita kena kawal pemakanan wpun berhari raya.
    klau bole elakkan minum air gas dan air yg manis2.
    selamat hari raya kak!
    nnt jemputlah dtg ke rumah :D

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak, saya mintak maaf banyak2 tau :)

    hati2 kalau balik kg. :)

    ReplyDelete
  5. rasa x sabar nk tgu hari raya.. mcm2 nk mkn nih hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts