5 Disiplin diet ketika bertandang raya

Diperturunkan juga 5 Disipllin diet ketika bertandang raya maalumler kitakan dah beraya tak ingat dunia punya..

Sumber : Majalah Keluarga edisi raya

Setelah sebulan berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga, kini tiba saatnya kita sama-sama menyambut Syawal yang mulia. Selain memperoleh pahala puasa, tidak ketinggalan kita juga mampu meningkatkan disiplin dan kualiti peribadi kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna. Malahan, bagi segelintir wanita, berpuasa merupakan salah satu alternatif untuk mendidik dirinya berdiet.

Natasha umpamanya mampu mengurangkan mampu mengurangkan 10 kilogram (kg) dalam masa sebulan berpuasa. Namun malangnya, setelah menyambut lebaran, berat badannya naik mendadak, gara-gara tidak mengawal pemakanannya sepanjang Syawal. Beberapa tip yang disediakan ini mungkin boleh diamalkan supaya perkara yang menimpa Natasha tidak berulang.

1)  MAKAN SECARA SEDERHANA
Tiada diet khusus untuk sambutan hari raya, sebaiknya sebagai wanita yang matang kita perlu bijak dalam mengawal pemakanan. Sambutlah hari raya dengan sederhana kerana makanan pada hari raya boleh dikatakan kebanyakannya terdiri daripada makanan berat. Hari raya jangan dijadikan tiket untuk kita menikmati pesta makan dan membalas dendam selepas berpuasa selama sebulan.

2) KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK DAN BERKOLESTEROL

Tidak dinafikan pelbagai hidangan disajikan ketika mengunjungi saudara-mara, tetapi anda sebaiknya cuba elakkan memakan terlalu banyak makanan berminyak dan berkolesterol tinggi seperti sup tulang. Tidak salah menjamah, tapi tidak terlalu banyak.

3) KURANGKAN MINUMAN BERGAS

Selain daripada menjaga pemakanan, minuman manis juga perlu dikurangkan seperti minuman berkabornat. Ramai di antara kita mengambil langkah mudah dengan menghidangkan air bergas untuk tetamu, sebagai tetamu anda sebaiknya perlu bijak mengawal diri dengan banyakkan minum air putih.

4) AMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG

Setiap hari sebelum keluar dari rumah, apa kata rancang perjalanan anda untuk sepanjang hari. Kemudian, cuba atur diet anda, sekiranya rumah pertama anda telah ambil nasi lemak, rumah seterusnya mungkin anda boleh menikmati pemanis mulut seperti puding roti atau sebagainya. Namun, segalanya bergantung kepada diri sendiri.

5) LAKUKAN SENAMAN

Walaupun sibuk dengan jemputan rumah terbuka saban minggu, anda sepatutnya tidak melupakan rutin wajib untuk mengekalkan kesihatan tubuh iaitu senaman. Cuba curi masa sekurang-kurangnya berjogging setempat sebelum memulakan hari anda. Pastikan anda melakukan senaman secara berjadual.


Janganlah makan mengikut nafsu kelak merosak diri...

Comments

  1. As salam Kak,

    Salam Lebaran dari Marya sekeluarga... Ampun maaf dipinta disepanjang perkenalan di alam maya ni... Taqabbalallahu minna wa minkum...

    Insya'ALLAH tahun ni kurang sikit makan2 yg bukan2 :))

    Take care kak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts